Sunday 7 December 2014

Remaja 18 Tahun Maut Dibelasah Di Gelanggang Futsal Petaling Jaya

// // Leave a Comment
Remaja 18 Tahun Maut Dibelasah Di Gelanggang Futsal Petaling Jaya | Remaja maut selepas dibelasah enam lelaki berusia antara 14 hingga 43 tahun di gelanggang futsal Apartment Permai, Tropicana, di sini, dalam kejadian kira-kira 11 malam, Khamis lalu.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim, berkata remaja berusia 18 tahun itu disahkan meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 9.30 pagi semalam. “Dia dipukul sehingga tidak sedarkan diri oleh kumpulan suspek terbabit. 

Siasatan awal polis mendapati seorang daripada enam suspek terbabit sebelum itu bergaduh dengan mangsa. “Mangsa kemudian menumbuk muka suspek berkenaan. Sejam selepas insiden itu suspek membawa lima lelaki dan terus memukul mangsa sehingga tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. 

Berikutan itu, katanya, polis memberkas enam lelaki di sekitar lokasi kejadian, semalam, bagi membantu siasatan. Azmi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.via Malaysian Review.



0 comments:

Post a Comment