Petua Tradisional Mudah Untuk Putihkan Gigi Yang Kuning | Gigi merupakan aset penting dan jika gigi anda kekuningan pastinya akan membuatkan anda berasa kurang keyakinan diri ketika berhadapan dengan orang ramai. Jika anda merupakan salah seorang yang mempunyai masalah ini, jangan gusar kerana kami ada beberapa petua yang boleh anda cuba bagi mengatasi masalah gigi yang kekuningan ini.
1) Colekkan sedikit kapur sirih di kapas. Gosok perlahan-lahan di celah gigi yang kuning. Pastikan anda mengamalkannya.
2) Petua kedua, anda boleh lakukan adalah dengan membakar sehingga hangus sebiji pinang kemudian tumbuk halus. Gosokkan serbuk pinang ini ke gigi. Kumur bersih.
3) Cara yang ketiga adalah dengan menggoreng tanpa minyak sedikit biji asam jawa kemudian tumbuk halus dan ambil debunya. Gosokkan pada gigi setiap hari sehingga nampak kesannya.
4) Manakala cara yang paling popular pastinya dengan menggunakan abu. Apa yang anda perlu buat adalah dengan membakar daun kelapa hingga menjadi abu. Gosokkan ke gigi hingga putih.
Kemudian, gunakan ubat gigi.
Selamat mencuba!
0 comments:
Post a Comment