Monday 8 December 2014

KisaH PegaWai BanK Yang MenyesaL KeraNa SibuK MencaRi KekayaaN

// // Leave a Comment
KisaH PegaWai BanK Yang MenyesaL KeraNa SibuK MencaRi KekayaaN | Pada 6 November 2014, seorang Redditor dari Australia, John Jerryson mendapat tahu bahawa isterinya telah curang padanya sejak 10 tahun yang lalu. Dalam post redditnya, “TIFU my whole life. My regrets as a 46 year old and my advice to others at a crossroad” John menulis “Saya seorang pegawai bank berusia 46 tahun dan saya menghabiskan hidup saya selama ini dengan menjalani kehidupan yang berbeza dari apa yang sebenarnya saya mahukan.”

Sekadar Gambar Hiasan
“Semua impian dan minat saya terkubur akibat pekerjaan 9-7 yang stabil. 6 hari seminggu selama 26 tahun, saya memilih jalan hidup yang lebih selamat dan mudah untuk segalanya dan akhirnya ia mengubah siapa diri saya yang sebenar.” John menyesali tindakannya itu yang kini mengorbankan hubungannya dan isteri, mematikan impiannya untuk mengelilingi dunia dan menulis buku. 

Malah, hubungan John dan anaknya juga tidak mesra. Yang paling mengecewakan apabila dia sendiri tidak menghadiri pengkebumian ayahnya atas alasan kesibukan kerja diwaktu dia hampir mendapat kenaikan pangkat. Semua itu atas motivasinya ketika itu bahawa kekayaan akan menjamin masa hadapan. John tidak sedar bahawa ketika itu kehidupan peribadinya turut dikorbankan dan keluarga menjadi mangsa. 

John mengimbau: “Saya masih ingat bagaimana saya mengutamakan duit melebihi segalanya, tapi kini saya tahu ia bukan yang paling penting. Saya menyesal tidak mengikut impian dan minat saya ketika masih diusia muda dan bertenaga. Saya membiarkan kerja mengambil alih kehidupan saya. Saya menyesal menjadi seorang suami yang tidak bertimbangrasa yang hanya berfungsi seperti mesin membuat duit. Saya kesal kerana tidak menyudahkan novel saya dan tidak melancong mengelilingi dunia, tidak berada bersama anak saya ketika dia memerlukan sokongan. Saya cuma menjadi dompet yang tidak berperasaan.” 

John ada sedikit perkongsian untuk kita semua: 

Kalau anda membaca ini dan masih mempunyai masa, jangan tunggu lagi. Jangan bertangguh untuk berusaha mencapai apa yang diimpikan. Gunakan masa, tenaga, dan minat anda ketika anda masih muda. Jangan lupakan kawan-kawan, keluarga dan diri sendiri. Jangan membazirkan hidup anda, mengorbankan impian anda seperti yang telah saya lakukan. Jangan jadi seperti saya. Di penghujung postnya, John turut membuat penambahan, walaupun dengan segala kekesalan yang dilaluinya, dia tetap menegaskan bahawa pendidikan merupakan satu aspek yang penting dalam mengejar impian. Katanya, dalam hidup, kita perlu sentiasa berusaha agar tidak mundur dalam kemiskinan kerana ia akan menghalang kita dari mencapai apa yang diimpikan. via viralmedia.



0 comments:

Post a Comment