Matahari Telah Terbit Dari Sebelah Barat | Cuba kita bayangkan pada suatu hari pukul 6:00 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja, sampai ofis jam 7:00 am, hari masih gelap.
Maybe kita anggap hari nak hujan, so abaikan.
Masuk ofis, buat kerja apa yang patut, dan kita tengok jam 9:00am, sudah time nak pergi breakfast.
Keluar pintu ofis, suasana masih lagi gelap, hitam pekat macam malam….mungkin masih boleh dianggap hari nak hujan lagi. So abaikan.
Tapi kalau jam 12:00pm pun hari masih gelap..apakah petanda itu?
Keesokan haripun sama, buka tv semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya..dan begitu juga dengan lusa..masih tiada lagi matahari.
Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat.
Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!!!!
Maka telah tertutuplah pintu taubat..yang bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubat..
Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan, golongan yang tidak pernah baca quran, 24 jam baca quran, golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari2 menunaikan solat secara berjemaah..golongan yang tidak menutup aurat, segera bertudung labuh.
Tetapi sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi.. Mari sahabat-sahabat, kita mencari redha Allah dalam hidup kita.
Segera bertaubat dan memohon keampunan dariNya.
Fokuslah kepada kehidupan akhirat yang kekal abadi.
Sesungguhnya Allah masih memanjangkan umur kita sehingga saat ini adalah supaya kita sempat BERTAUBAT.
-Sumber Facebook.
0 comments:
Post a Comment