Wednesday, 24 December 2014

Ilya Tarik Diri, Keluar Dari Kumpulan Sepahtu

// // 1 comment
Ilya Tarik Diri, Keluar Dari Kumpulan Sepahtu | Jumaat lalu, pelawak Ilya Buang yang juga merupakan anggota kumpulan Sepahtu dalam saingan Maharaja Lawak Mega 2014 mengumumkan yang beliau menarik diri dari terus menganggotai kumpulan tersebut kerana tidak mahu terus menjadi beban.

Bercakap kepada mStar Online, Ilya Buang menjelaskan yang sejak beberapa minggu ini keadaan kesihatan beliau menjadi penghalang dirinya untuk memberikan idea dan cadangan kepada Sepahtu selain menjejaskan latihan untuk persembahan mingguan. “Saya menarik diri dari kumpulan Sepahtu kerana memikirkan itu adalah jalan terbaik buat mereka teruskan perjuangan di MLM 2014. 

Selama beberapa minggu ini saya tidak menyumbang idea dan keadaan kesihatan saya kadang kala menyusahkan mereka untuk sesi latihan,” ujarnya. Pelawak itu turut menafikan dakwaan yang tiada keserasian antara mereka bertiga sepanjang melakukan persembahan bersama dan berkata mereka sudah banyak kali muncul bersama untuk persembahan sejak Sepahtu menjuarai Raja Lawak 3 lagi. 

“Saya faham Jep tertekan mencari idea setiap minggu dan adakalanya dia seperti murung tetapi tidak mahu berkongsi perkara itu. Sebagai orang agak berusia saya nampak kerisauan dia” “Dia tidak meminta saya keluar daripada kumpulan itu tetapi saya faham-faham sendiri yang mana saya telah memberi tekanan pada mereka,” tambahnya lagi. via Mstar Online.



1 comment: Leave Your Comments

  1. This Is What You Really Want !!
    Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

    ReplyDelete