Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Monday, 1 December 2014

Video Pemain Singapura Mengamuk Selepas Kalah AFF Yang Ramai Tak Tahu

Video Pemain Singapura Mengamuk Selepas Kalah AFF Yang Ramai Tak Tahu | Kekalahan Singapura ditangan Malaysia baru-baru ini didalam Kejohanan Bola Sepak AFF Suzuki Cup telah menjadi topik perbualan hangat di kalangan peminat bola sepak tempatan dan Singapura sendiri dimana dengan pelbagai 'troll' yang dibuat termasuk kes penjaga gol yang 'hilang'.


Kalah menang adalah adat permainan bagi apa-apa sukan pun dan harus diterima dengan terbuka dan jika tidak puas hati pun ada saluran yang sepatutnya digunakan. Dalam kerancakan bola sepak AFF Suzuki ini telah dicemari dengan sikap tidak profesional seorang pemain skuad Lions di mana seorang pemain berjersi 20 telah mengamuk selepas permainan tamat dengan menyepak barang-barang di bangku simpanan dan wartawan yang merakam aksi tersebut telah dihalau oleh pegawai pasukan tersebut. 

 Bagaimanapun pemain tersebut telah ditenangkan oleh pegawai dan rakan sepasukannya. Bagi admin ini adalah satu tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang pemain bola sepak profesional kerana boleh menjatuhkan maruah pasukan yang diwakili beliau sendiri. Mari kita saksikan video tersebut. via siakapkeli.




Selanjutnya

Wednesday, 19 November 2014

Siapakah Pemain Bola Sepak Popular Malaysia Yang Ternak Lembu Untuk Masa Depan ni ?

Siapakah Pemain Bola Sepak Popular Malaysia Yang Ternak Lembu Untuk Masa Depan ni ? | Seorang pemain bolasepak popular melangkah ke bidang penternakan lembu sebagai projek untuk masa hadapan. Beliau yang baru baru ini di iktiraf sebagai penyerang terbaik bolasepak Malaysia di Anugerah Bolasepak Kebangsaan yang berlangsung baru-baru ini.


Tidak lain dan tidak bukan beliau adalah Nor Farhan Muhammad yang lebih dikenali dengan nama Ben 10 atau Paan di kalangan rakan dan peminat setianya. Beliau yang sebelum ini mewakali Pasukan Bolasepak Terengganu negeri kelahirannya untuk musim 2014, dan pada musim baru yang akan datang 2015. Norfarhan kembali mewakili Pasukan Kelantan selepas berjaya meraih banyak kejayaan bersama pasukan itu pada tahun 2012 dan 2013.


Walaupun terpilih sebagi Penyerang terbaik Nor Farhan tidak terpilih untuk mewakili Skuad Harimau Malaya untuk saingan Piala AFF Suzuki yang bakal berlangsung pada 22 November ini. Tidak mengapa lah Paan anda sememang nya terbaik terus kan usaha anda walaupun menternak lembu sementara menunggu musim 2015 bersama pasukan The Red Warriors 2015, selamat berjaya Ben 10. via aans1.



Selanjutnya

Wan Kuzain 17 Tahun Dari Amerika Syarikat Bakal Ke Pasukan Selangor

Wan Kuzain 17 Tahun Dari Amerika Syarikat Bakal Ke Pasukan Selangor | Tersebar desas desus mengatakan Wan Kuzain Wan Kamal yang berumur 17 tahun bakal bermain bola sepak untuk pasukan Selangor pada saingan Liga Super Tahun 2015. Bagi yang tak kenal, Wan Kuzain merupakan pemain muda Malaysia yang bermain untuk pasukan bola sepak USA Bawah 17 Tahun dan dikenali ramai di sana sebagai Messi USA. Beliau dijangka bakal menerima gaji yang sangat lumayan untuk mewakili pasukan Selangor nanti. Doakan yang terbaik untuk beliau.

BIODATA WAN KUZAIN WAN KAMAL


Nama: Wan Kuzain Wan Kamal 
Tarikh Lahir : 14 September 1998
Tempat Lahir: Amerika Syarikat
Kelab: St. Louis Scott Gallagher (SLSG)
Tempat Tinggal: Carbondale, Illinois, Amerika Syarikat
Nama Ayah:  Prof. Dr. Wan Kamal Wan Napi
Nama Ibu: Tiada Maklumat 
Pencapaian: Kuzain menerajui SLSG untuk menjadi juara kejohanan bawah 14 tahun lelaki dalam Piala Juara NPL (National Premier League) yang dianjurkan persatuan kelab bola sepak Amerika Syarikat.



Media USA mengibaratkan Wan Kuzain sebagai Lionel Messi Amerika Dalam pembikinan.
Pada tahun 2013 Wan Kuzain telah dipanggil oleh Pasukan Bola Sepak USA bawah 17 tahun untuk menyertai kem latihan untuk persediaan Piala Dunia Bawah 17 tahun di Chile, 2015.

Wan Kuzain pernah dicuba oleh pasukan Feyenord pada 28 Feb 2014 tetapi tidak berjaya.

Selanjutnya