Pada malam Jumaat 18/12/2014 sekitar jam 9.45pm, saya telah dirompak,
dicederakan, dan hampir dirogol di dalam kereta sendiri di kawasan
parking stesen KTM Batang Benar, Nilai. Ye ini kisah benar, di laluan
seharian saya pergi balik kerja, siapa sangka ada mata yang memerhati.
Siapa yang biasa naik komuter di stesen KTM Batang Benar akan tahu
betapa sunyinya kawasan tersebut especially pada waktu malam, dan kalau
dapat parking dekat belakang memang akan tahu betapa jauhnya kawasan
parking tu macam dekat hujung dunia. Even setiap pagi datang seawal
pukul 7 lebih macam tu, parking bahagian depan memang dah sentiasa penuh
jadinya setiap hari memang akan dapat parking yang nun jauh ke
belakang. Kalau balik malam, memang tawakkal lah masa jalan nak pergi
parking.

Malam tu, balik kerja macam biasa. Sampai stesen, jalan
macam biasa jugak sambil bawak beg laptop dan handbag pergi parking.
Tak sangka rupanya ada yang dah aim. Dipendekkan cerita, saya masuk je
kereta, start enjin, tiba-tiba sebuah kereta kancil putih WGR7586 park
dekat sebelah. Keluar seorang lelaki india, berhelmet, pakai glove
pecahkan cermin kereta bahagian driver dengan hammer. Kejadian berlaku
sangat pantas, saya melawan tetapi dia berjaya merampas beg laptop saya
dan juga handbag yang mengandungi beg duit dan dokumen pengenalan diri.
Saya membunyikan hon tetapi ditumbuk kerana melawan. Bila barang dah
kena amek, i thought it was over but i was wrong saya baru sedar yang
kunci kereta saya ada dengan dia. Saya merayu agar dipulangkan kunci
kereta tapi dia ugut suruh saya duduk ke seat sebelah kalau saya nak
selamat, saya refused tetapi saya ditumbuk lagi dan dia masuk dalam
kereta dan menarik tudung saya dengan kasar. Allahu allah. Di seat yang
sama dia drive kereta saya ke hujung kawasan parking dengan niat ingin
merogol. Saya menjerit masih cuba untuk melawan tetapi saya dicekik,
ditumbuk, dan ditekup hidung agar susah untuk bernafas. Hanya Allah
yang tahu apa yang saya rasa masa tu, saya sangat takut kerana saya
sudah tiada kekuatan lagi untuk melawan. Ya Allah tolonglah hambamu ini,
saya berdoa dan bertawakal. In within few seconds, tiba-tiba orang
jahat tu melarikan diri. Alhamdulillah, Allah selamatkan diri saya dari
dirogol dengan menghadirkan train yang kebetulan sampai di stesen pada
waktu itu.
Alhamdulillah syukur diri ini selamat.
Dan
alhamdulillah handphone saya masih berada dengan saya pada waktu itu.
Saya call ayah dan juga pihak Polis. Okay guys as a reminder tolong
simpan nombor polis area rumah anda. Silap saya tak simpan nombor polis
dan hanya dial 999 jadinya agak lambat proses untuk mendapat bantuan
tu.
Yes my bad. Mujur ayah saya sampai dahulu di tempat kejadian.
Beberapa minit kemudian polis pun sampai dan saya diarah untuk pergi
membuat laporan di Balai Polis Nilai. Alhamdulillah laporan pertama
selesai dibuat cuma apa yang saya kesalkan apabila saya diminta untuk
berjumpa dengan seorang inspektor wanita untuk laporan kedua, insp itu
menyuruh saya tunggu kejap kerana dia cakap ada kerja yang dia kena buat
whereby she needs to submit it before 12.00 am. Masa tu dah pukul 11
lebih. Saya faham pihak polis sangat sibuk, banyak laporan diterima
setiap hari tetapi dalam hati saya terdetik tak penting ke kes saya ni.
Tidak mengapa saya menunggu dan setelah kerjanya selesai saya diminta
bercerita kembali mengenai kejadian yang berlaku tadi. Okay selepas itu,
saya diarah untuk ke crime scene.
Di sana, macam biasa gambar kereta
diambil dan alhamdulillah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh
ke tanah juga apabila ada beberapa evidence yang ditinggalkan orang
jahat tu. Cuma soalan saya kenapa polis tidak memakai glove semasa
mengambil evidence, kenapa tidak diletakkan di dalam plastik yela macam
yang kita selalu tengok dalam tv kan. Saya hanya mendiamkan diri,
mungkin mereka lebih arif akan hal ini. Setelah polis pergi, saya
terjumpa lagi 2 evidence iaitu cebisan glove (bahagian jari) yang
dipakai orang jahat tu dan pisau. Saya pergi semula ke balai polis
tadi. Cuma agak kecewa bila polis cakap, “Laa pakai glove ke?” And I was
like saya rasa saya dah beritahu semasa diambil keterangan dan walaupun
dia pakai glove manalah tahu sebelum dia pakai dia ada pegang evidence
tersebut kan? Dan cebisan glove yang saya jumpa tu adalah cebisan
bahagian jari jadi mungkin ada possibilty boleh kesan cap jari. Ke
anggapan saya ni salah? Selain itu, saya ingat stereng kereta saya akan
diperiksa kesan cap jari, tetapi tidak. Hmm saya kurang arif mengenai
hal ini, maafkan saya kalau teori saya ni salah dan bukan niat saya
ingin mempersoalkan kerja polis, saya cuma tertanya-tanya kenapa.
Mungkin mereka lebih mengetahuinya.
Dear Malaysians, walaupun
laporan polis telah dibuat tetapi saya berharap agar anda dapat membantu
saya mencari WGR7586, PERODUA KANCIL PUTIH. Polis mengatakan bahawa
kereta tu kereta curi, walaupun kereta curi tapi sekurang-kurangnya
kalau jumpa kereta itu balik at least tuan punya kereta yang sebenar
dapat balik kereta dia yang hilang tu. Sekali lagi, tolong laporkan
kepada mana-mana balai polis berhampiran jika ternampak kereta PERDOUA
KANCIL PUTIH WGR7586. Suspek merupakan seorang lelaki india, kurus,
ketinggian sederhana. Tolong bantu saya membantu pihak polis
menyelesaikan kes ini.
One more thing, kepada pihak pengurusan
KTM Batang Benar, sampai bila nak biarkan kawasan parking tu macam tu?
Saya diberitahu kes ini bukan yang pertama. Untuk makluman, emak saya
telah datang ke kaunter KTM kerana saya memberitahu di situ ada CCTV so
maybe we could figure out something. Jadi emak saya menceritakan kembali
apa yang terjadi malam tersebut kepada petugas kaunter. Yang
menariknya bila nak suruh replay balik, mula-mula remote rosak lah,
lepas tu bila dah betulkan remote still tak boleh nak replay balik.
Sampai ke sudah tak boleh nak buat apa. Yes the CCTVs are functioning
tapi "live" macam tu jela tak boleh nak search history. So semua CCTV
yang ada tu are for display only ke? Apa guna ada CCTV kalau macam kan.
Saya menaiki komuter dari Batang Benar ke KL Sentral hampir setiap hari
dan ramai juga yang menggunakan kemudahan servis komuter ini. Jadi saya
sangat berharap agar ada tindakan yang diambil dan kejadian seumpama ini
dapat dielakkan. Ye, petugas kaunter cakap akan buat report, tetapi
jangan sekadar report je please take some action tolong jangan lepas
tangan. Dulu ada RELA yang jaga kejap dalam sebulan dua kalau tak silap
saya, tetapi dah lari kerana katanya pihak pengurusan tak membayar gaji
mereka. Jadi adakah kerana sikap pentingkan diri sesetengah pihak,
keselamatan pengguna dibiarkan begitu sahaja? Macam tu? Adakah saya kena
report dekat program 999, panggil Hazlin Hussain datang baru semua nak
turun padang?
Mungkin pada pandangan sesetengah pihak kes saya ni
kecil, tetapi saya memohon agar penjenayah tersebut dapat ditangkap
segera. Dan saya juga berharap agar aspek keselamatan di kawasan KTM
Batang Benar, Nilai dapat dipertingkatkan. Apa yang terjadi pada saya
sangat mengerikan, saya berharap semua di luar sana terutama kaum wanita
agar lebih berhati-hati. Silap saya kerana sudah biasa balik kerja
malam dan tak rasa takut sebelum ni, tetapi kesilapan itulah yang
mencederakan diri saya. Syukur ke hadrat illahi, saya masih diberi
peluang untuk terus menjalani kehidupan di bumi Allah ini, masih bersama
insan tersayang yang banyak memberikan sokongan moral. Walaupun masih
trauma, tetapi saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Ingat tau, keselamatan diri dan nyawa kita sangat berharga! Sayangi
diri, ingatlah orang tersayang.
Semoga kita sentiasa dibawah lindungan Allah.
Wassalam. Sumber: Facebook Siti Balqis Elias.