Sunday, 14 December 2014

9 TIPS Dan PETUA Untuk Memerahkan Bibir Secara Semulajadi Dan Berkesan !!!!

// // Leave a Comment
9 TIPS Dan PETUA Untuk Memerahkan Bibir Secara Semulajadi Dan Berkesan !!!! | Semua wanita ingin memiliki bibir merah yang menawan. Dewasa ini, bukan sahaja wanita, lelaki pun turut mahukan bibir merah terutama bagi perokok tegar. Yelah bibir merah dapat menutup tabiat buruk mereka tu kan. Apa-apa pun, di bawah merupakan 9 petua semulajadi bagaimana mahu miliki bibir merah yang menawan. via superstar83.


1. Madu

Madu merupakan penawar atau ubat semulajadi untuk berbagai masalah kesihatan dan kecantikan termasuklah untuk memerahkan bibir. Sapu madu pada bibir anda setiap malam sebelum tidur.

2. Air Mawar

Setiap kali anda hendak tidur malam, usap lembut bibir anda dengan bola kapas yang dibasahi air mawar dingin untuk membuat bibir kelihatan lebih lembut dan merah keesokan harinya...

3. Limau nipis

Limau nipis pada dasarnya adalah bahan pemutih semulajadi. Campur 2 sudu makan air masak suam dan jus limau dengan 2 sudu makan madu, lalu sapukan pada bibir, biarkan selama 10-15 minit . Akhir sekali bila bibir dengan air suam. Jika ini dilakukan secara rutin, warna bibir yang kehitaman akan berubah menjadi lebih merah....

4. Kunyit

Campurkan isi kunyit yang telah ditumbuk dengan 1 sudu teh susu suam atau susu krim. Urut bibir anda dengan ramuan ini setiap hari selama 5 minit. Ini akan membuat bibir anda kelihatan merah secara semulajadi dan lebih kenyal....

5. Daun ketumbar

Daun ketumbar akan memudarkan warna gelap pada bibir. Hancurkan 2 lembar daun ketumbar dengan air, kemudian sapukan pada bibir dan biarkan selama 20 minit, kemudian bilas dengan air suam. Lakukan ini secara rutin untuk mendapatkan hasil yang maksima.

6. Minyak Almond (Badam)

Perubahan warna bibir boleh terjadi disebabkan kurangnya kelembapan. Minyak almond (badam) mengandungi zat yang dapat membantu melembabkan bibir anda. Hanya sapukan minyak almond pada bibir sebelum tidur. Untuk hasil yang lebih maksima, campurkan minyak almond dengan jus lemon dan madu. Jika anda tidak ada minyak almond, anda boleh gantikannya dengan minyak zaitun...

7. Gliserin

Gliserin adalah satu bahan kimia yang memiliki banyak manafaat bagi kecantikan termasuk untuk bibir. Urutilah bibir anda dengan gliserin setiap hari. Hal ini akan membantu mengembalikan bibir anda menjadi merah aslinya...

8. Mentega

Anda boleh juga sapukan mentega di bibir setiap malam sebelum masuk tidur. Ini juga dapat membantu mengembalikan warna bibir menjadi lebih segar dan kemerahan...

9. Yoghurt

Campuran madu, yoghurt dan tepung beras serta beberapa titik jus limau nipis juga dapat digunakan secara teratur pada bibir untuk membuatnya kelihatan lebih merah...

Selamat mencuba....!!!!




0 comments:

Post a Comment