Tuesday 28 October 2014

Inilah Pejabat Dato Siti Yang Mewah dan Hebat Berdekatan KLCC

// // Leave a Comment
Inilah Pejabat Dato Siti Yang Mewah dan Hebat Berdekatan KLCC | Beliau adalah diva, lagenda dan penyanyi terhebat di Malaysia. Siapa lagi kalau bukan Datuk Siti Nurhaliza! Lihat sahaja sepanjang perjalanan karier seninya, populariti tidak pernah surut dan sentiasa berada di puncak. Namun untuk menjadi sehebat beliau tidak mudah kerana pelbagai onak duri terpaksa ditempuh bagi mengecapi kesenangan seperti sekarang.


Kini bukan sahaja seorang penyanyi, Siti mengorak langkah sebagai usahawan wanita berjaya dengan jenama kosmetiknya sendiri iaitu Simplysiti. Pasti ramai nak tahu bagaimana rupa pejabat miliknya kan? Di bawah kami paparkan gambar pejabat Simpysiti yang dikongsikan di laman Instagram beliau. 


Memang ‘kerlas’! Bukan sahaja dekorasi malah pemandangan bangunan pencakar langit kebanggaan rakyat Malaysia, Menara Berkembar Petronas dari bilik pejabat Siti sudah cukup untuk membayangkan kejayaannya. 


Namun bak hashtag yang disertakan Siti bersama gambar tersebut iaitu #bukansenangnaksenang; sesiapa pun perlu usaha jika mahukan sesuatu dalam hidup waima anda penyanyi paling popular dan bersuamikan orang kaya sekali pun. Kalau usaha segigih Siti, siapa tahu rezeki anda suatu hari nanti untuk miliki perniagaan dan pejabat seperti beliau kan?

0 comments:

Post a Comment