Sunday 14 December 2014

KenaLi Dua GuRu Muda BerTuaH Yang MeNang KereTa BMW BanK IslaM !!!

// // Leave a Comment
KenaLi Dua GuRu BerTuaH Yang MeNang KereTa BMW BanK IslaM !!! | MEMANG tuah luar biasa. Guru, Mazatul Asheqin Badaruddin memenangi sebuah BMW 316i dalam satu cabutan bertuah hanya kerana membuat pinjaman peribadi dari Bank Islam September lepas.


Mazatul, 25, berkata beliau langsung tidak mengetahui tentang cabutan bertuah itu hinggalah beliau diumumkan sebagai pemenang kempen Pembiayaan Peribadi-i 2014 Bank Islam. "Ini hadiah perkahwinan saya dan suami selepas berkahwin enam bulan lepas," kata Mazatul kepada pemberita selepas majlis Penyerahan Sumbangan Amal Jariah Bank Islam dan Hadiah Kempen 'BMW Pembiayaan Peribadi-i 2014' di sini, hari ini. 

Mazatul berasal dari Alor Star, Kedah, mengajar di Sekolah Rendah Hermanus Assan, Sarawak. Turut memenangi hadiah serupa juga seorang guru, Siti Azian Syaharbanu Awang Lah, 37, berasal dari Kelantan. Siti Azian yang mengajar di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Ulum, Kota Baharu berkata kereta jenis itu memang menjadi idamannya sejak kecil. 

Majlis itu dirasmikan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Pengarah Pembangunan Perniagaan Bank Islam Khairul Kamarudin. - Bernama via Sinar Harian.




0 comments:

Post a Comment