Wednesday 29 October 2014

Remaja Wanita Dilucutkan Baju Di Khalayak Ramai Kerana Mencuri

Remaja Wanit Dilucutkan Baju Di Khalayak Ramai Kerana Mencuri | Seorang remaja wanita dibiarkan tanpa baju setelah dilucutkan oleh seorang pemilik kedai yang marah setelah menangkap dia cuba mencuri di kedainya. 

Hanya Gambar Hiasan Sahaja
Beberapa gambar sempat dirakamkan kamera oleh orang yang melewati tempat tersebut di Wenzhou, di timur wilayah Zhejiang China. Wanita yang bernama Yu Chung ,28, telah di tuduh mencuri pakaian, dan berjaya ditangkap oleh pemilik kedai Pemilik kedai Furious Mei Hsueh, 39, kemudian memberitahu polis dia hanya menyampaikan hukuman, dengan melucutkan pakaian beliau untuk mencegahnya dari melarikan diri. 



Pemilik kedai berkata: "pencuri ini cuba untuk mencuri pakaian saya." Dia akan berfikir dua kali sebelum dia melakukan pekara seperti ini lagi "" Hal itu dimaksudkan untuk menjadi peringatan bagi semua orang pencuri di luar sana untuk menunjukkan kepada mereka. Pemilik kedai melucutkan baju wanita itu sebelum menarik bra beliau di hadapan orang ramai yang melalui jalan tersebut. 


Kemudian wanita melutut di kaki pemilik kedai, memohon untuk memberikan kembali coli dia supaya dia boleh menutupi dirinya dari orang ramai yang berkumpul untuk menonton. Bagaimanapun tidak ada laporan polis yang dibuat terhadap wanita itu oleh pemilik kedai tersebut. " via Diarishare.

Selanjutnya

Petua Tradisional Mudah Untuk Putihkan Gigi Yang Kuning

Petua Tradisional Mudah Untuk Putihkan Gigi Yang Kuning | Gigi merupakan aset penting dan jika gigi anda kekuningan pastinya akan membuatkan anda berasa kurang keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai. Jika anda merupakan salah seorang yang mempunyai masalah ini, jangan gusar kerana kami ada beberapa petua yang boleh anda cuba bagi mengatasi masalah gigi yang kekuningan ini.


1) Colekkan sedikit kapur sirih di kapas. Gosok perlahan-lahan di celah gigi yang kuning. Pastikan anda mengamalkannya.

2) Petua kedua, anda boleh lakukan adalah dengan membakar sehingga hangus sebiji pinang kemudian tumbuk halus. Gosokkan serbuk pinang ini ke gigi. Kumur bersih.

3) Cara yang ketiga adalah dengan menggoreng tanpa minyak sedikit biji asam jawa kemudian tumbuk halus dan ambil debunya. Gosokkan pada gigi setiap hari sehingga nampak kesannya.

4) Manakala cara yang paling popular pastinya dengan menggunakan abu. Apa yang anda perlu buat adalah dengan membakar daun kelapa hingga menjadi abu. Gosokkan ke gigi hingga putih. Kemudian, gunakan ubat gigi.

Selamat mencuba!

Selanjutnya

Inilah Jenama Beras Yang Menghina Wanita Islam Melayu Malaysia

Inilah Jenama Beras Yang Menghina Wanita Islam Melayu Malaysia | Gara-gara ‘packaging’ satu jenama beras mengunakan gambar anak dara Melayu berbaju kurung, seorang pengguna menegurnya sebagai strategi pemasaran yang bijak di Twitter. Sudah pasti, otak pengguna (terutama lelaki nakal) apabila melihat tagline beras berjenama Dara Kampung ini iaitu ‘Suci, Segar dan Menyelerakan’ akan mengaitkannya dengan awek yang duduk bersimpuh kat kampit beras tu kan. 


Maklumlah, selama ini biasa nampak wajah petani atau Dato’ Jalaludin Hassan saja di kampit beras… Di bawah merupakan gambar pek beras yang berkenaana. Apa pendapat anda?


Sampaikan, seorang lelaki yang memuat naik gambar beras ini di laman sosialnya menulis kapsyen agak lucah bagi menggambarkan perasaannya bila melihat kampit beras tersebut. Tak sanggup admin nak bgtau apa yang ditulis oleh lelaki itu.

 Diharap pihak berkaitan memantau iklan-iklan lucah yang berada di pasaran termasuk iklan beras ini. Memalukan negara Islam Malaysia sahaja. - via Mynewshub.

Selanjutnya

Bayi Bermata Satu Dan Sebatang Jari Di Dahi Lahir Di Mesir

Bayi Bermata Satu Dan Sebatang Jari Di Dahi Lahir Di Mesir | Seorang bayi lahir dengan satu mata dan seketul daging melekat di dahinya seperti hidung, membuat warga Mesir terkjut dengan kelahiran itu. Dilaporkan oleh laman Emirates247, bayi itu lahir melalui pembedahan cesar di hospital di Wilayah Beni Suef. 


Namun, bayi hanya mampu bertahan hidup selama 15 minit selepas dilahirkan. Doktor yang melakukan proses kelahiran itu amat terkejut. Sebab, kes ini baru sekali berlaku di sana. Tidak dinyatakan siapa orang tua bayi itu. Menurut ibu bayi berkenaan dia tidak merasakan tanda-tanda aneh ketika hamil. Bayi itu mempunyai satu mata berada di bahagian hidung, sebuah kelenjar nampak mirip hidung di dahi, serta mulut tak berbibir di bahagian bawah berhampiran dagu. via Diarishare.

Selanjutnya

Matahari Telah Terbit Dari Sebelah Barat

Matahari Telah Terbit Dari Sebelah Barat | Cuba kita bayangkan pada suatu hari pukul 6:00 am kita bangun solat subuh, kemudian kita bersiap2 utk ke tempat kerja, sampai ofis jam 7:00 am, hari masih gelap. Maybe kita anggap hari nak hujan, so abaikan. Masuk ofis, buat kerja apa yang patut, dan kita tengok jam 9:00am, sudah time nak pergi breakfast.


Keluar pintu ofis, suasana masih lagi gelap, hitam pekat macam malam….mungkin masih boleh dianggap hari nak hujan lagi. So abaikan. Tapi kalau jam 12:00pm pun hari masih gelap..apakah petanda itu? Keesokan haripun sama, buka tv semua orang kelam kabut menceritakan bahawa dunia ini sudah tiada lagi siangnya..dan begitu juga dengan lusa..masih tiada lagi matahari. Tetapi pada hari keempat kita bangun pagi, kita dapat melihat matahari, tetapi jangan terkejut kerana matahari telah terbit dari sebelah barat.

Kehebatan ahli dunia akan mengatakan itu fenomena alam, tapi sedarkah kita itulah petanda besar yang paling awal sebelum tibanya hari kiamat!!!! Maka telah tertutuplah pintu taubat..yang bertaubat tapi Allah masih belum terima taubatnya juga akan ditutup pintu taubat.. Saat itu, kita akan lihat satu fenomena luar biasa di mana golongan kaya akan keluarkan semua harta utk diinfakkan, golongan yang tidak pernah baca quran, 24 jam baca quran, golongan yang tak pernah solat jemaah akan berlari2 menunaikan solat secara berjemaah..golongan yang tidak menutup aurat, segera bertudung labuh. 

Tetapi sayangnya segalanya sudah tidak berguna lagi.. Mari sahabat-sahabat, kita mencari redha Allah dalam hidup kita. Segera bertaubat dan memohon keampunan dariNya. Fokuslah kepada kehidupan akhirat yang kekal abadi. Sesungguhnya Allah masih memanjangkan umur kita sehingga saat ini adalah supaya kita sempat BERTAUBAT. -Sumber Facebook.

Selanjutnya

Cara Kenali Kamera Speed Trap PDRM Yang Terbaru

Cara Kenali Kamera Speed Trap PDRM Yang Terbaru | Heboh di Whatsapp tentang kamera baru PDRM untuk buat speed trap untuk pesalah jalan raya di Johor Bahru. Bukan sebarangan. Sekali tengok macam tong sampah, 2x tengok baru tau itu kamera speed trap. Siasatan awal mendapati ianya adalah benar dengan bukti gambar yang dipaparkan isi kandungan tong sampah tersebut. Memang ada kamera dan alatan elektronik yang berkaitan di dalamnya. Tengok la sendiri gambar speed trap tong sampah. Malaysia Boleh! Hati-hati bila bawa kereta tu.





Selanjutnya

Kenapa Pangsapuri Ini Bernilai Lebih RM300 Juta ?

Kenapa Pangsapuri Ini Bernilai Lebih RM300 Juta ? | Ejen Info difahamkan pangsapuri yang sedang dibina di alamat 432 Park Avenue bakal menempatkan jutawan-jutawan dari seluruh dunia. Harga seunit kondomium paling murah ialah RM60 Juta dan harga paling mahal melebih RM300 Juta. Kenapa sampai begitu mahal sekali? Selain dari seni bina mewah yang menjadi tema utamanya, ini adalah kerana pemandangan dari kondomium tersebut yang boleh melihat bangunan ikon menarik Empire State Building dari ketinggian melebihi Freedom Tower di US. Hebat bukan? Jom kita tengok gambar-gambar di bawah.












Sumber: Diarishare


Selanjutnya

Tuesday 28 October 2014

Inilah Pejabat Dato Siti Yang Mewah dan Hebat Berdekatan KLCC

Inilah Pejabat Dato Siti Yang Mewah dan Hebat Berdekatan KLCC | Beliau adalah diva, lagenda dan penyanyi terhebat di Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza! Lihat sahaja sepanjang perjalanan karier seninya, populariti tidak pernah surut dan sentiasa berada di puncak. Namun untuk menjadi sehebat beliau tidak mudah kerana pelbagai onak duri terpaksa ditempuh bagi mengecapi kesenangan seperti sekarang.


Kini bukan sahaja seorang penyanyi, Siti mengorak langkah sebagai usahawan wanita berjaya dengan jenama kosmetiknya sendiri iaitu Simplysiti. Pasti ramai nak tahu bagaimana rupa pejabat miliknya kan? Di bawah kami paparkan gambar pejabat Simpysiti yang dikongsikan di laman Instagram beliau. 


Memang ‘kerlas’! Bukan sahaja dekorasi malah pemandangan bangunan pencakar langit kebanggaan rakyat Malaysia, Menara Berkembar Petronas dari bilik pejabat Siti sudah cukup untuk membayangkan kejayaannya. 


Namun bak hashtag yang disertakan Siti bersama gambar tersebut iaitu #bukansenangnaksenang; sesiapa pun perlu usaha jika mahukan sesuatu dalam hidup waima anda penyanyi paling popular dan bersuamikan orang kaya sekali pun. Kalau usaha segigih Siti, siapa tahu rezeki anda suatu hari nanti untuk miliki perniagaan dan pejabat seperti beliau kan?

Selanjutnya

Monday 27 October 2014

Gambar Ular Sawa Baham Budak Perempuan 11 Tahun Di Tualang, Perak?

Gambar Ular Sawa Baham Budak Perempuan 11 Tahun Di Tualang, Perak? | Gempar! Seorang budak perempuan berusia 11 tahun dikatakan dibaham seekor ular sawa di kampung Tualang, Perak yang dikongsikan oleh pengguna facebook kini viral di laman sosial. Namun kesahihan gambar tersebut belum dapat di ketahui kebenarannya. Apapun jika ianya benar berlaku, pasti akan keluar di tv kan...? Apa komen anda? Saksikan beberapa gambar di bawah...





Selanjutnya

Saturday 25 October 2014

Seorang Lelaki Di Brazil Sanggup Buat Pembedahan Plastik Semata-mata Untuk Kelihatan Seperti Lelaki Korea

Seorang Lelaki Di Brazil Sanggup Buat Pembedahan Plastik Semata-mata Untuk Kelihatan Seperti Lelaki Korea | Gara-gara minat dengan muzik K-pop dan drama Korea, seorang lelaki di Brazil sanggup berhabisan duit dan melakukan pembedahan plastik untuk kelihatan seperti lelaki Korea. Lelaki itu, Max, 25, yang berambut perang dan bermata biru, jatuh cinta dengan Korea selepas dia menyertai program pertukaran pelajar di Universiti Dongseo di Korea Selatan.


Max menyatakan bahawa dia teringin mempunyai mata seperti lelaki Korea. Dia kemudiannya membelanjakan lebih RM10,000 untuk menjalani 10 pembedahan termasuk pembedahan bagi menjadikan matanya lebih sepet. Max juga yang mahu dikenali dengan nama Xiahn turut mewarnakan rambut dengan warna hitam serta memakai contact lens berwarna hitam. “Saya tidak takut sekiranya pembedahan itu tidak berjaya, tapi saya takut jika pembedahan di mata saya tidak berjaya, tapi nasib baik penglihatan saya sempurna,’’ katanya. Selepas menjalani pembedahan itu, Xiahn bukan sahaja tidak mendapat sokongan daripada ibunya, malah dia juga diselar kerana mengubah ciptaan Tuhan.










Selanjutnya

Friday 24 October 2014

Hero Sejati - Suami Ditetak Bertalu-talu Cuba Selamatkan Isteri

Hero Sejati - Suami Ditetak Bertalu-talu Cuba Selamatkan Isteri | Seorang suami sanggup menjadikan tubuhnya sebagai ‘perisai’ serta membiarkan badannya ditetak parang bertalu-talu bagi menyelamatkan isteri daripada diserang perompak ganas. Dalam kejadian jam 10.30 malam semalam, lelaki terbabit mengalami kecederaan serius selepas berusaha mempertahankan nyawa isterinya sebaik mereka diserang di sebuah pangsapuri di Sentul di sini.


Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Choo, 33, berkata, kejadian berlaku ketika dia dan isteri berusia 28 tahun baru pulang dari bekerja. Menurutnya, mereka tidak menggunakan lif di pangsapuri itu sebaliknya mengambil keputusan menaiki tangga menuju ke unit kediaman mereka. “Kami bagaimanapun terkejut apabila seorang lelaki bersenjatakan parang tiba-tiba muncul sebelum menyerang kami. “Lelaki itu langsung tidak memberi sebarang amaran sebaliknya menetak kami bertubi-tubi,” katanya ketika ditemui di Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam. 

Dia yang panik dengan kejadian itu bagaimanapun berusaha mempertahankan diri dan melawan, namun tidak berdaya. “Saya dapat lihat tangan isteri berlumuran darah akibat ditetak penjenayah. Bimbang nyawanya terancam, saya mengambil keputusan melindungi isteri dengan tubuh saya. “Penjenayah itu yang seolah-olah hilang akal masih terus menetak belakang saya bertalu-talu. 

Walaupun sakit, namun saya tetap berusaha menyelamatkan isteri kerana bimbang dia dibunuh,” katanya. Menurutnya, penjenayah kemudian merampas beg tangan milik isterinya sebelum melarikan diri dengan menaiki motosikal yang diletakkan tidak jauh dari pangsapuri itu. “Saya sempat melihat penjenayah itu melarikan diri dengan seorang lagi suspek yang membonceng motosikal berkenaan. “Susulan itu saya segera meminta bantuan orang ramai sebelum kami dihantar ke HKL,” katanya. 

Dia berkata, isterinya itu putus satu jari tangan kiri akibat ditetak. “Dia kini masih dirawat di HKL dan keadaannya dilaporkan stabil. Saya masih terkejut dengan kejadian itu berikutan kami sudah menetap di pangsapuri itu sejak tujuh tahun lalu,” katanya yang sudah membuat laporan polis di Balai Polis Sentul di sini.

Selanjutnya

Thursday 23 October 2014

Kisah Sebenar Di Sebalik Gambar Cikgu Makan Katak

Kisah Sebenar Di Sebalik Gambar Cikgu Makan Katak | Setelah digemparkan dengan acara pegang anjing baru-baru ini, kini Malaysia dikecohkan pula dengan isu makan katak disekolah. Gambar-gambar yang memperlihatkan beberapa orang guru dan pelajar di sebuah sekolah telah tersebar secara meluas dilaman sosial sejak 22 Oct.


Status : Palsu (Disalah Tafsir) Bagaimanapun, ada pihak tampil untuk memberikan penjelasan. Menurut pihak terbabit, acara tersebut merupakan acara survival dari pihak sekolah, bukannya acara makan katak.

Assalamualaikum admin sstv(sukan star tv).. mohon jasa baik admin untuk remove pasal makan katak tu.. sebenarnya ia program demomstarsi ikhtiar hidup yg dijalankan oleh pasukan gerakan am (PGA) di sekolah. tiada sebarang program makan katak berlaku. Gambar tu sekadar pose dari guru itu Berikut pula penjelasan dari seorang yang menyatakan anaknya salah seorang dari pelajar yang menghadiri program survival tersebut. 


Diharap agar orang ramai tidak mudah percaya dengan apa yang disebarkan melalui media sosial terutamanya apa-apa yang berkaitan dengan isu yang panas sebegini. Diharap juga pihak yang mempunyai 'kuasa untuk menyebar' sentiasa memeriksa sumber dan kesahihan tentang perkara yang mereka kongsi. Cukup-cukuplah menyebar sebarang berita yang tidak pasti. via mazeermohamad.com

Selanjutnya

Mati Ketika Melakukan Aksi Parkour Di Hadapan Ribuan Penonton

Mati Ketika Melakukan Aksi Parkour Di Hadapan Ribuan Penonton | Ini ialah antara calon Anugerah Darwin 2013. Wang Zijian (21) ialah seorang atlit sukan parkour yang berasal dari Sichuan China. Pada 6 April yang lalu beliau melakukan lompatan dari Jambatan Sungai Tuojiang yang berketinggian 40 meter. Aksi beliau dirakam oleh seorang rakan. Malang bagi Wang, aksi ini membawa kepada kematian kerana beliau lemas selepas melompat. Menurut saksi, Wang dipercayai pengsan selepas terhempas ke permukaan sungai. Selepas 10 saat beliau dilihat terkapai-kapai cuba untuk terapung sebelum tenggelam ke dasar sungai. Ingatlah adik-adik jangan lakukan aksi lasak jika tidak membuat latihan sepenuhnya. Di bawah gambar ngeri kejadian itu.





Selanjutnya

Tuesday 21 October 2014

Kisah Seram Di Petronas Jalan Subang Airport

Kisah Seram Di Petronas Jalan Subang Airport | Aku nak rehat sekejap dari cerita politik, aku nak kongsi cerita dengan korang semua apa yang aku alami malam tadi, selalunya setiap hari Isnin dan Khamis aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa kalau ada game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang patut sementara menunggu waktu game tu start.

 
Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb.... Jimat kos konon-kononnya, selalunya bila nak pergi main badminton aku akan usung laptop aku, sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam entah apa punya angin atau buang tebiat agaknya... aku plan lepas badminton pergi ofis siapkan kerja sikit, ambil laptop dan balik... bodoh punya perancangan. Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah jam 12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste jer... tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon... hampeh... badan letih boleh perah otak ke... tup-tup masuk pulak sms dari Puan Permaisuri berbunyi "Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah habis, sori lambat bagitau", aku jawap " Ok..." jer... 

Kepala otak menerawang... kat mana aku nak beli tengah malam buta ni..., sambil kemas barang dan kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas takda... merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil, boleh la... janji ada stok buat sementara dan si kecil aku tu tak kelaparan malam ni, usaha tangga kejayaan beb... Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk mengisi minyak, waktu tu lebih kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah... selesai isi minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak tu...., aku rasa lain macam jer.... bila masuk jalan besar... aku rasa kereta aku berat semacam dan bulu roma meremang semacam jer... dalam hati aku berkata "something wrong somewhere" dan aku lihat cermin pandang belakang.. pergh... berderau darah aku dan mulalah tak tentu arah.... 

Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke belakang... alamak kompom ada something kat kerusi belakang ..., lepas tu.... aku :country-regioncuba nak alihkan cermin pandang belakang... tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang, buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi naya...nak tak nak tabahkan hati dan kontrol macho.... Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan gabra..., bila aku dah dapat kontrol diri dan hilang rasa panik, mental dalam keadaan stabil aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan minah yang tak di undang ni, rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam ke kelabu aku tak pasti... kerana dalam keadaan samar berharapkan lampu jalan... mungkin baju lusuh dah lama tak basuh agaknya... sayangnya muka dia aku tak nampak... adakah secantik model kapal selam atau secantik model Indonesia yang berumur 17 tahun tu atau seiras Angelina Jolie... aku tak pasti... 

Aku kata padanya "Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ" korang bayangkanlah suara aku bercakap masa tu.. tergagap... gagap... macam MB Selangor tu... kalau akad nikah sah kena ulang berpuloh kali... tapi nak buat macam mana, darurat...beb... itu pun aku bersyukur pasal dia tak menjawap balik... kalau tak macam manalah suara dia... sure lentok habis macam si minah di belakang kowloon agaknya... 

Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya persekutuan boleh agak berapa jarak jauhnya, nasib baik sekarang ni dah ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan menghala ke arah bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala ke Stesyen Petronas tadi..., tapi seksanya kereta aku punya berat tak tau nak dibayangkan..... terasa macam pandu 30km sejam dengan beban kayu balak 50tan untuk sampai ke Petronas tu... 

Sambil memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada... aku tak tau nak meluahkan macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu, yang pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi dan bermacam lagi dengan zikirullah, jiwa aku, dada aku, perut aku semuanya tak tenteram... barcampur baur jadinya... tapi minah tu cool aje kat tempat duduk belakang... macam takda apa-apa jer.... tak terasa panas ke dengan ayat-ayat cinta yang aku baca tu... pelik juga... atau aku yang tersalah mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya... pasal tu takda respons...kecewa betul.... Sampai jer... kat petronas tadi, aku berhentikan kereta dan turunkan cermin tingkap belakang kiri dan kanan sambil cakap kat dia " 

Ok... saudari kita dah sampai... boleh turun di sini" sambil menjeling cermin pandang belakang... alamak apasal dia ada lagi... tak nak turun ke... dah la aku jadi drebar tak berbayar, takan nak suruh aku bukakan pintu pula... kacau macam ni...dalam waktu fikiran aku berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan secara automatik aku menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan, apabila aku toleh semula ke cermin pandang belakang... minah tu dah takda..., aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian.... wokeh ... kompom dia dah blah... masa bila dia keluar pun aku tak tau... pantas betul... 

Aku tadah tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah... aaminnn.... dan ucapkan selamat jalan kat dia suruh dia takecare and becareful dan aku pun apalagi... pecut kereta semahunya... aku tekan pedal minyak rasa ringan semacam jer... berdesup perginya... tengok meter... fuhhh... 160... aku slowdown... sambil-sambil tu mata meliar juga dengan harapan dia tak follow aku lagi.... manalah tahu dia terlupa nak ucapkan terima kasih masa turun tadi... sambil terbang kat tepi tingkap.. tapi ada bau wangi yang ditinggalkan... macam bau bunga melor kalau tak silap aku... dan aku pun malas nak ambik pot... sangat... pasal bau tu... janji aku selamat. 

Sampai jer... di luar pagar rumah... aku teringat pesan orang tua-tua... aku pun tak jadi masuk rumah dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh tarik dulu kat restoran mamak sambil layan astro, dalam setengah jam baru balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki, ludah kiri kanan dan masuk rumah.... cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata.... masih terbayang-bayang lagi pada minah tu.... adakah aku dah jatuh cinta padanya.... ha..ha..ha... minta laluan... minta...laluan... idak ler...teman... 

Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir dan merenungkan perkara malam tadi tuh... mungkin ada hikmahnya dan aku masih tercari-cari lagi jawapannya... apa pun syukur alhamdulillah... sifat takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut jugak dibuatnya. Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus sebelum-sebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut pada mulanya... padahal sebelum ini aku hanya bertemu sipi-sipi jer dan dari jarak jauh.... bukannya face to face macam ni dalam suasana yang agak lama masanya. 

Nasihat serta petua orang-orang tua yang aku gunakan pun banyak membantu... dan tak lupa juga nasihat secara lansung dan tidak lansung dari Ayahanda Mountdweller yang luas pengalamannya dalam dunia mistik pun banyak membantu juga. Jadi itulah pengalaman "Jangan Pandang Belakang" yang terjadi pada aku malam tadi yang aku dapat kongsikan dengan kalian semua, dan aku berharap perkara ni takan berulang lagi... tapi kalau korang nak cuba boleh juga, pergilah test kat tempat yang aku cakapkan tu... manalah tahu ada rezeki korang berjumpa dengan si dia tu... untung sabut timbul... boleh buat bini... 

Sebelum ini pun ada juga aku dengar cerita berkenaan Langsuir kat Bulatan Subang Airport tu, cumanya tak sangka boleh berlaku pada aku malam tadi... aku ingatkan hanya rekaan semata-mata... rupanya real.... wa cakap lu.... tapi aku rasa ini hantu baik la agaknya... sebabnya dia tak cekik aku dan dapat aku berkongsi cerita ni dengan korang semua... walau apa pun... 

Innalillah..hiwainalillah...hirrajiun.... Semuanya dalam kekuasaanNYA.


Selanjutnya

Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014 Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014 Yang Ramai Tak Tahu | Indonesia Kalahkan Malaysia. Singapore Tumbang Ditangan Malaysia : Jikalau ditanya persoalan ranking kepada RajaGopal, apa kata beliau? Ranking tidak penting. Tetapi bukan ranking bola sepak Malaysia ingin dikupas hari ini tetapi melibatkan senarai ranking kekutaan tentara di dunia 2014 yang menjadi hangat sejak semalam.



Apakah kredibiliti yang ada pada GlobalFirePower yang diangkat faktanya melalui laporan berita The Star sehinggalah diwarwar di saluran media-media elektronik utama negara. Globalfirepower tidak boleh dijadikan indikator bagi kekuatan tentera di seluruh dunia. GlobalFirepower ini cuma portal peribadi sahaja untuk ”entertainment” semata, jangan percaya. 

Anda semua boleh baca disclaimer mereka di sini : http://www.globalfirepower.com/disclaimer.asp

Di antara negara jiran, Negara Indonesia, Thailand, Filipina berjaya mengalahkan Malaysia. Manakala Singapore “tumpas” kepada kekuatan ketenteraan Malaysia. Begitulah gambaran senarai ranking kekuatan tentera di dunia 2014 yang dikeluarkan oleh GlobalFirePower seperti di bawah ini :




Dengan bajet sejumlah RM13 bilion untuk perbelanjaan besar melibatkan sumber ketenteraan Singapore, kami boleh mengatakan teknologi ketenteraan Singapore lebih hebat berbanding negara kita Malaysia.


Tetapi apabila melibatkan aspek strategi taktikal, kekuatan skuad elit dan tentera Malaysia daripada aspek fizikal dan mental, Malaysia sebenarnya berada di kelas tersendiri.
  • Contohnya sejarah telah membuktikan, bagaimana dalam episod black Hawk Down, pengorbanan tentera Malaysia di Mogadishu, Somalia walaupun cuba dipadamkan catatan sejarah tersbeut dalam filem Black Hawk Down.
  • Walaubagaiamanapun baru-baru Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly mengakui dan mengucapkan terima kasih dengan jasa dan pengorbanan tentera Malaysia yang begitu berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.

Kami yakin, dengan bajet Kementerian Pertahanan yang besar sepertimana yang diumumkan dalam Bajet kerajaan Malaysia, kita mampu melakukan pembelian senjata dan kelengkapan ketenteraan yang lebih berkualiti pada harga yang munasabah jika diuruskan dana dengan lebih cekap, penuh amanah & bertanggungjawab serta dijauhkan oleh kelompok yang lebih mengutamakan keuntungan poket mereka sendiri berbanding kepentingan keselamatan negara. 

Selanjutnya