Monday 22 December 2014

Sayu... Kisah Wanita Yang Di Sangka Sudah Mati Tetapi Jadi Pengemis !!!

// // Leave a Comment
Sayu... Kisah Wanita Yang Di Sangka Sudah Mati Tetapi Jadi Pengemis !!! | Seorang wanita yang hilang 11 tahun selepas mengantarkan anak-anaknya ke sekolah di Pensylvania, Amerika Syarikat, ditemui hidup sebagai gelandangan di Florida, Amerika Syarikat. Brenda Heist (53) yang di temui polis di Litiz, di Key Largo, Florida.

Sekadar Gambar Hiasan
Dia mengaku tinggal di khemah-khemah dan di bawah jambatan di Florida sejak 2002. Brenda mengatakan kepada polis dia bertahan hidup dengan kerja-kerja yang diberi upah, mengemis, dan memakan makanan yang dibuang dari restoran makanan segera, jelas detektif Litiz Sarjan John Schofield. Brenda menghilang tanpa jejak meninggalkan anak lelaki dan perempuannya yang ketika itu berusia lapan dan 12 tahun. 

Ketika itu, Brenda sedang dalam proses perceraian dengan suaminya, duduk di taman. Dia putus asa kerana tidak mampu menyara dirinya dan dua anaknya. Brenda menjelaskan kepada polis, dia bertemu dengan dua gelandangan yang sedang menuju ke selatan. Dua orang asing itu mengundang dia menumpang dengan mereka ke wilayah yang iklimnya lebih hangat. "Dia membuat keputusan dalam kebingungan ... 




Dia tidak tahu mengapa dia melakukan itu. Dia pergi begitu saja, "jelas Detektif Schofield. Bekas suaminya, Lee Heist III, berkata kepada wartawan, dia marah pada bekas isterinya itu kerana telah membuatkan anak-anaknya terluka. Heist yang telah berkahwin kali kedua pada 2009, secara rasmi mengisytiharkan kematian Brenda. Beliau pernah disiasat sebagai suspek atas kehilangan Brenda. Det Schofield berkata, Brenda kini sedang membina kembali kehidupannya. Dia mempunyai ibu dan abang yang membantunya. via Dairishare.



0 comments:

Post a Comment