Wednesday, 10 December 2014

8 Nama Tempat Paling Pelik Di Malaysia .. #3 Paling Kelakar !!!

// // Leave a Comment
8 Nama Tempat Paling Pelik Di Malaysia .. #3 Paling Kelakar !!! | BARU-baru ini beberapa jalan utama di sekitar ibu kota Kuala Lumpur telah ditukar namanya bagi memberi penghormatan kepada Yang Dipertuan Agong yang pernah menerajui negara sebelum ini. Langkah ini disambut baik keseluruhan rakyat Malaysia dan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur juga telah memulakan projek menukar papan tanda jalan yang terlibat dengan penjenamaan baharu itu. Namun, jangan tak tahu rupa-rupanya negara kita ini juga kaya dengan pelbagai tempat yang pelik dan unik. Kebanyakannya terletak di kawasan luar bandar dan memang sudah lama wujud sejak beberapa dekad lalu. Jom semak senarai nama unik ini bagi menambahkan lagi pengetahuan am anda!  

1. Kampung Bogel, Terengganu

Walaupun Kampung Bogel dekat Kampung La, Hulu Besut telah bertukar nama dengan panggilan Kampung Beliku sejak 20 tahun lalu, tetapi penduduk sekitar masih senang memanggil dengan panggilan lamanya.

temu-jodoh

2. Desa Temu Jodoh, Johor

Tempat ini dikatakan mendapat nama sempena majlis perkahwinan secara serentak membabitkan 24 pasangan suami isteri yang kebanyakannya peserta Rancangan Tanah Muda kelolaan kerajaan negeri Johor. Perkampung ini dibuka kira-kira 30 tahun lalu dan ia dulu dikenali sebagai Rancangan Tanah Pemuda Kampung Sungai Lenek yang terletak 60 kilometer (km) dari bandar Segamat dan 20 km dari daerah Yong Peng.


3. Kampung Imam Lapar, Terengganu

Ada sebuah kisah menceritakan, terdapat dua orang pedagang ke surau yang terletak di tepi tebing pengkalan berkenaan dan mendapati imam sedang khusyuk menghafaz Al-Quran. Kemungkinan peristiwa itu diceritakan oleh pedagang itu kepada orang lain bahawa dia memberitahu imam, lapar, tetapi imam itu terus ‘laper’ (menghafaz) bacaan Al-Qurannya.

baru-jumpa

4. Kampung Baru Jumpa, Sabah

Kampung Baru Jumpa terletak kira-kira 25 kilometer dari pekan Tenom yang sebahagian besarnya dihuni masyarakat etnik Lundayeh, kini merupakan sebuah kampung yang maju dan menjadi kampung contoh dan terkenal dengan hasil pertaniannya seperti padi, koko dan getah.

atas-tol

5. Kampung Atas Tol, Terengganu

Mengikut cerita orang-orang tua, penduduk di sini pada zaman tersebut tinggal di beberapa penempatan secara berkelompok, di pinggir tanah gersang yang terbentang luas, berpasir, tidak sesuai untuk tujuan bercucuk tanam dan sukar untuk mendapatkan sumber air. Tanah gersang yang tidak bernama itu sekadar disebut ‘di atas itu’ atau ‘atas tu’ sahaja, lama-kelamaan ia telah menjadi bahan percakapan dan akhirnya panggilan ‘Atas Tu atau ‘Atas Itu’ disebut dengan Atas Tol 1924 semasa penasihat British yang pertama iaitu Humpreys memperkenalkan sistem daerah buat pertama kalinya.

microwave

6. Jalan Microwave, Sabah

Pengguna jalan raya memandu di sepanjang 350 km yang sunyi di antara jalan Kota Kinabalu dan Sandakan sentiasa boleh melihat papan tanda jalan raya pastinya akan mengundang hilai tawa sepanjang melalui laluan tersebut.

mambang-awan

7. Mambang Di Awan, Perak

Mengikut seorang pegawai Inggeris, George Maxwell, dia menyebut tempat tersebut sebagai Mambang Di Awan kerana tempat berkenaan terdapat seorang mambang atau bidadari yang turun dari Gunung Bujang Melaka.

seronok

8. Kampung Seronok, Pulau Pinang

Seorang jurutera Inggeris, D.W Grehan, sering datang ke kampung ini dan berkesempatan menghadiri bebarapa majlis keramaian pada setiap tahun. D.W Grehan sungguh tertarik dengan cara hidup penduduk kampung ini dan aktiviti yang dijalankan. Beliau kemudian mencadangkan kampung ini dengan nama Kampung Seronok dalam tahun 1946 dan dipersetujui oleh orang kampung. via Mynewshub.



0 comments:

Post a Comment