Kisah Seram Anak Patung Annabelle Yang Ramai Tidak Tahu | Kaki wayang atau kaki movie yang pernah tengok movie The Conjuring,mesti anda pernah tengok patung Annabelle. Tetapi, patung Annabelle yang dalam movie itu memang bagai langit dengan bumi kalau dibandingkan dengan yang real. Real punya patung Annabelle itu, rupa dia tak seseram macam dalam movie tu, rupa dia memang comel, serious aku tak tipu. Nama yang digunakan dalam filem tu, semua nama betul. Dan sekarang, patung Annabelle disimpan dan dijaga ketat di dalam sebuah gereja di USA.
Annabelle, merupakan tumpuan kes oleh penyiasat Ed dan Lorraine Warren yang terkenal dalam kes paranormal pada awal tahun 1970 yang dibentangkan di buku Demonologist. Dan kes ini adalah kes yang paling luar biasa yang pernah direkod dalam buku itu.
Pada tahun 1970, seorang ibu telah membeli patung jenis Raggedy Ann Doll antik dari kedai barangan lama. Anak patung itu dibeli untuk dihadiahkan kepada anaknya, Donna, pada hari lahirnya.
Pada masa tu, Donna ialah pelajar di kolej, bersedia untuk menerima kelulusan ijazah kejururawatan dan tinggal di sebuah pangsapuri kecil bersama kawannya, Angie. Donna gembira semasa mendapat patung itu dan menjadikan perhiasan di dalam biliknya dan diletakkan di atas katilnya dan takda merasakan apa-apa yang pelik sehinggalah beberapa hari kemudian.
Masa tu, Donna dan Angie merasakan sesuatu yang pelik dan menyeramkan tentang patung Annabelle tu. Anak patung tu seolah-olah bergerak dengan sendirinya daripada satu tempat ke satu tempat yang lain. Kadang-kadang mereka menjumpai anak patung itu dalam keadaan kaki bersilang dan tangan memeluk tubuh.
Kadang-kadang juga, mereka temui, anak patung itu, berdiri dan bersandar di atas kerusi meja makan. Setiap hari, sebelum pergi ke kerja, Donna meletakkan anak patung di atas sofa, tetapi apabila pulang, dia terpaksa mencarinya di biliknya, di atas katil dengan pintu yang tertutup rapi.
Pada suatu malam tu, Donna pulang daripada kerja dan mencari sekali lagi patung Annabelle tu, dan sekali lagi TIADA! Dan, Donna jumpa patung tu di atas katilnya. Donna pun mendekati patung itu untuk memeriksa sesuatu. Rasa takut menyelubungi diri Donna ketika dia memeriksa patung tu. Dan, Donna ternampak kesan seolah-olah seperti darah yang terkeluar daripada badan patung itu sendiri di belakang tangan dan dada. Setelah rasa ianya terdesak, Donna dan Angie membuat keputusan untuk mendapatkan nasihat pakar.
Tidak lama kemudian, pakar tersebut menghubungi mereka dan Donna diperkenalkan kepada semangat roh Annabelle Higgins.
Annabelle ialah seorang gadis muda yang tinggal di sebuah kawasan sebelum pangsapuri dibina. Annabelle berusia 7 tahun semasa mayatnya dijumpai dalam pangsapuri tersebut. Roh Annabelle tertarik dengan Donna dan Angie dan mahu tinggal dengan mereka dengan berpindah ke dalam anak patung itu. Sebab tulah, anak patung tu berpuaka sebab roh budak yang mati dibunuh tu melekat kat anak patung tu sehingga membunuh seorang daripada rakan Donna dan Angie. via terbakor.com.
0 comments:
Post a Comment