Lelaki Ini Jadi Jutawan Hartanah Dalam Tempoh 10 Tahun Bermodalkan Hanya RM2000 | Satu ketika dulu kami pernah berkongsi kisah hidup Saudara Faizul Ridzuan yang berjaya melepasi saat sukar dalam hidupnya hingga menjadi seorang pelabur hartanah yang berjaya. Kali ini kami ingin bawakan sekali lagi kisah beliau dengan lebih lengkap, berserta beberapa rahsia telah beliau sudi kongsikan khas untuk mereka yang berminat mahu menceburi pelaburan hartanah.Harapan kami kisah ini dapat memberikan inspirasi untuk anda.
KENAPA RAMAI YANG TAK MAMPU BELI HARTANAH DAN APA YANG ANDA PERLU BUAT?
Salam semua,
Saya dapati yang kisah saya yang diterbitkan di surat-kabar Malay
Mail semalam mendapat sambutan yang sangat positif yang berjaya mendapat
lebih 200 SHARE kurang daripada 24 jam. Jadi untuk kawan-kawan yang
lebih selesa membaca dalam BM, saya tranlasikan artikel ini dan saya
tambahkan pandangan saya kerana saya fikir mungkin ramai yang boleh
dapat manfaat melalui perkongsian saya.
Saya ringkaskan pengenalan saya kepada point berikut :
1. Bermula melabur dari tahun 2005 ketika berumur 24 tahun dengan
bermodalkan duit sendiri RM2,000 untuk pembelian rumah pertama. Sudah
membeli lebih daripada 40 hartanah sehinnga tahun 2014.
2. Sebab ramai rakan online yang mahu baca perkongsian saya, saya
telah menulis buku – WTF? 23 Hartanah Sebelum 30 – yang menghuraikan
secara terperinci pengalaman saya dalam pelaburan hartanah.
Perkongsian perjalanan saya dari seorang yang hanya makan-gaji ke pelabur hartanah:
• Latar belakang saya biasa sahaja. Ibu saya adalah penjawat kerajaan
yang mengambil pencen awal, dan ayah saya seorang yang melakukan
pelbagai kerja dan perniagaan sebelum menetap untuk mengusahakan
perkhidmatan cuci kereta. Saya memang berminat dengan dunia perniagaan,
tetapi sebab tiada modal saya mula melabur dahulu. Dan selepas membuat
banyak research, saya dapati pelaburan hartanah adalah paling sesuai
untuk saya kerana risikonya dan keperluan modalnya yang kecil. Impian
kita mungkin masih jauh, tapi tak semestinya kita kena tunggu dah banyak
duit baru nak bermula. Kita bermula gunakan apa yang kita ada, secepat
yang boleh.
• Orang tak berwang perlu lebih kreatif. Saya tidak datang dari
keluarga yang senang atau berada. Ketika saya bermula, saya hanya
mempunyai RM2,000.00 di dalam bank. Saya meminjam selebihnya melalui
pinjaman kreatif. Sebagai contoh pada masa itu, rakan saya perlu membeli
sebuah laptop, dan pada masa itu saya baru sahaja memiliki kad kredit.
Peluang saya nampak waktu itu adalah saya boleh beli laptop itu dengan
skim pembayaran ansuran selama 12-24 bulan, tanpa faedah. Saya fikir
saya boleh ambil duit cash dari rakan saya dan simpan dlm bank dulu, dan
saya bayar ansuran bulanan perlahan-lahan. Saya ulangi process yang
sama dan selepas 4 bulan saya berjaya mengumpul lebih dari RM20,000.00
untuk digunakan untuk pelaburan menggunakan kaedah ini.
• Bagi saya, saya jenis yang konservatif dalam pelaburan. Ramai orang
beranggapan saya seorang yang suka ambil risiko yang tinggi disebabkan
saya beli banyak hartanah. Realitinya, saya cuba melabur dengan
mengunakan modal paling minimum yang boleh saya buat. Ada banyak
hartanah yang saya beli tanpa mengeluarkan satu sen. Strategi saya
ringkas sahaja- iaitu membeli hartanah yang berharga dibawah pasaran,
dan sewa harus melebihi bayaran ansuran bulanan.
• Belia atau golongan muda hari ini ramai yang merungut harga
hartanah mahal, tapi realitinya keutamaan mereka bukanlah simpanan dan
pelaburan. Gaji pertama saya adalah RM600.00 saya mampu hidup. Saya beli
rumah pertama ketika gaji saya RM2,500. Ramai belia sekarang yang
bergaji lebih dari RM3,000 tapi tak mampu beli rumah kerana komitmen
mereka tinggi dan tiada simpanan. Cuba kita perhatikan kereta, telefon
bimbit dan pakaian mereka dan tidak hairanlah kenapa mereka tidak boleh
menyimpan. Ia kembali kepada keutamaan. Ramai belia hari ini saya tengok
tak kisah berbelanja RM10 untuk beli kopi berjenama, dan belanja RM30
setiap kali makan di luar.
• Masalah atau “jenayah kewangan” terbesar yang belia sekarang buat,
adalah pembelian kereta. Mereka berfikir ia merupakan keperluan, tapi ia
bukan. Bagi saya, kereta merupakan kemewahan / keinginan. Saya sendiri
beli kereta pertama selepas beli hartanah yang ke-12, dan saya beli
kereta terpakai je. Saya pernah kira, kalau kita beli kereta baru
termurah di pasaran (Perodua), kita kena belanjakan minimum RM1,000.00
sebulan kerana ansuran kereta, duit minyak petrol, toll, dan
penyelenggaraan. Ramai yang mampu bayar ansuran bulanan tetapi lupa
kos-kos lain yang datang dgn pemilikan kenderaan. Kereta, adalah beban
liabilitl yang semakin lama akan susut nilainya.
• Banyak golongan muda mengikat / mengaitkan kebahagiaan kepada
pemilikan kebendaan. Ini bukan sesuatu yang susah difahami. Jika anda
menggunakan wang untuk membeli benda, anda hanya akan memiliki benda,
dan bukan wang. Jadi kita ada pilihan untuk memiliki pakaian terkini
atau handfon baru, atau anda mahu lebih berharta / berduit.
• Tujuan saya menulis buku, bukan sebab nak jadi kaya. Saya lakukan
atas minat nak berkongsi ilmu dan pengalamn saya yang tak sebanyak mana
dan buat sedikit pendapatan pasif. Untung jualan buku bukan banyak mana,
hanya RM4 untuk setiap buku. Saya fikir saya akan cukup gembira kalau
saya dapat menjual 1,000 naskah, itu akan membuat saya. Saya cukup
terkejut apabila saya diberitahu bahawa jualan buku saya melebihi jualan
buku bekas Pendana Menteri negara kita. Sebgai penulis baru, memang
saya terkejut tapi saya bersyukur sebab ini rezeki saya yang Allah S.W.T
nak beri.
• Saya lihat ada segelintir pihak yang tak suka kepada pelabur
hartanah. Mereka berpendapat pelabur hartanah adalah penyebab utama
kenaikan harga hartanah. Bagi saya pendapat mereka ni kurang tepat.
Harga hartanah di seluruh dunia dalam jangka masa panjang memang
sentiasa akan naik walaupun tanpa penglibatan pelabur hartanah. Fenomena
ini dah berlaku semenjak 200-300 tahun lagi. Mereka yang merungut
mungkin lebih suka melabur dalam besi buruk ( kereta, modify kereta, jam
tangan, dan handphone).
• Baru-baru ini, kami melancarkan portal hartanah pertama yang
mesra-Bumiputera, di‘carirumah.com.my’. Kami kongsikan pelbagai maklumat
berkaitan hartanah kepada pembeli hartanah. Ia merupakan portal pertama
yang dilakukan secara dwi-bahasa, Bahasa Kebangsaan dan Bahasa Inggeris
dan kami mulainya kerana tiada siapa pun yang menawarkannya. Kami nak
rapatkan jurang ilmu untuk pelabur yang kurang faham membaca dalam
bahasa Inggeris.
• Nasihat akhir saya untuk golongan belia yang mahu memiliki atau membeli hartanah :
o Untuk melabur dalam bidang hartanah, kena buat persediaan
terutamanya dari segi ilmu. Saya sendiri belajar 2 tahun sebelum beli
rumah pertama. Ketika saya mula melabur, tiada program yang saya mampu
pergi kerana semua program harganya lebih RM3,000.00 untuk hadir ke
seminar-seminar pelaburan hartanah. Sekarang anda ada banyak alternatif
yang murah keana ada banyak program yang harganya tak sampai RM100.
Dalam seminar dua-hari yang saya terlibat lalu, kami hanya mengenakan
bayaran RM90 seorang, jadi kini anda mempunyai banyak pilihan hari ini.
o Kedua, anda juga perlu menjauhkan diri dari mentaliti yang
mengharapkan kerajaan memberikan rumah murah dan mampu milik. Ada banyak
alternatif di luar sana, anda kena belajar utk buka mata. Saya masih
boleh cari apartment 3 bilik di Damansara pada harga tak sampai
RM200,000 hari ini sebab saya ada ilmu untuk tengok.
o Kereta – Jika anda memang perlu sangat beli kereta, beli kereta 2nd
hand semurah yang boleh dan beli kereta tunai / cash. Jadikan kereta
anda sebagai aset, bukan sebagai beban,
Saya doakan anda lebih celik-wang dan berjaya pada masa kelak. via TheVocket.
0 comments:
Post a Comment