Showing posts with label Artis. Show all posts
Showing posts with label Artis. Show all posts

Sunday, 28 December 2014

Pesanan Mesej ZIZAN RAZAK Kepada Ayah EMMA MAEMBONG Yang Agak MENGEJUTKAN !!!

Pesanan Mesej ZIZAN RAZAK Kepada Ayah EMMA MAEMBONG Yang Agak MENGEJUTKAN !!! | Pelawak terkenal, Zizan Razak menyatakan majlis perkahwinannya dengan kekasihnya, Emma Maembong akan diadakan secara sederhana mengikut permintaan bapa wanita itu iaitu Ismail Embong....


“Andai kata saya berkahwin dengan Emma nanti, saya akan menghormati permintaan bapanya kerana saya faham orang tua kadang-kadang lebih suka ia dilakukan secara sederhana sahaja....

“Namun saya juga milik masyarakat dan perlu berlaku adil kepada peminat dan masyarakat yang ingin meraikan bersama hari perkahwinan tersebut,” katanya......via penghulubelantara.



Selanjutnya

Wednesday, 24 December 2014

Ilya Tarik Diri, Keluar Dari Kumpulan Sepahtu

Ilya Tarik Diri, Keluar Dari Kumpulan Sepahtu | Jumaat lalu, pelawak Ilya Buang yang juga merupakan anggota kumpulan Sepahtu dalam saingan Maharaja Lawak Mega 2014 mengumumkan yang beliau menarik diri dari terus menganggotai kumpulan tersebut kerana tidak mahu terus menjadi beban.

Bercakap kepada mStar Online, Ilya Buang menjelaskan yang sejak beberapa minggu ini keadaan kesihatan beliau menjadi penghalang dirinya untuk memberikan idea dan cadangan kepada Sepahtu selain menjejaskan latihan untuk persembahan mingguan. “Saya menarik diri dari kumpulan Sepahtu kerana memikirkan itu adalah jalan terbaik buat mereka teruskan perjuangan di MLM 2014. 

Selama beberapa minggu ini saya tidak menyumbang idea dan keadaan kesihatan saya kadang kala menyusahkan mereka untuk sesi latihan,” ujarnya. Pelawak itu turut menafikan dakwaan yang tiada keserasian antara mereka bertiga sepanjang melakukan persembahan bersama dan berkata mereka sudah banyak kali muncul bersama untuk persembahan sejak Sepahtu menjuarai Raja Lawak 3 lagi. 

“Saya faham Jep tertekan mencari idea setiap minggu dan adakalanya dia seperti murung tetapi tidak mahu berkongsi perkara itu. Sebagai orang agak berusia saya nampak kerisauan dia” “Dia tidak meminta saya keluar daripada kumpulan itu tetapi saya faham-faham sendiri yang mana saya telah memberi tekanan pada mereka,” tambahnya lagi. via Mstar Online.



Selanjutnya

Friday, 19 December 2014

Bekas Suami Abby Abadi, Farhan Buat Tindakan MENGEJUTKAN !!!

Bekas Suami Abby Abadi, Farhan Buat Tindakan MENGEJUTKAN !!! | Bekas suami kepada artis Abby Abadi iaitu Muhammad Noor Farhan Che Bakar sudah bersedia untuk menjadi pelakon selepas kontroversi perceraiannya dengan wanita itu tidak lagi diperkatakan. Farhan, 26, berkata, dia sudah menjalani beberapa uji bakat termasuklah sesi fotografi dengan majalah hiburan.


“Saya ingin cuba nasib dalam bidang lakonan dan tidak kisah watak apa yang ingin diberikan asalkan ia memberi pengalaman dan laluan kepada saya berada dalam bidang ini. “Sebelum ini saya memang tidak ada pengalaman berlakon tetapi saya sangat berminat dan ingin cuba sahaja dulu dalam bidang ini, Tambah Farhan, selepas perceraiannya dengan Abby Abadi pada Mei lalu, dia ada menerima tawaran berlakon namun terpaksa ditolak kerana belum bersedia. 

Katanya, kini adalah masa yang paling sesuai berikutan kontroversi perceraian yang dilaluinya sudah mulai reda. Sementara itu, sebagai persediaan menjadi seorang artis dia kini mula meluangkan masa ke gim bagi membina badan. “Selepas bercerai ada juga yang risik dan tawarkan saya untuk berlakon tetapi saya tolak kerana rasa tidak bersedia lagi mungkin faktor badan saya. “Baru-baru ini ada kawan bertanya semula tentang tawaran lakonan dan saya fikir ini masa yang sesuai,” ujarnya. 

Sementara itu, Farhan turut memberitahu niat untuk berlakon dipendam sejak berkahwin dengan aktres tersebut. Dia pernah mengutarakan hasrat berkenaan namun ditentang oleh bekas isterinya itu. “Dulu saya pernah cakap dengan dia yang saya ingin cuba nasib jadi pelakon tetapi dia tidak benarkan langsung. Sekarang ini senang, tidak banyak yang perlu difikirkan,” ujarnya. Muhammad Noor Farhan dan Abby atau atau nama sebenarnya Arbaiyah Abd Manan, 37, bernikah pada 9 Julai 2013 di Selatan Thailand. Mereka disahkan bercerai pada 9 Mei lalu dengan talak satu. via Mstar and e-berita.




Selanjutnya

Wednesday, 17 December 2014

Gempar ...Punca Sebenar Pembaca Berita TV3 Izwan Azir MENGGIGIL Ketika Baca Berita !!!

Gempar ...Punca Sebenar Pembaca Berita TV3 Izwan Azir MENGGIGIL Ketika Baca Berita !!! | Biasanya kita mengenali penyampai berita stesen televisyen TV3 Izwan Azir Saleh sebagai pembaca berita Bahasa Melayu untuk slot Buletin Utama yang ke udara setiap pada pukul 8 malam. Bagaimanapun, di laman Facebook beliau, Izwan Azir memaklumkan bahawa semalam beliau melakukan sesuatu yang berlainan daripada rutin sebelum ini apabila terpaksa menjadi bidan terjun membaca berita perniagaan untuk slot Biz World pada pukul 5.30 petang.


Menurut Izwan, penyampai yang sepatutnya bertugas tiba lewat ke Seri Pentas, Bandar Utama atas sebab-sebab tertentu. “Pernah tonton saya menyampaikan berita Inggeris? Mestilah tak pernah sebab tak pernah pun kena buat slot bahasa Inggeris tapi petang tadi saya telah dibidan terjunkan untuk menyampaikan berita Bizworld pada 5.30 petang setelah penyampai asal terlewat tiba atas sebab tertentu. “Berita bahasa Inggeris ini berdurasi lima minit tetapi mengigilnya saya hanya Allah yang tahu.


Yelah, tak pernah kan? Slang (gaya) pun tak ada, Jadi apa lagi, kira belasah sajalah!,” katanya dalam status Facebook berkenaan. Lebih melucukan, Izwan menggunakan hashtag yang pelbagai dalam menggambarkan emosinya ketika menyampaikan berita dalam slot berkenaan. Antara hashtag yang digunakan ialah #cubatry #tv3malaysia #bedalsajalah #taksalahmencuba. via eblog101.



Selanjutnya

Tuesday, 9 December 2014

Punca Pelakon Wanita Popular Bergelar Datin Berusia 28 Tahun Terkantoi Tersebar

Punca Pelakon Wanita Popular Bergelar Datin Berusia 28 Tahun Terkantoi Tersebar | Pelakon wanita bergelar Datin menawarkan beg tangan berjenama yang didakwa tulen bagi menjelaskan baki tertunggak kepada syarikat agensi pelancongan akhirnya terbongkar selepas pemeriksaan ke atas beg itu mendapati ia adalah tiruan.


Tidak cukup dengan itu, pelakon berusia 28 tahun itu turut didakwa mengugut kakitangan agensi pelancongan berusia 30-an itu yang beroperasi di Taman Maluri untuk membakar pejabat mereka selepas dia gagal mendapatkan semula beg tangan tiruan berjenama itu. Kakitangan wanita terbabit yang bimbang dengan ugutan pelakon itu dan berasa ditipu kemudian tampil bersama majikannya membuat laporan di Balai Polis Kampung Pandan Rabu lalu untuk tindakan selanjutnya. 

“Sebelum melancong dia ada datang berjumpa dengan kakitangan terbabit dan membawa dua beg tangan berjenama yang didakwa tulen untuk dijual dengan harga RM6,000. “Mangsa pada mulanya menolak dan tidak mahu membeli beg tangan itu namun pelakon itu meminta dia menyimpan di pejabat syarikat terlebih dahulu dan tidak mahu membawanya pulang,” katanya. 

Selepas pelakon itu pulang dari bercuti, pihak agensi pelancongan kemudian meminta dia menjelaskan bayaran yang masih belum dijelaskan sebelum ini. “Tetapi pelakon terbabit meminta kakitangan berkenaan menolak baki hutang itu dengan mengambil sebuah beg tangan berjenama yang didakwa tulen berharga RM6000. “Mangsa berasa ragu-ragu sebelum dia bersama majikannya membuat pemeriksaan beg itu kepada pihak berkaitan dan mendapati ia adalah beg tangan tiruan,” katanya. 

Mangsa kemudian memberitahu kepada pelakon terbabit bahawa beg tangan diberikannya adalah tiruan menyebabkan dia mendakwa kemungkinan ditipu ketika membeli beg itu di sebuah pusat beli- belah terkemuka di Kuala Lumpur. “Mangsa kemudian mengajak pelakon itu ke butik barangan berjenama yang didakwa dibelinya di pusat beli-belah terbabit namun dia enggan dan memberitahu ingin menguruskannya sendiri,” ujarnya lagi.via aans1.



Selanjutnya

Wednesday, 3 December 2014

Ibu Shaheizy Sam Disaman Kerana Guna Plat Kenderaan MOMMY

Ibu Shaheizy Sam Disaman Kerana Guna Plat Kenderaan MOMMY | Agak kreatif pengolahan plat kenderaan MCM 1774 yang dilakukan ke atas kereta mewah Audi A5 yang dihadiahkan Shaheizy Sam kepada ibunya, pelakon Khaty Fauziah. Tetapi undang undang tetap undang undang ‘kan? 


Berita Harian hari ini melaporkan yang pelakon itu telah disaman Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika memandu kenderaan itu di Lebuhraya DUKE baru baru ini kerana plat kenderaan tidak mengikut spesifikasi. “Selepas ini mummy agak takut untuk memandu lagi. Mummy sedar dan akur dengan kesalahan ini. Sebagai artis kita juga harus patuh dengan undang-undang yang ditetapkan kerajaan. 

Tiada hak istimewa kepada golongan seni dan polis hanya menjalankan tugas” Mummy akan meminta Sam untuk segera menukar plat nombor pendaftaran ini. Nasihat Mummy kepada golongan seni, siapa pun kita, undang-undang harus dipatuhi,” ujar Khaty mengulas. 

Buat anda yang masih menggunakan plat kenderaan penuh ‘kreatif’ nampaknya boleh menukar ke spesifikasi yang telah ditetapkan, siapa tahu bila pula giliran anda terserempak dengan pegawai JPJ, kalau terlambat tiada guna menyesal. Heh. via Rotikaya.



Selanjutnya

Wednesday, 26 November 2014

Inilah 6 Gambar Pelakon Popular Kantoi Jadi Ikan Duyung

Inilah 6 Gambar Pelakon Popular Kantoi Jadi Ikan Duyung | Pelakon lelaki popular, Nazim Othman telah mengenakan pakaian renang edisi ikan duyung untuk menikmati keindahan di lautan. Nazim Othman dikatakan berada di Pulau Boracay yang terletak di Filipina dan merupakan antara pulau yang tercantik di dunia.


Nazim Othman atau nama sebenarnya Nushrul Alif Bin Othman bercuti di Boracay pada minggu lepas dan mendapat perhatian apabila gambarnya memakai pakaian renang ikan duyung disiarkan di laman media hiburan Malaysia. Jom lihat gambar Nazim Othman jadi ikan duyung. Lepas ni boleh la dapat tawaran berlakon jadi ikan duyung. Hehe. via Ohbulan.com.








Selanjutnya

Friday, 21 November 2014

11 Gambar Kahwin Nikah Syarif Sleeq dan Malaque Mahdaly. Tahniah!

11 Gambar Kahwin Nikah Syarif Sleeq dan Malaque Mahdaly. Tahniah! 22 November 2014 | Tahniah diucapkan kepada penyanyi Kumpulan Sleeq iaitu Syarif atau nama sebenarnya Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah, 25, kerana telah sah menjadi suami kepada pasangannya Malaque Mahdaly, 25, pada pukul 10.30 pagi Sabtu di Singapura. Pasangan pengantin itu turut secocok dengan busana pengantin bertemakan Arab yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal singapura iaitu Lulu Alhadad. Semoga bahagia sampai ke syurga. via melvister.














Selanjutnya

Wednesday, 19 November 2014

Rahsia Tips Badan Sasa Zain Saidin Suami Che Ta Yang Ramai Tak Tahu

Rahsia Tips Badan Sasa Zain Saidin Suami Che Ta Yang Ramai Tak Tahu | Kami lihat sekarang ni ramai selebriti mula aktif masuk ke gimnasium demi untuk mendapatkan tuduh sasa atau dalam bahasa pasarnya, badan ‘sado‘. Salah seorang daripadanya ialah tak lain tak bukan pelakon kacak yang baru sahaja bergelar bapa kepada bayi comel, Aaisyah Dhia Rana iaitu Zain Saidin.


Ternganga juga kami apabila melihat foto terbaru yang dimuat naik oleh Zain dalam Instagramnya. Perubahan mendadak okay! Tangan dah berketul-ketul. Huhu. Nak tahu apa rahsianya? Kenalah baca sampai habis dulu.


Ha.. Siapa kata hanya wanita sahaja yang perlu pasang badan lepas dapat anak? Rasanya jejaka-jejaka di luar sana pun dah boleh jadikan Zain sebagai idola. Takdelah nak condemn si isteri sahaja sedangkan perut para suami pun makin maju kedepan. Zain juga ada berkongsi beberapa video semasa dia sedang work out di gimnasium. Rupa-rupanya, inilah rahsia sebenar Zain dapat badan ‘sado’.

 
Nah! Tengok sendirilah macam mana Zain berusaha nak dapat badan mantap macam sekarang ni. Yeah. No pain no gain lah kan? via Ohbulan.

Selanjutnya

Monday, 17 November 2014

5 Gambar Nora Danish Jatuh Dalam Longkang Di Set Pengambaran

5 Gambar Nora Danish Jatuh Dalam Longkang Di Set Pengambaran | Pelakon terkenal, Nora Danish telah berkongsi sebuah video menerima lebih daripada 20 ribu likes dari para peminatnya yang menunjukkan insiden aktres cantik berkenaan terjatuh ke dalam parit. Perkara tersebut dianggap sebagai satu pengalaman berharga buat Nora yang nampaknya perlu melakonkan scene jatuh parit semasa penggambaran filem berjudul Suamiku Jatuh Dari Langit. via aans1.





Selanjutnya

Inilah Punca Gambar Selfie Che Ta Dalam Pantang Tersebar

Inilah Punca Gambar Selfie Che Ta Dalam Pantang Tersebar | Rozita Che Wan kini sedang di dalam fasa berpantang selepas melahirkan seorang bayi comel bernama Aaisyah Dhia Rana . Che Ta sedang menjaga pantang bersalin selama setahun untuk mengekalkan kesihatan tubuh badannya. Jom lihat gambar selfie Che Ta dan keluarga nya, sangat comel mereka bertiga ber " Selfie " di tempat tidur.


Untuk pengetahuan, Rozita Che Wan atau lebih mesra dipanggil Che Ta hanya berpantang di Kuala Lumpur sahaja dan dijaga oleh ahli keluarga terdekat. Suami kepada Che Ta iaitu Zain Saidin telah berkongsi gambar terkini Rozita Che Wan ketika sedang berpantang ini.

Gambar Uncensored ada Di Sini --> LINK
Selanjutnya

Saturday, 15 November 2014

Iqram Dinzly Dah Kahwin - Siapakah Gerangan Isterinya Itu?

Iqram Dinzly Dah Kahwin - Siapakah Gerangan Isterinya Itu? | Baru-baru ini, di akaun Instagram peribadi nya, pelakon dan pengacara terkenal, Iqram Dinzly telah memuatnaik sekeping gambarnya sedang bersanding di atas pelamin. Gambar tersebut menunjukkan tangan beliau dicium oleh wanita idamannya. Malah lebih menarik, Iqram Dinzly turut menyertakan caption suspen yang berbunyi “Alhamdulillah.. Dengan sekali lafaz. #aamiiiin *maafkandakuatasrahsiaini,jangan jadikaniadendamsemalamitu. #married #nikahgantung #miracle.”


Wah senyap senyap rupanya Iqram Dinzly kahwin ya? Segak betul beliau! Tapi, siapakah gerangan gadis tersebut? Lantas, kami pun cubalah untuk mencari-cari lagi gambar hari bahagia aktor tersebut, lalu kami menemui ini:


  
Rupa-rupanya, gambar tersebut adalah salah satu scene untuk drama di slot Azalea! Buat terkejut je Iqram ni! Ingatkan betul-betul dah kahwin! via Wanista.

Selanjutnya

Friday, 14 November 2014

Penjelasan Eksklusif Sebenar Zahiril Adzim Tentang Gambar Solat Di Parkir PWTC

Penjelasan Eksklusif Sebenar Zahiril Adzim Tentang Gambar Solat Di Parkir PWTC | Pelakon Zahiril Adzim menjelaskan tindakannya menunaikan solat di parkir Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sebelum ke majlis Anugerah Skrin 2014 (ASK 2014) pada 7 November lalu bukan bertujuan untuk menunjuk-nunjuk. (GAMBAR ZAHIRIL ADZIM SOLAT DI PARKIR PWTC - LINK).


Zahiril, 29, berkata, dia terpaksa menunaikan solat Maghrib di kawasan letak kereta tersebut berikutan sudah kesuntukan masa selepas berkejar-kejar dari lokasi penggambaran untuk menghadiri majlis berkenaan. “Saya terpaksa menunaikan solat Maghrib di parkir kerana waktu solat sudah suntuk dan saya sudah mengagaknya. Jadi selepas selesai penggambaran saya pulang ke rumah untuk ambil isteri saya dan ketika itu saya sudah siap-siap ambil air sembahyang. 

“Selepas sampai sahaja di PWTC saya cari tempat tersorok untuk bersembahyang kerana kalau saya bergegas ke surau sudah tentu penuh, lagi pun saya takut air sembahyang terbatal jika ada yang ingin bergambar ketika dalam perjalanan ke surau,” ujarnya kepada mStar Online. Zahiril berkata demikian ketika diminta mengulas apabila gambarnya sedang bersembahyang di kawasan parkir sebelum bermula majlis ASK 2014 tersebar dan dibualkan di laman sosial.


Gambar dirakamkan oleh peminat yang melihat situasi itu menyebabkan Zahiril dituduh mahu menunjuk-nunjuk kerana tidak menunaikan solat di surau yang disediakan di PWTC. Jelas Zahiril, dia sendiri terkejut apabila diberitahu tentang gambar itu tersebar dan diperkatakan di laman sosial. “Saya rasa ia tidak elok untuk disebarkan kerana akan menimbulkan fitnah seperti ini, saya pun tidak perasan siapa yang mengambil gambar tersebut. 

Kalau benar saya mahu menunjuk-nunjuk baik saya sembahyang di red carpet sahaja. “Saya sudah cari tempat paling sunyi yang tidak ada orang ramai, namun saya tahu ada pengawal keselamatan berhampiran kerana takut kalau ada apa-apa berlaku ketika sedang solat,” katanya. via Mstar Online.

Selanjutnya

Thursday, 13 November 2014

Adik Fizo Omar Merajuk Dengan Tunang Dapat Iphone 6 Dalam Nasi Ayam

Adik Fizo Omar Merajuk Dengan Tunang Dapat Iphone 6 Dalam Nasi Ayam | Ini la kisah percintaan orang kaya. Jangan jeles okay. Rezeki masing-masing. Kisah seorang lelaki dengan tunangnya yang merangkap adik Fizo Omar yang bernama Wan Diana Omar ini. Kisah Wan Diana dan pasanganya telah menjadi viral di internet sejak semalam.


Tunang Wan Diana yang menggunakan ID Instagram @mhfzz telah memuatnaik 1 gambar yang mengandungi sebungkus nasi ayam beserta nota minta maaf.

“To – Wan Diana
IM Sorry :(
Please forgive me
IM Outside, plz come out baby”

Kemudian Wan Diana re-post gambar tersebut di akaunnya yang boleh diakses oleh public.

ip3

Susulan itu, Wan Diana telah memuatnaik 1 gambar yang menunjukkan sebuah Iphone 6 dan dipercayai sebelum ini Iphone 6 itu dibungkus di dalam nasi ayam tadi. Ia satu kejutan buat Wan Diana dari tunangnya dalam usaha memujuk orang yang sedang merajuk. Respon dari Wan Diana adalah positif :) Dan dia turut speechless dengan kejutan ini.

i6

Seorang pengguna Instagram bernama Afiq Mahadhir menyatakan pemberian Iphone 6 oleh tunang Wan Diana adalah sesuatu yang tidak perlu didengkikan oleh segelintir orang. Hal ini kerana tunang Wan Diana seorang yang berkemampuan dan berjaya di dalam bisnes. Malah, dia menyatakan tunang Wan Diana bernama Hafiz ini memiliki Lamborghini dan juga kilang di usia muda.

ip5

 Instagram tunang Wan Diana Omar

ip6

Tunang Wan Diana Omar ini juga merupakan sepupu kepada Shila Amzah.

ip7

ip9
 
Banyak komen-komen negatif dilemparkan kepada pasangan bakal pengantin ini gara-gara merajuk dapat Iphone 6. Sepatutnya kita mendoakan kebahagiaan orang, bukan sebaliknya. Barulah hidup aman damai dan harmoni.

Ada juga yang mengimpikan pasangan masing-masing semanis tunang Wan Diana Omar :)
Kepada pasangan Wan Diana Omar dan Hafiz, selamat ke jinjang pelamin pada Disember ini dan semoga kekal hingga ke Jannah. via TheVocket.

Happy Ending:) 

ip0


Selanjutnya