Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Saturday, 3 January 2015

BAHAYA ... Akibat Melakukan Hubungan Tutttttt Ketika HAID !!!

BAHAYA ... Akibat Melakukan Hubungan Tutttttt Ketika HAID !!! | Islam mengharamkan melakukan hubungan seks antara suami dan isteri ketika waktu haid. Hukum ini telah dijelaskan oleh Allah Ta’ala didalam firman Nya yang bermaksud: “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai (hukum) haid. Katakanlah: “Darah haid itu adalah kotoran dan mendatangkan mudarat”. Oleh sebab itu hendaklah kamu menjauhkan diri dari perempuan (jangan bersetubuh dengan isteri kamu) dalam masa datang darah haid itu, dan janganlah kamu hampiri mereka (untuk bersetubuh) sebelum mereka suci.


Kemudian apabila mereka sudah bersuci maka datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan oleh Allah kepada kamu. SesungguhNya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah 2:222)

Didalam Hadis Nabi Muhammad s.a.w banyak memperkatakan hal ini, diantaranya sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang menyetubuhi wanita yang sedang haid ataupun menyetubuhi wanita di saluran duburnya ataupun mendatangi tukang tenung nasib dan mempercayainya, sesungguhnya dia telah kufur dengan apa yang diturunkan ke atas Muhammad.” (Riwayat Ahmad dan Tarmuzi) 

Imam Al Ghazali merumuskan hukum ini di dalam Ihya Ulumuddin dengan berkata, “Janganlah suami menyetubuhi isteri yang sedang haid dan juga jangan sesudah haid sebelum si isteri menyempurnakan mandi wajib terlebih dahulu, kerana yang demikian itu diharamkan dengan dalil Al-Quran.“ Melakukan hubungan seks ketika haid mempunyai banyak risiko, menurut kajian yang dijalankan oleh Dr. Diana Antoniskis (MD) dari Kumpulan Penyelidikan dan Pendidikan (The Research And Education Group) yang beribu pejabat di Oregon, dalam artikel yang bertajuk Women With HIV Infection, risiko jangkitan kuman HIV meningkat di kalangan wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid ataupun dengan lelaki yang tidak berkhatan.

Pusat Pengawalan dan Pencegahan Penyakit (Centers for Disease Control And Prevention) di Amerika, pada Perhimpunan kesebelas Pertubuhan Antarabangsa Berhubung Penyakit-Penyakit Jangkitan Seksual di New Orleans yang diadakan pada 27 hingga 30 Ogos pada tahun 1995 melaporkan, menjauhi hubungan seks ketika haid ataupun ketika mengalami pendarahan di bahagian faraj adalah penting untuk mengurangkan risiko dijangkiti kuman HIV bagi lelaki dan wanita. 

Laporan itu juga menjelaskan, wanita yang mengadakan hubungan seks ketika haid meningkatkan risiko dijangkiti AIDS sebanyak enam kali ganda. Persetubuhan pada waktu haid juga boleh mengakibatkan pendarahan yang teruk ke atas wanita. Kajian yang dilakukan oleh Dr. Winnifield Cutler dan rakan-rakannya dari Institut Athena Bagi Kesihatan Wanita di Chester Springs menunjukkan, wanita yang hampir putus haid atau perimenopausal, yang kerap mengadakan hubungan seks ketika haid sering kali mengalami masalah pendarahan yang teruk daripada biasa. 

Kebiasaannya kes-kes seperti ini akhirnya terpaksa menjalani pembedahan berisiko tinggi untuk membuang rahim atau hysterectomy dan ovari atau ovariectomy. Penemuan ini dilaporkan di dalam Journal of Psychosomatic Obstetrics and Gynaecology pada tahun 1996. Bagi golongan wanita, tiub fallopian dan ovari mereka boleh diserang kuman bakteria sehingga menyebabkan keputihan, sakit dan demam yang kuat. Risiko untuk menghidap penyakit ini adalah tinggi di kalangan mereka yang melakukan hubungan seks ketika haid. 

Hal ini disebabkan, kebiasaannya tiub fallopian dan ovari dilindungi daripada serangan bakteria oleh bahan asid yang terdapat di kawasan faraj atau vagina. Ketika wanita itu didalam keadaan haid, kawasan faraj menjadi alkali justeru memudahkan kuman untuk membiak dan mendatangkan penyakit terutamanya apabila berlaku persetubuhan pada waktu itu. Oleh yang demikian, hukum pengharaman persetubuhan ketika haid oleh agama Islam adalah amat baik kerana ia mendatangkan banyak manfaat dari sudut kesihatan. 

Walaubagaimanapun Islam tidak melarang diantara suami isteri bergurau senda dan bergaul mesra semasa haid, asalkan perbuatan itu tidak membawa kepada persetubuhan. Menurut Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari, Aisyah pernah ditanya oleh Masruq bin Ajdak, “Apakah yang boleh dilakukan oleh suami semasa isterinya sedang dalam keadaan haid?” Lalu Aisyah menjawab, “Apa-apa sahaja kecuali bersetubuh.” (Hadith Sahih Bukhari) 

Wallahu’alam… via Hasnul Hadi.




Selanjutnya

Saturday, 6 December 2014

MESTI TAHU ... 3 Tanda Penting Kenapa Kucing Datang Kepada Kita !!!

MESTI TAHU ... 3 Tanda Penting Kenapa Kucing Datang Kepada Kita !!!  | Bila kita makan di kedai makan, tiba-tiba ada kucing datang minta makanan dengan kita. Kenapa tak pada orang lain? Saya biasa alami situasi ini, saya dapat rungkaikan. 3 tanda apabila kucing datang kepada kita bukan orang lain,... 


Pertama : Allah sedang beritahu makanan kita, hak kita itu bukan semuanya rezeki kita. Sebahagiannya rezeki kucing itu. Sebab itu ia datang pada kita.... 

Kedua : Allah sedang beritahu apabila kita memberi makanan kepada kucing itu, rezeki lain akan Allah ganti yang lebih baik. Sebab 1 kebaikan itu Allah balas 10 kebaikan @ pahala. Allah Maha Mampu bagi lebih dari itu.... 

Ketiga : Allah sedang bagi tahu apabila kita tak memberi makanan kepada kucing itu, sebenarnya kita sedang menolak rezeki baru yang Allah nak bagi kepada kita. Rezeki itu luas, bukan hanya pada wang. Tetapi meliputi semua kehidupan. 

Ingin ikhlas memberi, berilah pada haiwan kerana haiwan tak pandai ucap terima kasih kepada kita. Ia hanya tahu minta dan makan....tapi Allah yang akan membalasnya. via cahayacintaku.



Selanjutnya

Friday, 5 December 2014

Subhanallah...10 JeNis MaYat Yang TiDak BusuK Dalam KubuR !!!

Subhanallah...10 JeNis MaYat Yang TiDak BusuK Dalam KubuR !!! | Seorang ustaz ada bagitau dalam ceramah di masjid (katanya hadis tapi admin tak berani sebab tak pasti akan kesahihan) bahwa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam keadaan tubuh asal pada hari Kiamat :


1). Para Nabi-Nabi
2). Para Ahli Jihad Fisabilillah
3). Para Alim Ulama menegakkan kalimah ALLAH.
4). Para Syuhada sentiasa memperjuangkan Islam.
5). Para Penghafal Al-Qur'an dan beramal dengan Al-Qur'an.
6). Imam atau Pemimpin yang Adil dalam menegak Syariat Allah.
7). Tukang Adzan yang tidak meminta habuan.
8. Wanita yang mati semasa melahirkan anak serta sentiasa taat pada perintah Allah.
9). Orang mati dibunuh atau dianiaya karena mempertahan Maruah dan Agama.
10). Orang yang mati di siang hari atau di malam Jum'at jika mereka itu dari kalangan orang yang beriman yang sentiasa menjaga hukum agama semasa hidup di atas dunia. 

SubhanAllah....

Ya Allah, jadikanlah kami termasuk orang-orang seperti itu. Aamiin !!!

Sekarang anda mempunyai Dua pilihan


1. Biarkan Tulisan ini berada di page ini supaya orang lain tidak membaca.
2. Menyebarkan ke Teman yang lain dengan klik 'Kongsikan' supaya orang lain ikut terinpirasi dan Inysaallah mendapat pahala....
3. Tak buat apa-apa pun takpe admin tak marah hehe... via cahayacintaku.



Selanjutnya

Saturday, 29 November 2014

Kisah Yahudi Yang Menjadi Ahli Syurga - Siapakah Beliau?

Kisah Yahudi Yang Menjadi Ahli Syurga - Siapakah Beliau? | Pada suatu hari, al-Hashin ibn Salam duduk sambil membaca Taurat, Perjanjian Lama, kitab suci kaum Yahudi. Ia termasuk salah seorang pemuka agama Yahudi dari Bani Qaynuqa yang tinggal di bahagian timur Madinah. Sebagai seorang Yahudi, al-Hashin mengetahui, menjalankan ajaran agamanyadengan baik, dan mengikuti segala perintah Tuhan yang dituliskan dalam lembar-lembar yang diturunkan kepada Nabi Musa a.s. di Bukit Hawarib. Al-Hashin mengamati salah satu ayat dalam Taurat yang berbunyi, “Dan Tuhan dari Sinai, terbit dan muncul di Sair, kemudian bercahaya di Gunung Faran.”


Al-Hashin ibn Salam menyedari kurnia dan anugerah dari Allah yang telah memberinya hidayah dan keimanan. Ia sering merenung dan berfikir serius. Dia antaranya ia memikirkan bahawa Allah telah mengutus Nabi Musa a.s. sebagai nabi dan utusan-Nya yang menyeru manusia ke jalan Tuhan. Setelah datangnya Nabi Isa a.s yang diutus di Palestin. Kini, seorang nabi lain diutus.

Namun, ia tidak diutus untuk tidak dan berasal dari kalangan Bani Israil seperti nabi-nabi sebelumnya, termasuk Nabi Daud, Sulaiman, Ishak, Yaakub, bahkan hingga Nabi Zakaria dan Isa a.s. Semuanya berasal daripada Bani Israil. Nabi yang baru ini berasal dari garis keturunan Ismail. Ia pun tidak muncul di Palestin, tetapi di Faran, tempat yang kini disebut Mekah. Nabi baru itu akan berhijrah ke Yastrib – yang kelak disebut Madinah al-Munawwarah.

Melalui pemikiran dan perenungannya yang jernih, al-Hashin sampai pada kesimpulan yang benar dan mencapai hakikat sejati. Kerana itu, ia sering berdoa kepada Tuhan agar memanjangkan umurnya sehingga dapat bertemu dengan nabi baru itu dan mengikuti ajarannya.

Al-Hashin menyibukkan dirinya dalam berbagai-bagai aktiviti sosial serta keagamaan, kerana ia termasuk ulama Yahudi, yang harus menasihati kaumnya. Akidah sebahagian mereka telah rosak dan sesat; mereka tidak lagi mengimani Tuhan dan melupakan ajaran-ajaran-Nya. Jiwa mereka cacat dan dinodai kejahatan, kebencian, dan kedengkian. Mereka mencampuradukkan antara kebaikan dan keburukan, antara yang hak dan yang batil dalam kehidupan mereka sehari-hari.

Meskipun demikian, keburukan dan kerosakan akhlak sebahagian kaumnya tidak membuatnya beralih dari jalan yang benar. Ia tetap kukuh dalam keyakinannya kepada Tuhan, seraya menunggu datangnya khabar tentang nabi baru.

Akhirnya, al-Hashin mendengar khabar tentang seorang bernama Muhammad ibn Abdullah yang mendakwahkan agama baru dan mengajak manusia menyembah kepada Tuhan Yang Esa serta meninggalkan penyembahan berhala. Orang itu mengaku sebagai nabi dan utusan Tuhan. Kini, ia semakin yakin bahawa nabi yang dikhabarkan dalam Taurat itu telah datang. Semakin besar pula keinginan untuk bertemu dan bercengkerama dengannya.

Apakah ia belum mendengar khabar tentang datangnya seorang utusan Muhammad untuk penduduk Yastrib iaitu Mush’ab ibn Umair?

Pada suatu hari, Ketika sinar matahari mulai meredup dan beranjak menuju peraduannya, al-Hashin baru saja selesai mengerjakan kerja sehari-harinya di kebun kurma. Kelelahan, ia duduk di bawah pohon Kurma seraya menikmati semilir angin yang sejuk membelai tubuhnya. Kenikmatan suasana itu memberati kelopak matanya sehingga lama-kelamaan ia tertidur di bawah naungan pohon kurma itu.

Dalam tidurnya, ia bermimpi cukup aneh…

Dalam mimpinya itu ia berjalan-jalan dengan kepayahan melewati jalan setapak yang sempit. Di kiri kanannya banyak tumbuh semak-semak berduri yang menggoreskan luka-luka kecil pada kakinya. Ada banyak lubang dan bebatuan yang semakin membuatnya sulit berjalan. Ia banyak berhenti untuk menghela nafas, baru kemudian melanjutkan perjalanan.

Tiba-tiba, setelah lama berjala, ia melihat di sebelah kanannya sebuah jalan yang mulus, tidak berbatu, dan tanpa duri terpampang di hadapannya … jalan itu begitu mulus dan lapang. Di kiri kanannya tumbuh pepohon yang rimbun menaungi para pejalan. Segera ia beralih ke jalan itu dan merasakan kenikmatan serta kenyamanan … hatinya pun merasa tenang dan bahagia setelah kelelahan sekian lama.

Namun, belum lagi lama berjalan, ia telah terbangun dari tidurnya. Al-Hashin bangkit dengan fikiran masih dipenuhi bayangan mimpinya. Ia putar ulang mimpinya itu dan merenung: makna apakah yang dikandung mimpinya? Ia bertekad untuk menceritakan mimpinya itu kepada kaumnya.

Apakah mimpinya itu merupakan petanda mengenai kehidupan yang akan dijalani al-Hashin?

Al-Hashin pun tidak mengetahui jawapannya. Kerap kali ia putar ulang mimpi itu dalam kepalanya. Sementara itu, ayat Taurat yang selama ini menyibukkan fikirannya pun selalu terbayang dalam benaknya.

Tidak menunggu lama dalam peristiwa itu, al-Hashin mendengar khabar gembira bahawa orang yang dinantikannya itu, Muhammad putra Abdullah sang utusan Tuhan akan tiba di Yatsrib, sebagai Muhajirin bersama sahabatnya.

Nabi Muhammad s.a.w datang ke Yatsrub dan penduduk di sana menyambutnya dengan penuh kegembiraan dan penghormatan. Dengan gembira menyambut kedatangan Muhammad, setiap orang mempersiapkan diri dan tampil dengan pakaian yang terbaik. Anak-anak dan kaum wanita melantunkan nyanyi puji-puji mengagungkan Muhammad. Setiap lelaki berusaha mengiringi langkah Muhammad dan sahabatnya Abu Bakar sejak memasuki Yastrib seraya berharap bahawa tamu agung itu berkenan singgah dan menjadi tamu di rumah mereka.

Nabi Muhammad s.a.w dan Abu Bakar berjalan melintasi jalanan Yastrib diringi oleh semua orang yang berjalan di belakangnya dengan sukacita hingga mereka tiba di perumahan keluarga Amir ibn Auf.

Pada saat itu, al-Hashin tengah berada di puncak salah satu pohon kurmanya untuk membersihnya pelepah-pelepah yang kering. Ketika melihat kedatangan Rasulullah dan sahabatnya itu, ia berseru gembira, “Allahu Akbar!”

Sementara itu, di bawahnya berdiri Khalidah bint al-Harits yang, mendengar teriakan al-Hashin, lansung bertanya kepadanya, “Demi Allah, mendengar teriakaknmu, seakan-akan aku mendengar khabar kedatangan Musa ibn Imran. Anak saudaraku, mengapa kau berteriak seperti itu?”

Dengan rona muka yang bahagia al-Hashin segera turun dari pohon itu dan berkata pada bibirnya, 

“Bibi, ia memang saudaranya Musa, yang diutus oleh zat yang juga mengutus Musa. Itulah yang dikatakan Taurat.” Khalidah berkata lagi, “Anak saudaraku, apakah ia nabi yang dikhabarkan dalam Taurat, dan ia diutus saat ini, sekarang ini?”

“Benar.”

Al-Hashin ibn Salam segera bergabung dengan penduduk Yastrib lainnya menyambut kedatangan Nabi Muhammad saw. dengan perasaan bahagia kerana mendapatkan limpahan dan kurnia kebaikan dari Allah. Al-Hashin sendiri tidak henti-hentinya bersyukur kerana doanya dikabulkan sehingga dapat bertemu dengan Sang Nabi.

Kedatangannya Nabi s.a.w ke Yatsrib semakin menggelorakan hasrat al-Hashin untuk menemuinya. Ia segera pergi dan bergabung di majlis Nabi s.a.w, dan mendengar beliau menyeru orang-orang, “Wahai manusia, sebarkanlah salam kedamaian, berikanlah makanan, dan sambungkanlah tali kasih sayang (silaturrahim), dan solatlah di malam hari ketika orang-orang tidur nyenyak.”

Sungguh kalimat yang baik, murni, dan suci, kalimat yang bersumber dari hati yang tulus dan murni, hati yang memancarkan rasa aman, damai, dan cinta.

Al-Hashin merasa sangat berbahagia. Ketika memerhatikan wajah baginda Nabi saw., semakin ia yakin bahawa seruan yang didakwahkannya itu benar. Kalimat-kalimat semacam itu hanya akan keluar dari lisan seorang nabi, yang diutus membawa risalah daripada Allah.

Orang-orang yang hadir di sana berebut dan saling berdesakan agar mendapatkan kesempatan untuk menyatakan syahadat dan keislamannya di hadapan Nabi saw. Al-Hashin berhasil mendapat kesempatan bagus untuk masuk dan mengadap kepada Rasulullah, dan lansung menyatakan keimanannya kepada Allah dan Rasullah.

Lautan kebahagiaan lansung memenuhi dan menggelorakan jiwa al-Hashin. Berkali-kali ia ucapkan kalimat syahadat. Rasulullah menanyakan namanya, dan ia menjawab, “Hashin.”
Namun Rasulullah segera mencelah, “Bukan, tetapi Abdullah.”

Sejak hari itu, al-Hashin berubah menjadi Abdullah ibn Salam. Ia tak lagi seorang Yahudi. Kini, ia adalah seorang Muslim tulen.

Abdullah ibn Salam kembali pulang ke rumahnya, menemui keluarganya dan mengajak mereka kepada Islam. Mereka semua menyatakan keislaman mereka, termasuk bibinya, Khalidah bint al-Harits.

Abdullah ibn Salam tetap merahsiakan keislamannya itu dari kalangan Yahudi lainnya, kerana ia telah mengenal baik karekter mereka dan keburukan akhlak mereka. Pergaulannya yang lama dengan kaum Yahudi dan kedudukan dirinya sebagai ulama Yahudi membuatnya sangat memahami karakter dan sifat mereka.

Sifat dan perilaku buruk itu mereka dapatkan sebagai kesan daripada keburukan dan seksaan yang mereka alami di masa Firaun, serta kekejaman yang ditimpakan oleh Nebukadnezar al-Kaldani, juga kekejaman penguasa Romawi. Kerana itulah kaum Yahudi dikenal sebagai bangsa yang pendendam, pendengki, dan selalu berprasangka buruk kepada pihak lain, bahkan kepada nabi-nabi mereka.

Maksudnya: “Maka (Kami laknatkan mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula membunuh Nabi-nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar, dan mereka juga mengatakan: “Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad)”. (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeteraikan hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja (di antaranya).” (an-Nisa: 155)

Sejarah juga mencatat akan usaha mereka membunuh nabi mereka sendiri, iaitu Nabi Arami. Mereka juga membunuh Nabi Zakaria. Al-Hashin atau Abdullah ibn Salam mengetahui betul karakter dan sejarah kaum Yahudi, sejarah kebodohan dan kebengalan mereka.

Pada suatu hari Abdullah ibn Salam menghadap kepada Rasulullah dan berkata, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya kaum Yahudi adalah kaum yang bengal. Dusta dan pembangkangan mereka telah dikenal luas, begitupun upaya mereka menyimpangkan manusia dari kebenaran. Seandainya mereka tahu aku telah masuk Islam, tentu mereka akan mencela dan memusuhiku.”

Abdullah ibn Salam meminta kepada Rasulullah untuk menyembunyikan di sebuah bilik, kemudian mengabarkan keislamannya kepada kaum Yahudi. Ia ingin tahu bagaimana reaksi kaum Yahudi ketika mengetahui bahawa ia telah masuk Islam, bahawa ia telah menempuh jalan hakikat.

Kemudian Abdullah ibn Salam bersembunyi di sebuah kamar dan Rasulullah mengundang beberapa pemimpin Yahudi ke rumahnya. Setelah mereka tiba, Rasulullah bertanya, “Apakah di antara kalian ada yang bernama al-Hashin ibn Salam?”

Mereka menjawab yakin, “Ia tuan kami, dan anak tuan kami. Ia adalah pemuka agama kami dan seorang alim di antara kami.”

Tidak lama kemudian, Abdullah ibn Salam keluar dari bilik dan menemui mereka. Tentu saja para pembesar Yahudi itu terkejut bukan kepalang. Mereka menarik ucapan mereka dan berkata, “Kami salah, lelaki ini bukan golongan kami, dan bukan pemimpin kami.”

Orang-orang Yahudi itu saling berpandangan di antara mereka, tanpa dapat berkata apa-apa. Ketika mereka masih diliputi keraguan dan ketakjuban, Abdullah ibn Salam menyempurnakan ucapannya, “Sedangkan aku, saksikanlah, aku bersaksi bahawa Muhammad adalah utusan Allah. Dakwahnya adalah kebenaran. Tidakkah kalian berislam?”

Kaum Yahudi itu masih diliputi ketakjuban dan rasa tak percaya. Mereka murka sekaligus tak percaya bahawa guru mereka ternyata telah berubah dan menjadi pengikut Muhammad. Akhirnya mereka pulang seraya berkata mencela Ibn Salam, “Engkau pendusta. Sungguh kau adalah kejahatan di antara kami dan anak kejahatan. Engkau adalah kebodohan dan anak kebodohan.”

Peristiwa ini menunjukkan dusta kaum Yahudi dan kebodohan mereka. Ibn Salam berkata kepada Rasulullah saw., “Wahai Rasulullah, seperti telah kukatakan, kaum Yahudi adalah kaum pembangkang yang bengal. Tidak ada keimanan sejati dalam diri mereka. Dan mereka sama sekali tidak boleh dipercaya. Mereka tak pernah memegang teguh janji mereka.”

Tidak lama menunggu, Allah menurunkan ayat al-Quran yang bermaksud:

“Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan Kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian dari mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu sedang mereka mengenai (salahnya perbuatan yang demikian).” (al-Baqarah: 146)

Mendengar ayat itu dibacakan di hadapannya, dan melihat bagaimana Rasulullah mendapatkan wahyu itu, Abdullah ibn Salam merasa sangat bahagia. Kecerian dan kesenangan memenuhi jiwanya lalu memancar ke seluruh tubuhnya. Ayat Allah itu meneguhkan hakikat yang telah diketahui dan dipegang teguh oleh Ibn Salam, hakikat yang diingkari oleh kaum Yahudi lainnya. Mereka telah mendusta, mendustakan, dan bersikap membangkang terhadap kebenaran. Sebelum pulang, Abdullah ibn Salam berkata kepada Rasulullah, “Demi Allah, aku mengenalmu lebih banyak dan lebih dalam ketimbang anak-anak dan keluargaku.”

Sejak saat itu dimulailah diskusi, perdebatan, dan perbincangan yang seru antara kaum Yahudi dan kaum muslim.

Kehidupan Abdullah ibn Salam berlangsung sebagaimana biasanya. Ia tinggal di Madinah sebagai sebahagian dari umat Islam. Ia bahagia dengan keislamannya. Baginya, tinggal di sisi Rasulullah untuk membela dan membantu dakwahnya adalah kebahagian yang tak berbanding. Ia selalu duduk paling depan di antara sahabat-sahabat lainnya ketika Rasulullah menggelar majlis ilmu.

Tidak ditemui catatan yang jelas tentang keterlibatan Abdullah ibn Salam dalam peperangan yang disertai umat Islam, baik menghadapi kaum Quraisy mahupun ketika mengepung dan mengusir kaum Yahudi, atau ketika mereka menghadapi kedua-dua musuh itu yang bersekutu menyerang kaum Muslim.

Namun yang pasti, ia merasa bahagia mendengar khabar kemenangan kaum muslim melawan musuh-musuhnya. Ia senang melihat cahaya Islam semakin jauh menyinari orang-orang dari kawasan yang berbeza-beza di sekitar jazurah Arab. Ia bahagia dengan semakin luasnya wilayah negara Islam sehingga menyentuh kawasan Iraq, Syria, dan Mesir … ia bahagia dengan kemenangan Islam dan Rom dan Parsi. Ibn Salam banyak terlibat dalam berbagai peristiwa historis umat Islam.

Ketika Rasulullah wafat, baginda digantikan oleh Abu Bakar yang menjadi khalifah, pemimpin umat Islam. Kemudian Umar menggantikannya, kemudian Uthman ibn Affan. Mereka semua selalu menghormati Abdullah ibn Salam, mengingat kedudukannya dan kesolehannya.

Pada suatu hari, para sahabat Rasulullah sedang duduk di Masjid Nabi. Di tengah-tengah mereka duduk seorang lelaki tua. Aura wajahnya tampak mengesankan dan memikat setiap orang yang memandangnya. Ia tengah berbicara kepada hadirin menyampaikan nasihat dan ajaran-ajaran keagamaan. Dialah Abdullah ibn Salam.

Ia berbicara kepada orang-orang di sekitarnya dengan gaya tutur yang santun. Lembut, dan berwibawa. Orang-orang duduk mendengarkan dengan khusyuk. Setelah majlis ilmu itu selesai, Abdullah ibn Salam keluar dari majlis untuk berjalan sesuai dengan kehendak hatinya.
Ketika ia keluar masjid, seseorang yang ikut mendengarkan ceramahnya berkata, “Siapa saja yang suka melihat wajah seorang ahli syurga, lihatlah laki-laki itu.” (yang dimaksudkannya adalah Ibn Salam).

Seorang sahabat yang bernama Khursyah ibn al-Hurr, yang ikut menghadiri majlis ini, berkata kepada dirinya sendiri, “Demi Allah, aku akan mengikutinya hingga aku mengetahui rumahnya.”

Khursyah mengikuti Abdullah ibn Salam. Namun di tengah perjalanan Abdullah memanggilnya dan bertanya, “Apa keperluanmu, wahai saudaraku?”

Khursyah menjawab, “Aku mendengar orang-orang berbicara tentangmu ketika engkau keluar dari masjid, “Siap saja yang suka melihat wajah seorang ahli syurga, lihatlah laki-laki itu’. Itulah yang mendorongku untuk mengikutimu.”

Abdullah ibn Salam berkata, “Hanya Allah yang mengetahui tentang ahli syurga. Aku akan bercerita kepadamu tentang hadis yang mereka bicarakan.”

Kemudian Abdullah ibn Salam mulai menceritakan kisahnya. Ketika aku tidur, aku bermimpi. Seorang lelaki mendatangiku dan berkata kepadaku, “Bangkitlah.” Kemudian ia memegang tanganku. Dan aku pun pergi bersamanya. Kami tiba di hadapan persimpangan. Aku mencuba berjalan ke arah kiri, namun laki-laki itu menahanku dan berkata, “Jangan ambil jalan yang kiri, kerana jalan itu adalah jalan golongan kiri.”

Lalu aku melihat ke jalan sebelah kanan, dan lelaki itu berkata, “Ambillah jalan ini.”
Kemudian kami berjalan hingga tiba di sebuah tiang yang sangat tinggi. Dasarnya tertanam di bumi dan puncaknya menyentuh angkasa. Dari puncak tiang itu tergantung seutas tali. Lelaki itu berkata, 

“Panjatlah tiang ini.”
“Bagaimana boleh memanjat tiang ini sedangkan puncaknya menembus cakerawala?”

Ia memegang tanganku dan tiba-tiba saja aku telah bergantung pada tali itu berusaha memanjat tiang.
Entah apa yang terjadi berikutnya kerana fajar membangunkanku. Keesokan paginya aku menemui Rasulullah dan menceritakan mimpiku. Rasulullah bersabda,
“Jalan yang kau lihat di sebelah kirimu adalah golongan kiri. Jalan yang ada di sebelah kananmu adalah jalan golongan kanan. Sedangkan mengenai gunung, itu adalah tempat para syuhada. Kau tidak akan mendatanginya. Dan tiang tinggi yang puncaknya di angkasa dan dasarnya di bumi adalah tiang Islam. Tali yang kau gunakan untuk memanjat adalah tali Islam. Kau akan terus memegangnya hingga akhir hayatmu.”

Khursyah senang mendengar kisah itu dan berharap semoga dirinya termasuk ke dalam golongan ahli syurga.
Keadaan berlangsung di Madinah selari dengan harapan semua kaum Muslim. Mereka hidup bahagia dan dipenuhi harapan yang indah mengenai kemajuan agama mereka. Kini, cahaya Islam telah tersebar ke wilayah yang jauh lebih luas. Pasukan Muslim berjaya menewaskan pasukan Parsi di timur dan bersiap-siap menakluk Mesir.

Muaz ibn Jabal termasuk pasukan tentera Muslim yang turut serta dalam misi penaklukan Syria. Namun, ia diserang wabak penyakit di sana. Ia pulang ke Madinah dalam keadaan sakit yang teruk.

Dengan hikmah yang dimilikinya, Abdullah ibn Salam mengetahui apa yang dideritai Muaz ibn Jabal dan menyedari bahawa ajalnya tidak lama lagi. Kerana itu, ia berkata kepada Muaz, “Wahai Muaz, berilah kami wasiat.”

Muaz, yang telah meraih hakikat, berkata kepada para sahabat yang hadir di sekitarnya, “Carikanlah ilmu dari Abu Darda, Salman, Ibn Mas ‘ud, dan Abdullah ibn Salam, seorang Yahudi yang masuk Islam. Aku mendengar Rasulullah bersabda tentangny, ‘Sesungguhnya ia termasuk dari sepuluh ahli syurga.”

Wasiat itu merupakan persaksian yang jelas mengenai kedudukan dan keutamaan Abdullah ibn Salam. Kehidupan Abdullah ibn Salam berlangsung dengan tenang. Ia diselamatkan daripada konflik sosial-politik yang berlaku di masa-masa akhir kekhalifahan Uthman ibn Affan serta konflik antara Ali ibn Abu Talib dengan Muawiyah ibn Abu Sufyan.

Ketika mengetahui bahawa Ali ibn Abu Talib berniat menghantar pasukan tentera ke Iraq untuk menyerang para pembemrontak, Abdullah ibn Salam memberi nasihat, “Wahai Ali, tetaplah bertahan pada mimbar Rasulullah s.a.w. Jika kau meninggalkannya, kau tidak akan kembali ke sana.”

Tetapi Ali tidak mengikuti nasihat Ibn Salam dan berkata, “Abdullah ibn Salam adalah lelaki yang soleh.”

Dan terjadilah apa yang telah terjadi ke atas diri Ali ibn Abu Talib. Abdullah ibn Salam meninggal dunia pada tahun 43 Hijrah.

Semoga Allah melimpahkan rahmat-Nya kepada Abdullah ibn Salam, kerana Dia telah menunjukinya kepada Islam dan berjuang dengan tulus ikhlas membantu dakwah Rasulullah sehingga Rasulullah memberikannya khabar gembira sebagai salah seorang ahli syurga. via kisahbest.



Selanjutnya

Friday, 28 November 2014

Kisah Gadis 20 Tahun Menyesal Berkahwin Dengan Ustaz

Kisah Gadis 20 Tahun Menyesal Berkahwin Dengan Ustaz | Seorang gadis umur 20 tahun hendak bernikah tapi dia tak nak couple-couple nih, tambahan lagi dia mahukan seorang suami yg 'ultra warak'. so dia pun buat hebahan yang dia sudi menerima sesiapa je yg ingin menikahinya dengan syarat:

1) lelaki tu kena puasa sepanjang tahun
2) lelaki itu kena khatam al Quran setiap hari
3) lelaki itu kena beribadah sepanjang malam setiap hari.

Sekadar Gambar Hiasan
Tak ada seorang pun laki sanggup nak terima ketiga2 syarat tu kecuali seorg jejaka yang sederhana perwatakan dan penampilannya. Akhirnya bernikahlah si jelita itu dgn lelaki tersebut.Sepanjang perkahwinan mereka, perempuan tu perhatikan jejaka tu.

"Eh...tak puasa pulak laki aku hari ni. Mcmana nak puasa setahun?"
"Hmm..aku tak nampak pun dia baca Quran hari ni..."
"Tak nampak pun laki aku bangun malam pagi ni. Dia tak solat malam ke?"

Selepas sebulan akhirnya permpuan tu tak tahan dah. Dia anggap jejaka tu menipu dia. Dia pun memohon cerai kat mahkamah sambil menyatakan alasan "ditipu oleh suaminya"

"Masa nak nikah dulu dia setuju syarat2 yg saya letak. Dah kawin langsung tidak tunaikan. Penipu!" Rungut si pempuan pada hakim.

Hakim pun tanya kpd jejaka tu, "kamu ingat apa syarat2 nikah yg isteri kamu letakkan?""Ingat, yang arif. Puasa sepanjang tahun, solat malam non stop setiap hari, khatam Quran setiap hari.." Jawab jejaka muda dengan nada lembut.

Hakim bertanya lagi. "Habis tu kamu tak buat ?"

pemuda tu selamba jawab, "buat."

Hakim menjerkah, "Isteri kamu kata kamu tak buat. Mcm mana ni?"

Pemuda itu tak mau mengalah. "Sungguh saya buat yang arif. Takkan saya nak tulis report card nak bagi tahu saya buat apa hari ni? Nanti riak pulak !!!"Hakim tidak puas hati, "baik. Hari ni kamu puasa tak?"

"Tak."Hakim terus potong ayat, "hah! Kamu tidak puasa hari ni, habis mcm mana kamu kata kamu puasa sepanjang tahun?"

Pemuda itu selamba menjawab,

" Rasulullah telah bersabda sekiranya seorg itu menunaikan puasa Ramadhan sebulan dan kemudiannya menyambung dgn puasa sunat syawal 6 hari, maka seolah2 dia telah berpuasa sepanjang tahun. Saya puasa Ramadhan dan puasa 6 setiap tahun, jadi saya seolah2 berpuasa sepanjang tahun."

Hakim tu tersentak. "Habis tu mcm mana kamu khatam Al Quran setiap hari? Saya nak baca 3 muka surat sehari pun susah nak cari masa.Pemuda itu terus menjawab, "saya baca Surah Al Ikhlas 3 kali setiap kali saya sebelum tidur.

Rasulullah bersabda sesiapa yg membaca surah Al Ikhlas 3 kali maka seolah2nya dia telah membaca keseluruhan Al Quran." sambil buat senyuman lebar kpd hakim.

Hakim itu makin tergamam. "Solat malam pulak, bagaimana kamu buat?"Pemuda itu sekali lagi senyum.

"Saya solat Isyak dan solat Subuh berjemaah.

Rasulullah bersabda, barangsiapa yg berjemaah pada waktu Isyak dan Subuh maka seolah2nya dia telah beribadah sepanjang malam"

dia terus menyambung,"Islam itu indah, yang arif. Tetapi kita selalu mengukur kewarakan dan kealiman seseorg itu berdasarkan banyaknya amalan seseorg itu yg dizahirkan sedangkan Allah mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

Kita cuma diberikan Allah 24 jam sehari semalam, maka pandai2lah kita bahagikan masa selaku manusia yg menghidupkan dunia serta mencari akhirat. Bukankah mencapai kejayaan di dunia juga merupakan ibadah, dan apa gunanya jika melakukan ibadah tanpa istiqamah, semua itu hanya sia-sia.

Hakim terangguk2 lalu memerintahkan si isteri bangun. "Awak sepatutnya beruntung. Awak telah dinikahi oleh seorg lelaki yg bukan sahaja amat warak tetapi amat berilmu.Dengan ini saya isytiharkan kes ini dibatalkan..."

Si suami tersenyum puas..

*3 amalan ini bukan hanya dikhususkan kepada lelaki , perempuan juga boleh mendptkan nye peringatan bersama.. Mari kita lakukan bersama..Subhanallah‬ Islam Itu Indah

Semoga amalan2 baik didatangkan kekuatan utk saya dan seluruh ummat beramal dgn nya... Baca tau Dgn Niat baik ..Bismillah hirahmannirahim innaka la minal mursalin a'la siratim mustaqim tanzilal azizir rahim litunzira qaumamma unzira aba uhum fahum ghafilun . Kita berbagi doa ke sesama muslim....  via aans1.



Selanjutnya

Wednesday, 19 November 2014

8 Koleksi Gambar Dua Lautan Terpisah Yang Berlaku Di Seluruh Dunia

8 Koleksi Gambar Dua Lautan Terpisah Yang Berlaku Di Seluruh Dunia | Ini merupakan gambar-gambar yang telah diambil di seluruh dunia perihal fenomena lautan terpisah yang membingungkan ramai saintis. Tetapi bagi umat Islam. Perkara ini telah disebut dalam al Quran 1400 tahun yang lampau. Subhanallah. Dialah Allah yang menjadikan 2 laut bercantum. Diantaranya dinding yang tidak terlihat. Disebut dalam Al-Quran 1400 tahun lalu. Al-Quran : Surah Ar-Rahman Ayat 19-21: 

[19] Ia biarkan air dua laut (yang masin dan yang tawar) mengalir, sedang keduanya pula bertemu; [20] Di antara keduanya ada penyekat yang memisahkannya, masing-masing tidak melampaui sempadannya; 
[21] Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan?









Selanjutnya

Kisah Chika Nakamura Peninju Wanita Bertaraf Dunia Dari Jepun Memeluk Islam

Kisah Chika Nakamura Peninju Wanita Bertaraf Dunia Dari Jepun Memeluk Islam | Hidayah adalah anugerah yang datang tanpa disangka-sangka. Hal ini dirasakan oleh Chika Nakamura, seorang peninju wanita asal negeri sakura. Chika lahir dan dibesarkan di Jepun, dengan masa kecil yang bahagia, diasuh oleh orang tuanya yang dengan sangat berdisiplin. Ia belajar di sekolah yang bagus, mengikuti kegiatan ekskul, bermain dengan rakan-rakan; bermain bola dan plastisin (playdough) setiap hujung minggu.

 
Ia adalah tipikal anak Jepun yang sangat dimanjakan secara material. "Namun ada yang hilang saat itu, yakni komunikasi anak dengan orang tua di dalam keluarga," ungkapnya. Padahal, ia telah melewati masa kecil yang gembira kerana dipenuhi segala keperluannya. Semasa menginjak masa remaja, Chika bersekolah di sekolah di sukainya. Tapi ia tetap merasa ada yang hilang, iaitu passion-nya. "Saya tidak tahu apa yang hilang ketika itu," hatinya bertanya-tanya. 

Apabila usia meningkat 16 tahun, Chika meninggalkan rumah, pergi ke UK. Ia cuba hidup berdikari, mencari nafkah; untuk makan, membayar bil-bil dan bayaran sekolah bahasa Inggeris. Perasaannya begitu dicabar. Semuanya baru; orang baru, persekitaran baru, bahasa baru. Ia merasa bersemangat. Namun demikian, ia mengakui "hidup di UK terlalu berat dan mahal, maka saya putuskan untuk kembali ke Jepun 2 tahun kemudian."  

Saat berjumpa dengan Chika, orang tuanya terkejut. Caranya berpakaian telah berubah. Ia sangat kebaratan. Pakaiannya ketat dan memakai skirt mini. Kerana merasa tidak sesuai tinggal di pinggir bandar, ia lalu pindah lagi ke Tokyo selama 2 tahun. Tokyo adalah bandar besar yang sangat materialistik. Segalanya serba canggih. Di sana, Chika berjumpa dengan seorang rakan wanita yang mengajarnya memandu motor. Saat itulah, ia merasa menjadi wanita bebas.  

Di atas motor, ia melihat sebuah papan iklan. Di bawah lampu merah itu ada gambar wanita peninju. Sejak saat itu ia berfikir, "Aha, inilah passion-ku!" Chika bertekad menjadi peninju. Pada masa itu tahun 1999 Ia berangkat ke Amerika, mengejar mimpi sebagai seorang peninju profesional. 

Di tahun 2001 dan 2002 ia menjadi satu-satunya wanita peninju asal Jepun yang memenangi pelbagai kejohanan tinju peringkat dunia. Malangnya, ternyata Chika tetap mengeluh, "Saya telah berkorban banyak; meninggalkan orang tua, keluarga, kampung halaman, teman, dan banyak lagi. Sementara, hidup di Amerika juga berat kerana saya serba kekurangan. Saya merasakan penderitaan fizikal dan mental. "Hidayah di balik musibah Suatu hari Chika menderita cedera. 

Menurut doktor, itu adalah kecederaan yang serius. Katanya ia perlu beralih profesi. Sebagai atlit, kecederaan adalah perkara yang menakutkan. Ia terancam kehilangan impiannya sebagai peninju wanita profesional. Chika merasakan ketakutan dan tersedar bahawa usianya semakin pendek. Tapi ia berkeras harus bertahan dan harus kembali. Maka ia ikuti proses pemulihan dan kembali ke ring. Secara emosional Chika merasa gelisah. "Saya bertanya-tanya apakah tujuan hidup ini. Saat itu kali pertama hidup saya merasa terhenti sejenak.  

Saya tidak boleh berlari, tidak boleh berjalan, tidak punya keluarga, dan tak punya tujuan hidup. "Dia mempersoalkan kembali apa yang telah dialami. Mengapa harus meninggalkan Jepun? Mengapa mahu menjadi peninju wanita profesional? Chika bangkit kembali dan mengaku dibisiki hawa nafsu bahawa, "Inilah tujuan hidupku. Passion-ku adalah tinju. Segalanya telah ku korbankan demi bertinju. Aku boleh bertahan demi kerjaya sebagai wanita peninju. Aku boleh membantu orang lain dengan berkongsi pengalaman tentang perjalanan hidupku menuju profesion sebagai peninju. 

"Seolah benar, Chika mencari sebuah pola hidup manusia, bahawa hidup ini pasti mendapati masalah, lalu berjaya melaluinya, lalu timbul lagi masalah, dan kita lewati lagi, demikian seterusnya . Maka ia pikir pasti boleh selamat melaluinya. Ia pun tak menuruti nasihat doktor. Mulanya Chika mendapatkan "keajaiban" bertubi-tubi. Ia mendapatkan sponsor dan pindah ke Kalifornia untuk berlatih demi kejohanan. Di sana ia mendapatkan jurulatih yang hebat. Saat itu ia merasa begitu kuat, sihat dan dimudahkan.  

Malangnya, lagi-lagi ia masih belum mendapat jawaban atas kekosongan jiwa itu. "Ini pasti bukan jalan yang benar," ujarnya. Lalu Chika mencari jawapannya dengan membaca buku biografi orang-orang yang berjaya dalam pelbagai bidang; ekonomi, politik, perniagaan dan agama. Ia tetap tidak mendapat jawaban. Sampai suatu ketika, Chika berjumpa dengan seorang bekas peninju kelas dunia. Ia seorang muslim. Ia berbincang dengannya. Ia sangat mudah, rendah hati, ramah, dan baik sekali. Inilah yang telah Chika tinggalkan dan hilang dari masyarakat London dan di Jepun. "Tidak perlu ilmu akademik yang banyak dan kemahiran yang tinggi untuk memperoleh ketenangan. Saya juga boleh mendapatkannya sambil fokus pada tinju, "Fikirnya. Lantas, tiba-tiba takdirnya berubah.  

Kerjayanya terhenti tanpa sponsor, selepas cuba peruntungan di New York selama 4 bulan. Kekasihnya pergi dan ia tak punya siapa-siapa lagi. Ia putus asa dan menghentikan semuanya. Qodarullah, Allah pertemukan Chika dengan seorang rakan wanita asal Perancis, dia seorang Kristian. Dia mengatakan ada satu potong puzzle yang hilang pada dirinya. Itulah sang pencipta. Dia bertanya apakah Chika tahu tentang pencipta. "Tentu aku tak tahu apa-apa tentang pencipta," jawabnya. Maka Chika ikuti cadangan rakannya untuk mempelajari agama-agama. Beliau pergi tempat ibadah hindu, gereja, budha, dan masjid.  

Di masjid, Chika mengenang saat-saat menjemput hidayah-Nya, "Saya bersujud, menangis. Hati dan jiwa ini berbisik; butuh banyak masa untuk saya menempuh perjalan hidayah ini. Saya kembali kepada Allah. Segera saya ingin menjadi muslim. Pada hari Jumaat, beberapa tahun yang lalu, saya tinggalkan tinju, cinta dan rancangan ingin berkahwin cepat. Saya mengucap syahadah. "" Tentu saya sedih. Memang sukar meninggalkan passion-mu. 

Tetapi, kini saya mempunyai misi baru, yakni membela Islam, berdakwah di negara saya dan dunia. Inilah jalan yang benar, "pengakuan Chika. Alhamdulillah, kini Chika merasakan kedamaian jiwa selepas berislam dan mengaku telah bahagia menjadi seorang muslimah. Ia menyedari bahawa akan ada cabaran lebih dalam berdakwah, lebih letih daripada bertinju. Namun hal itu tak menyurutkan tekad Chika guna mendedikasikan seluruh hidupnya untuk Islam. Saat ini ia serahkan seluruh potensinya untuk Islam, dengan misi hidup yang baru, yakni jihad fiisabilillah. via Diarishare.



Selanjutnya

Monday, 10 November 2014

20 Tanda Seorang Lelaki Dicintai Jin Betina

20 Tanda Seorang Lelaki Dicintai Jin Betina | Sekadar perkongsian untuk semua. Akibat beberapa sebab seperti selalu berbuat maksiat, jin akan cepat berdamping dengan orang-orang seperti ini. Tidak hairan jika ada jin betina suka kepada lelaki yang suka buat maksiat. Apabila seseorang manusia lelaki itu dicintai jin betina maka ia ada beberapa tanda:


1) Mempunyai sikap seperti wanita. Bagi lelaki yang mengalami keadaan ini sikap mereka akan menjadi seperti seorang wanita. Contohnya sangat beremosi seperti pemarah, cepat merajuk, cepat panik dan gelabah, pemalu, mudah putus asa dan sebagainya.

2) Sangat suka menyendiri dan tidak selesa berada dikhalayak ramai. Tanda yang boleh diperhatikan ialah apabila anda berada dikhalayak ramai tambah pula kalau anda menjadi tumpuan masyarakat ialah sekurang-kurangnya jari anda akan menggeletar. Kalau yang lebih teruk anda boleh jadi menggeletar seluruh badan dan menjadi sangat panik.

3) Suka mengelamun dan berkhayal perkara-perkara romantik. Contohnya anda selalu membayangkan yang anda sedang berasmara atau berkasih mesra dengan perempuan, tidak kiralah samada perempuan tersebut anda kenal atau tidak, perempuan yang anda pernah lihat atau perempuan yang anda cipta sendiri dalam bayangan anda.

4) Suka bersendirian ketika berjalan terutamanya pada waktu malam.

5) Suka duduk mengelamun bersendirian melayan perasaan di bawah bulan purnama.

6) Sering merasa sedih, gembira, sayu atau rindu pada seseorang, tetapi anda sendiri tidak tahu siapa orang tersebut.

7) Anda akan sangat mudah untuk jatuh cinta pada mana-mana wanita, tidak kiralah samada wanita yang baru atau pun telah lama kenal. Bahkan mereka yang telah dipikat oleh jin wanita juga akan mudah jatuh cinta pada wanita yang baru sekali dipandang. Dan perasaan cinta tersebut diikuti dengan rasa rindu yang teramat sangat.

8) Anda akan selalu didatangi oleh wanita samada yang anda kenali atau tidak. Wanita yang sama atau berganti-ganti akan datang pada anda ketika anda mula mahu melelapkan mata atau pun di tengah malam, dalam keadaan anda antara tidur dan jaga. Selepas didatangi apa sahaja kemungkinan boleh berlaku, samada sekadar bergurau senda, berasmara atau boleh jadi lebih dari itu.

9) Anda kemungkinan akan bermimpi didatangi dan berasmara dengan seorang wanita. Dan kalau sampai ke tahap di mana anda dan wanita itu melakukan persetubuhan, maka ianya sangat bahaya. Kerana ianya mungkin mimpi bagi anda tetapi baginya ia suatu perkara yang benar-benar berlaku. Akan menjadikan jin itu ketagih dan semakin sayang kepada anda. Dari situ jin tersebut akan terus menjaga anda dengan amat ketat.

Dan kalau ditakdirkan dari perhubungan itu terjadi anak, anda akan selalu termimpikan anak tersebut. Kalau dicuba untuk memutuskan hubungan tersebut, risikonya sangat tinggi kerana akan menyebabkan anda menghampiri atau menjadi gila. Atau anda akan melakukan sesuatu yang di luar jangkaan disebabkan oleh tekanan angin bisa ataupun dirasuk oleh perasaan jin itu sendiri.

10) Kalau melibatkan gangguan yang lebih teruk, jin tersebut akan menjelma dihadapan anda dalam bentuk manusia. Ketika ini anda akan merasakan bahawa betul-betul berhubungan dengannya di alam nyata. Dalam keadaan ini, mangsa akan lebih suka menyendiri untuk bersama kekasihnya dan akan dilihat bercakap seorang diri sedangkan pada pandangannya ada teman yang sedang berbicara dengannya.

11) Apabila anda bangun pagi anda dapat merasakan seolah-olah anda ditemani oleh seseorang dan anda juga dapat merasakan seperti yang menemani anda itu adalah seorang wanita.

12) Apabila anda bangun pagi anda merasakan bahawa pada malamnya ada melakukan persetubuhan dengan seseorang walaupun anda sedar bahawa anda tidur berseorangan.

13) Kemungkinan pada wajah anda akan ada aura dan cahaya kelembutan, kesan dari jin yang mencintai dan mendampingi anda. Masyarakat sekeliling akan menjadi lembut hati apabila memandang anda seolah-olah mereka sedang memandang seorang wanita cantik. Dan cahaya kelembutan itu akan bertukar kepada cahaya mendung apabila jin tersebut menjadi marah terutamanya disebabkan oleh amalan pendinding yang diamalkan mula memberikan kesan.

14) Sekiranya melibatkan gangguan yang lebih teruk, kemungkinan anda akan mengalami kerasukan atau kesurupan dimana anda dirasuk oleh jin betina yang telah jatuh cinta pada anda.

15) Anda juga akan dapat merasakan bahawa anda sedang diekori oleh seseorang ke mana sahaja anda pergi.

16) Orang lain juga akan perasan seolah-olah ada bayangan hitam atau seperti seorang wanita sedang menemani anda. Tetapi apabila menghampiri bayangan hitam atau kelibat wanita tidak kelihatan.

17) Sekiranya jin yang mencintai anda merupakan jin yang kuat sifat cemburunya, maka anda kemungkinan akan dihalang dari berkahwin kerana dia tidak mahu berkongsi kekasihnya dengan orang lain.

18) Sekiranya ditakdirkan anda berkahwin, maka ia akan cuba memporak perandakan rumah tangga anda. Anda dan isteri akan selalu bergaduh walaupun disebabkan perkara kecil. Ia akan cuba sedaya-upaya menjadikan anda dan isteri bercerai supaya anda hanya menjadi miliknya.

19) Nafsu anda juga akan menjadi tidak terkawal. Anda akan selalu menginginkannya tidak kira masa dan tanpa sebab yang munasabah. Dan tidak mustahil kalau jin betina itu menjadikan isteri anda terhalang untuk melaksanakan tugasnya supaya anda akan memuaskan nafsu anda dengan cara yang tidak elok. Dan kemungkinan juga ia antara faktor yang menyebabkan terjadinya keganasan seks, seperti merogol, terutamanya kalau jin tersebut kuat seks supaya ia boleh turut serta.

20) Kalau ditakdirkan anda mendapat anak, tak mustahil ia akan mendatangi anak tersebut seperti mana-mana cara yang dilakukan oleh anda ketika mendatangi anak anda, terutamanya kalau anak itu anak lelaki.

Jadi apa yang boleh saya simpulkan dalam keseluruhan artikel ini ialah tidak mustahil berlakunya keadaan di mana jin yang mencintai manusia, tidak kiralah jin betina mencintai manusia lelaki atau sebaliknya. Adalah sebaiknya, selain kita jaga solat fardhu sehari semalam, kita amalkan membaca ayat-ayat untuk pendinding diri dari gangguan atau dipanggil ayat ruqyah sebagai usaha yang dapat kita lakukan. Yang selebihnya kita bertawakal kepada Allah dan memohon perlindungan-Nya dari kejahatan makhluk jin ini.

Selanjutnya