Kisah Benar Yang Terjadi Di Sebuah Bilik Temuduga | Seorang CEO ingin mencari eksekutif baru dalam syarikatnya. Dari beribu permohonan, hanya empat yang betul-betul menarik perhatiannya. Bagaimanapun beliau tidak dapat memilih antara keempat-empat orang calon tersebut, lantas memanggil kesemuanya untuk ditemuduga (beliau tidak sekaya Donald Trump untuk menganjurkan temuduga seperti The Apprentice).
Sekadar Gambar Hiasan |
Setelah keempat-empat calon berada di hadapan beliau, CEO tadi pun mula berkata
Saya ada satu soalan yang mungkin
memberi jawapan berbeza, calon yang memberikan jawapan terbaik akan
diterima untuk bekerja di sini.
Soalannya adalah apakah perkara atau benda yang paling pantas sekali? tanya CEO tersebut.
Calon pertama berkata FIKIRAN, kerana kadang ianya datang sendiri tanpa kita sedari.
Bagus, satu jawapan yang baik, kata CEO tadi. Kamu pula ? tanyanya kepada calon kedua.
KELIP MATA, kerana tanpa kita sedari, sebelum sempat kita buat apa pun, mata kita dah berkelip jawab calon kedua.
Satu jawapan yang sangat baik , lagipun perumpamaan melayu pun ada sebut SEKELIP MATA melambangkan kepantasan kata CEO itu.
Bagaimana kamu pula? tanya CEO kepada calon ketiga.
Kalau kita tengok, lampu KLCC dihidupkan
dengan pantas walaupun bangunan tu tinggi. Jadi saya rasa MENGHIDUPKAN
LAMPU adalah paling pantas jawab calon ketiga.
Jawapan yang terhebat setakat ni.
Bagaimana pula dengan kamu? CEO terus mengusulkan soalan kepada calon
keempat dengan merasakan calon ketiga hampir pasti menjadi eksekutif
baru di syarikatnya dengan jawapan yang sangat bagus sebentar tadi.
Setelah diteliti jawapan calon-calon
sebelum saya ni tadi, saya rasa perkara yang paling pantas sekali adalah
CIRIT-BIRIT, jawab calon keempat dengan yakin sekali.
Haaa? CIRIT-BIRIT ? Kamu ni tak serius
langsung, macam mana kamu boleh mintak kerja dengan syarikat saya ni ?
CEO terkejut dengan jawapan calon keempat tadi.
Begini tuan, malam kelmarin saya terjaga
di tengah malam dengan rasa sakit perut yang amat sangat. Belum sempat
saya FIKIR , KELIP MATA atau MENGHIDUPKAN LAMPU, benda tu dah terkeluar
dah.
Calon keempat diterima menjadi eksekutif baru syarikat berkenaan.
0 comments:
Post a Comment