Seorang Lelaki Di Brazil Sanggup Buat Pembedahan Plastik Semata-mata Untuk Kelihatan Seperti Lelaki Korea | Gara-gara minat dengan muzik K-pop dan drama Korea, seorang lelaki di Brazil sanggup berhabisan duit dan melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan seperti lelaki Korea.
Lelaki itu, Max, 25, yang berambut perang dan bermata biru, jatuh cinta dengan Korea selepas dia menyertai program pertukaran pelajar di Universiti Dongseo di Korea Selatan.
Max menyatakan bahawa dia teringin mempunyai mata seperti lelaki Korea. Dia kemudiannya membelanjakan lebih RM10,000 untuk menjalani 10 pembedahan termasuk pembedahan bagi menjadikan matanya lebih sepet.
Max juga yang mahu dikenali dengan nama Xiahn turut mewarnakan rambut dengan warna hitam serta memakai contact lens berwarna hitam.
“Saya tidak takut sekiranya pembedahan itu tidak berjaya, tapi saya takut jika pembedahan di mata saya tidak berjaya, tapi nasib baik penglihatan saya sempurna,’’ katanya.
Selepas menjalani pembedahan itu, Xiahn bukan sahaja tidak mendapat sokongan daripada ibunya, malah dia juga diselar kerana mengubah ciptaan Tuhan.
idiot !
ReplyDelete