Tuesday, 11 November 2014

Lelaki Ini Boleh Buka Mulut Selepas Selama 8 Tahun Mulutnya Terkunci

// // Leave a Comment
Lelaki Ini Boleh Buka Mulut Selepas Selama 8 Tahun Mulutnya Terkunci | Seorang remaja belasan tahun buat pertama kali dalam masa lapan tahun, mampu membuka mulutnya selepas menderita akibat satu kemalangan yang menyebabkan rahangnya melekat pada pangkal tempurung kepalanya. Shivam Sharma dari Hathras, Uttar Pradesh di India, tidak boleh makan atau bercakap sejak jatuh dari bumbung rumahnya. Kecederaan yang dialaminya juga menyebabkan dia mengalami kesukaran bernafas hingga menyukarkan dia tidur.


Bagaimanapun, dua doktor berjaya membuat semula rahangnya menggunakan sendi tiruan. Kejayaan itu membolehkan Sharma menganga dan menggerakkan mulutnya semula. Satu nikmat yang tidak dapat kita gambarkan. Hanya orang yang pernah mengalaminya sahaja tahu betapa nikmatnya dapat membuka mulut sendiri. Alhamdulillah. via HarianMetro.


0 comments:

Post a Comment