Wednesday 26 November 2014

Inilah Pencipta Logo UMNO Yang Ramai Tak Tahu

// // 1 comment
Inilah Pencipta Logo UMNO Yang Ramai Tak Tahu | Ini jasa guru kami, Yang Mulia Tan Sri Prof. Syed Muhammad Naquib Al-Attas bersama-sama dengan bendera UMNO yang beliau reka ketika masih remaja di rumah Dato' Onn bin Jaafar yang merupakan bapa saudara beliau sendiri.


Prof. Al-Attas memiliki ilmu "shiʿārāt al-nabālah" (heraldry) yang merupakan satu ilmu mereka cipta jata-jata bangsawan (noble coat of arms) bagi menggambarkan ke-'izzahan dan makna sesebuah keluarga, pasukan seperti yang banyak kita lihat dalam cerita-cerita Medieval Barat, Islam.

Banyak lagi logo dan jata yang Prof. Al-Attas telah reka dan diguna seperti logo asal UKM, kor tentera Diraja Malaysia (Prof. Al-Attas adalah bekas tentera divisyen artileri dalam menentang komunis, beliau juga alumi Royal Military Academy Sandhurst yang masyhur):
http://army.mod.gov.my/index.php/mengenai-kami/profile/fungsi

Sudah tentu logo terindah ciptaan beliau ialah logo universiti Islam terulung "International Institute of Islamic Thought and Civilization" (ISTAC) yang kini sudah hilang kemegahan dan fungsi melahirkan ulama' dan umara' wibawa kerana Prof. Al-Attas sudah tidak lagi berkhidmat di situ dan kelemahan "Iltizam Siyasi" (Political Will) di kalangan pemimpin politik Muslim dalam mendukung semula wawasan penubuhan institusi tersebut yang berdiri tersegam atas Bukit Tunku tetapi telah kontang makna dan terlucut izzah-nya.

Beliau diberi anugerah tokoh terbilang oleh UMNO keraja jasa beliau tersebut dan dirakam sedikit kata-kata balasan beliau (boleh tonton di: https://www.youtube.com/watch?v=QUObgrHJfyA) yang sebenarnya lebih panjang, padat dan teramat kritis dengan kelemahan, keculasan UMNO yang kini semua tahu amat-amat dipandang serong oleh semua pihak kecuali segelintir pimpinan UMNO yang masih terpalit dengan sindrom "self denial".

Antara nasihat beliau yang terutama dan istiqamah dari muda sampai lah sudah menjangkau 90 tahun ini kepada pemimpin UMNO ialah "serahkan amanah pada yang LAYAK - sesuai dengan firman Allah SWT dalam Al-Qur'an al-Karim:

"Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, ( Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat." (al-Nisa':58)

Adakah Perhimpunan Agung UMNO 2014 akan bermuhasabah ke atas ARAHAN daripada ALLAH SWT ini?

Wallahua'lam, sama-sama kita doakan yang terbaik kerana jika tidak balasan setimpal akan diberikan oleh Allah SWT yang sudah tentu lebih pedih di akhirat kalaupun tidak di dunia. via aans1.



1 comment: Leave Your Comments

  1. Saya pernah tengok logo Umno yang telah dibahagikan kepada beberapa bahagian, dan terdapat lambang freemason atau illuminati. Adakah ianya kebetulan atau telah dirancang dengan kemas ?. Terdapat juga pada logo PKR.

    ReplyDelete