Punca Utama Kenapa Wanita Ini Tidak Boleh Pijak Masjidil Haram | SUDAH lebih sepuluh tahun saya mengumpul pengalaman dalam menguruskan
jemaah haji dan umrah, pelbagai kerenah yang saya temui. Tak kiralah
sama ada sebelum berangkat ke Tanah Suci ataupun sewaktu berada di sana.
Apa yang boleh saya katakan, mereka yang berjaya sampai ke Mekah untuk
menunaikan ibadah adalah golongan yang dipilih Allah. Jika Allah tidak menjemput, jemaah itu tidak akan berjaya sampai ke Tanah Suci.
Wang bukan segala-galanya. Saya sering melihat kes di mana jika orang itu banyak duit sekali pun, tetapi ada saja halangannya sejak di tanah air sehingga menyebabkan dia gagal menjadi tetamu Allah di Mekah.Ada kalanya, kerana fikir dia kaya dan banyak wang, maka itu menjadi lesen untuk meminta apa saja bertaraf first class bagaikan melancong ke luar negara lagaknya. Pernah saya bawa seorang jemaah wanita, boleh dikatakan dari golongan elit. Sebelum pergi lagi dah minta macam-macam. Lepas tu, langsung tak mahu bercampur dengan jemaah lain. Kononnya orang lain tak setaraf dengannya. Sikapnya sungguh sombong dan suka memerintah orang.
Sekadar Gambar Hiasan |
Wang bukan segala-galanya. Saya sering melihat kes di mana jika orang itu banyak duit sekali pun, tetapi ada saja halangannya sejak di tanah air sehingga menyebabkan dia gagal menjadi tetamu Allah di Mekah.Ada kalanya, kerana fikir dia kaya dan banyak wang, maka itu menjadi lesen untuk meminta apa saja bertaraf first class bagaikan melancong ke luar negara lagaknya. Pernah saya bawa seorang jemaah wanita, boleh dikatakan dari golongan elit. Sebelum pergi lagi dah minta macam-macam. Lepas tu, langsung tak mahu bercampur dengan jemaah lain. Kononnya orang lain tak setaraf dengannya. Sikapnya sungguh sombong dan suka memerintah orang.
Semasa di Madinah, dia sudah mula tunjuk rasa tak puas hati. Kononnya
makanan tak sedap, persekitaran tak selesa dan macam-macam lagi. Saya
sendiri tidak faham tujuannya datang ke Tanah Suci untuk beribadah atau
melancong. Sudahlah begitu, dia suka melaga-lagakan orang dengan fitnah
hingga ada jemaah yang bermasam muka angkaranya. Bila sampai di Mekah,
kami bawa ke hotel penginapan. Walaupun hotel itu tidak secantik mana
namun ia selesa dan segala kemudahan disediakan. Semua jemaah suka dan amat bersyukur kerana dapat penginapan yang paling dekat dengan kawasan Masjidilharam. Ini memudahkan mereka berulang-alik mengerjakan ibadah.
Macam Kandang Babi
TAPI berlainan pula dengan wanita elit itu. Mula-mula dia membebel
kerana tak puas hati dengan hotel itu. Katanya hotel itu buruk.
Lama-kelamaan amarahnya mula berpanjangan. Daripada membebel, akhirnya dia terjerit-jerit marah dan memaki hamun di depan jemaah lain hanya kerana tidak mahu menginap di hotel tersebut.
“Hotel ni macam kandang babi? Aku tak mahu tinggal kat tempat kotor
macam ni!” jerit wanita itu. Habis pintu hotel ditendangnya. Saya hanya
geleng kepala. Jemaah lain turut malu dengan sikapnya hamun dalam
ihramnya itu.
Kami memujuk, tapi dia terus memarahi dan memaki hamun kami semua.
Hampir setengah hari habis masa kami memujuknya. Tidak mahu jemaah lain
terganggu kerana kerenahnya itu, akhirnya kami tempatkan dia di sebuah hotel mewah yang jauh dari Kaabah.
Kalau diikutkan, tak layak pun dia duduk di hotel itu. Bayangkanlah,
bayar pakej untuk kelas pertengahan, tapi minta layanan bagaikan dia
membayar pakej kelas pertama. Tapi kerana malas mendengar suaranya yang tak habis membebel dan mengganggu Jemaah lain, kami turutkan saja kemahuannya.
Lepas itu, mutawif minta wanita tersebut membayar dam kerana sudah
banyak melanggar syarat dalam ihram. Lebih kurang RM400 dendanya. Tak
sampai 15 minit lepas dia bayar, dia boleh marah semula mutawif dan berkeras minta dipulangkan semula duit damnya itu.
Dia sanggup tinggal seorang diri di hotel berlainan yang jauh daripada
jemaah lain. Saya dapat, tahu selepas itu dia langsung tidak dapat
mengerjakan ibadah umrah di Mekah. Sebabnya tiba-tiba haidnya datang tak
menentu. Kejap ada, kejap tiada. Sehari suci, esoknya ‘kotor’ semula.
Semasa dalam ihram, haidnya datang lagi. Akhirnya, sepanjang 10 hari di
Mekah, memang dia lebih banyak duduk di hotel saja, langsung tak dapat
buat ibadah. Betapa ruginya orang seperti ini.
Gagal Pijak Masjidilharam
SELAIN itu, saya teringat juga satu kes seorang lelaki berusia 60-an
yang mengerjakan umrah ditemani anak lelakinya. Semasa di Madinah,
semuanya berjalan dengan baik. Tapi, sampai di Mekah lain pula jadinya.
Lelaki itu tak boleh memasuki kawasan Masjidilharam. Tiap kali dia jejakkan kaki ke dalam kawasan itu, dia akan menjerit-jerit kepanasan.
Badannya rasa nak terbakar sampai nak dicabutnya kain ihram kerana tak
tahan berasa panas. Begitulah setiap kali mahu memasuki kawasan
Masjidilharam.
Lebih haru, bila kami tanya mana Kaabah, dia boleh tunjuk arah belakang.
Maknanya, Kaabah yang besar pun langsung dia tak nampak! Anak lelakinya
menangis melihat keadaan itu. Setelah puas bertanya, barulah lelaki itu bercerita dia ada membela hantu raya.
Tujuannya untuk membantunya melakukan kerja dan menjaga rumah semasa
ketiadaannya sewaktu zaman mudanya dulu. Kami tanya di mana dia simpan
benda pemujaan hantu raya itu. Setelah dia menyebutkan lokasinya,
anaknya menelefon keluarganya di tanah air dan minta dibuang benda itu
dengan bantuan pengamal perubatan tradisional. Setelah hantu raya itu
dibuang, barulah lelaki itu boleh memijak kawasan Masjidilharam.
Barulah dia boleh melihat Kaabah. Kerana itu semasa memberi kursus pada
jemaah yang mahu berangkat ke Tanah Suci, saya selalu mengingatkan
mereka jika ada sebarang amalan ilmu hitam atau yang menyalahi syariat,
lebih baik ‘dibersihkan’ dahulu dan bertaubat sebelum berangkat ke Tanah
Suci.
Betulkan tauhid kita sebelum berangkat ke sana. Jika tidak, itulah yang
terjadi seperti kes pakcik tadi. Selain itu, akhlak kita sesama manusia
juga harus dijaga. Sebaiknya kita minta ampun dan maaf pada mereka yang
pernah kita zalimi atau sakiti hatinya, apatah lagi jika kita ambil
haknya.
Akibat Alih Batu Sempadan
PERNAH berlaku seorang jemaah lelaki yang saya bawa tak boleh buat
ibadah sepanjang berada di Mekah. Badannya sentiasa terasa panas dan
tidak keruan hingga dia langsung tak boleh beri tumpuan untuk beribadah.
Dia mengadu pada saya lalu saya bertanya jika dia ada buat apa-apa
kesalahan sebelum ini.Akhirnya dia teringat semasa di kampung dia suka mengambil tanah hak orang.
Dia dengan sengaja mengalihkan batu sempadan agar tanahnya lebih luas
dengan ‘mencuri’ hak orang lain. Selepas dinasihatkan, dia menelefon
jirannya di tanah air dan meminta maaf atas perbuatannya itu. Selepas
itu barulah dia dapat melakukan ibadah dengan tenang di Mekah.
Sebenarnya, cerita-cerita yang saya bawakan tadi sepatutnya menginsafkan
kita. Apa saja ujian atau balasan yang kita lalui semasa berada di
Tanah Suci, terimalah dengan dada terbuka. Jangan takut, jangan gentar.
Setiap ujian dan balasan di sana adalah salah satu pengampunan dosa
kita. Jika kita tidak dapat menerimanya dengan redha, bermakna kita
adalah manusia yang rugi. Segala keajaiban yang ditunjukkan Allah di Tanah Suci itu bersifat pelbagai. Seperti saya alami dua tahun lalu. Ketika saya berniat mahu bawa golongan yang tidak berkemampuan ke Tanah Suci.
Mereka terdiri daripada anak-anak yatim, orang tua, golongan miskin dan
pelajar madrasah di mana mereka ingin sangat ke Mekah tapi tidak mampu
dari segi kewangan. Kalau diikutkan logic akal, bajet untuk membawa
mereka memang tak cukup langsung. Tapi saya tawakal dan berserah pada
Allah. Sampai di Tanah Suci, rezeki saya tak putus-putus. Ramai orang
menderma, segala bajet seperti makan minum dan penginapan tiba-tiba
dapat diskaun paling murah.
Kad ATM bila dicucuk sentiasa ada wang. Dalam poket pun bila saya seluk,
ada saja wang yang saya sendiri tertanya-tanya entah datang dari mana.
Itulah kuasa Allah. Semasa pergi tak cukup wang, sampai di sana wang
saya jadi berlebihan hingga boleh membeli-belah untuk golongan yang
tidak berkemampuan ini.Daripada situ saya bertekad seboleh-bolehnya saya mahu membantu membawa golongan sebegini ke Tanah Suci.
Oleh kerana itulah saya wujudkan program ‘Kembara Taubat Di Bumi Anbia’
yang akan bermula pada Mei tahun ini. Tujuannya untuk memberi peluang
pada golongan yang tidak berkemampuan untuk sama-sama menjadi tetamu
Allah di sana. Saya percaya, benda baik yang kita lakukan dengan ikhlas
tanpa tujuan mengaut keuntungan pasti akan dipermudahkan jalannya oleh
Allah.
Assalammualaikum kepada orang yang menceritakan kisah ini.. terima kasih sebab kongsikan.. saya rasa gembira bila dapat ilmu yang bermanfaat seperti ini,. terima kasih.. ;)
ReplyDelete