Thursday, 23 October 2014

Kisah Sebenar Di Sebalik Gambar Cikgu Makan Katak

Kisah Sebenar Di Sebalik Gambar Cikgu Makan Katak | Setelah digemparkan dengan acara pegang anjing baru-baru ini, kini Malaysia dikecohkan pula dengan isu makan katak disekolah. Gambar-gambar yang memperlihatkan beberapa orang guru dan pelajar di sebuah sekolah telah tersebar secara meluas dilaman sosial sejak 22 Oct.


Status : Palsu (Disalah Tafsir) Bagaimanapun, ada pihak tampil untuk memberikan penjelasan. Menurut pihak terbabit, acara tersebut merupakan acara survival dari pihak sekolah, bukannya acara makan katak.

Assalamualaikum admin sstv(sukan star tv).. mohon jasa baik admin untuk remove pasal makan katak tu.. sebenarnya ia program demomstarsi ikhtiar hidup yg dijalankan oleh pasukan gerakan am (PGA) di sekolah. tiada sebarang program makan katak berlaku. Gambar tu sekadar pose dari guru itu Berikut pula penjelasan dari seorang yang menyatakan anaknya salah seorang dari pelajar yang menghadiri program survival tersebut. 


Diharap agar orang ramai tidak mudah percaya dengan apa yang disebarkan melalui media sosial terutamanya apa-apa yang berkaitan dengan isu yang panas sebegini. Diharap juga pihak yang mempunyai 'kuasa untuk menyebar' sentiasa memeriksa sumber dan kesahihan tentang perkara yang mereka kongsi. Cukup-cukuplah menyebar sebarang berita yang tidak pasti. via mazeermohamad.com

Selanjutnya

Mati Ketika Melakukan Aksi Parkour Di Hadapan Ribuan Penonton

Mati Ketika Melakukan Aksi Parkour Di Hadapan Ribuan Penonton | Ini ialah antara calon Anugerah Darwin 2013. Wang Zijian (21) ialah seorang atlit sukan parkour yang berasal dari Sichuan China. Pada 6 April yang lalu beliau melakukan lompatan dari Jambatan Sungai Tuojiang yang berketinggian 40 meter. Aksi beliau dirakam oleh seorang rakan. Malang bagi Wang, aksi ini membawa kepada kematian kerana beliau lemas selepas melompat. Menurut saksi, Wang dipercayai pengsan selepas terhempas ke permukaan sungai. Selepas 10 saat beliau dilihat terkapai-kapai cuba untuk terapung sebelum tenggelam ke dasar sungai. Ingatlah adik-adik jangan lakukan aksi lasak jika tidak membuat latihan sepenuhnya. Di bawah gambar ngeri kejadian itu.





Selanjutnya

Tuesday, 21 October 2014

Kisah Seram Di Petronas Jalan Subang Airport

Kisah Seram Di Petronas Jalan Subang Airport | Aku nak rehat sekejap dari cerita politik, aku nak kongsi cerita dengan korang semua apa yang aku alami malam tadi, selalunya setiap hari Isnin dan Khamis aku ada game badminton, mula jam 09.00pm hingga 11.00pm, seperti biasa kalau ada game badminton aku akan lepak di ofis, buat apa yang patut sementara menunggu waktu game tu start.

 
Sebabnya nak ulang alik rumah ke dewan tu jauh beb.... Jimat kos konon-kononnya, selalunya bila nak pergi main badminton aku akan usung laptop aku, sebab habis game terus balik rumah. Tapi semalam entah apa punya angin atau buang tebiat agaknya... aku plan lepas badminton pergi ofis siapkan kerja sikit, ambil laptop dan balik... bodoh punya perancangan. Selesai badminton lepak ngan kawan-kawan minum kat mapley, sampai ofis dah jam 12.00 lebih, mengadap laptop sempat la buat posting yang cut and paste jer... tu yang kat bawah tu, nak siapkan kerja konon... hampeh... badan letih boleh perah otak ke... tup-tup masuk pulak sms dari Puan Permaisuri berbunyi "Balik pukul berapa, tolong beli susu Aleeya dah habis, sori lambat bagitau", aku jawap " Ok..." jer... 

Kepala otak menerawang... kat mana aku nak beli tengah malam buta ni..., sambil kemas barang dan kunci ofis, cari kat kedai tujuh sebelas takda... merayau cari dan cari jumpa juga akhirnya tapi paket kecil, boleh la... janji ada stok buat sementara dan si kecil aku tu tak kelaparan malam ni, usaha tangga kejayaan beb... Dalam perjalanan balik, aku singgah di Petronas Subang Airport untuk mengisi minyak, waktu tu lebih kurang sudah pukul 2.00am macam tu lah... selesai isi minyak sewaktu nak keluar dari kawasan stesyen minyak tu...., aku rasa lain macam jer.... bila masuk jalan besar... aku rasa kereta aku berat semacam dan bulu roma meremang semacam jer... dalam hati aku berkata "something wrong somewhere" dan aku lihat cermin pandang belakang.. pergh... berderau darah aku dan mulalah tak tentu arah.... 

Dalam pada itu aku buat-buat pandang ke kerusi sebelah kiri sambil menjeling ke belakang... alamak kompom ada something kat kerusi belakang ..., lepas tu.... aku :country-regioncuba nak alihkan cermin pandang belakang... tapi risau pulak nanti aku tak nampak aktiviti dia kat belakang, buatnya dia hulur tangan kat leher aku lagi naya...nak tak nak tabahkan hati dan kontrol macho.... Tiba-tiba jer aku dah mula berpeluh kerana terkejut dan gabra..., bila aku dah dapat kontrol diri dan hilang rasa panik, mental dalam keadaan stabil aku mula baca apa yang patut dan bercakap dengan minah yang tak di undang ni, rambutnya lurus menjurai melepasi bahu dan berbaju hitam ke kelabu aku tak pasti... kerana dalam keadaan samar berharapkan lampu jalan... mungkin baju lusuh dah lama tak basuh agaknya... sayangnya muka dia aku tak nampak... adakah secantik model kapal selam atau secantik model Indonesia yang berumur 17 tahun tu atau seiras Angelina Jolie... aku tak pasti... 

Aku kata padanya "Engkau makhluk, aku pun makhluk, Pencipta kita ALLAH SWT, bezanya aku ini makhluk yang dimuliakan, engkau naik kereta aku tanpa izin, aku hantar kau ke tempat kau naik tadi, dan aku nak kau turun di situ" korang bayangkanlah suara aku bercakap masa tu.. tergagap... gagap... macam MB Selangor tu... kalau akad nikah sah kena ulang berpuloh kali... tapi nak buat macam mana, darurat...beb... itu pun aku bersyukur pasal dia tak menjawap balik... kalau tak macam manalah suara dia... sure lentok habis macam si minah di belakang kowloon agaknya... 

Sesiapa yang tahu jalan dari Subang Airport menghala ke lebuhraya persekutuan boleh agak berapa jarak jauhnya, nasib baik sekarang ni dah ada U-turn kat Ara Damansara, so aku buat U-turn kat situ dan menghala ke arah bulatan Subang Airport untuk buat u-turn sekali lagi menghala ke Stesyen Petronas tadi..., tapi seksanya kereta aku punya berat tak tau nak dibayangkan..... terasa macam pandu 30km sejam dengan beban kayu balak 50tan untuk sampai ke Petronas tu... 

Sambil memandu sambil menjeling cermin tengok dia ada lagi ke tak ada... aku tak tau nak meluahkan macam mana perasaan aku waktu dan ketika itu, yang pasti mulut aku berkumat kamit baca ayat qursi dan bermacam lagi dengan zikirullah, jiwa aku, dada aku, perut aku semuanya tak tenteram... barcampur baur jadinya... tapi minah tu cool aje kat tempat duduk belakang... macam takda apa-apa jer.... tak terasa panas ke dengan ayat-ayat cinta yang aku baca tu... pelik juga... atau aku yang tersalah mengungkapkan ayat-ayat cinta padanya... pasal tu takda respons...kecewa betul.... Sampai jer... kat petronas tadi, aku berhentikan kereta dan turunkan cermin tingkap belakang kiri dan kanan sambil cakap kat dia " 

Ok... saudari kita dah sampai... boleh turun di sini" sambil menjeling cermin pandang belakang... alamak apasal dia ada lagi... tak nak turun ke... dah la aku jadi drebar tak berbayar, takan nak suruh aku bukakan pintu pula... kacau macam ni...dalam waktu fikiran aku berkecamuk tu tiba-tiba terperasan ada kereta bagi lampu tinggi dan secara automatik aku menoleh ke arah cermin sisi sebelah kanan, apabila aku toleh semula ke cermin pandang belakang... minah tu dah takda..., aku pusingkan badan menoleh ke belakang untuk kepastian.... wokeh ... kompom dia dah blah... masa bila dia keluar pun aku tak tau... pantas betul... 

Aku tadah tangan, berdoa.. ucapkan syukur alhamdulillah... aaminnn.... dan ucapkan selamat jalan kat dia suruh dia takecare and becareful dan aku pun apalagi... pecut kereta semahunya... aku tekan pedal minyak rasa ringan semacam jer... berdesup perginya... tengok meter... fuhhh... 160... aku slowdown... sambil-sambil tu mata meliar juga dengan harapan dia tak follow aku lagi.... manalah tahu dia terlupa nak ucapkan terima kasih masa turun tadi... sambil terbang kat tepi tingkap.. tapi ada bau wangi yang ditinggalkan... macam bau bunga melor kalau tak silap aku... dan aku pun malas nak ambik pot... sangat... pasal bau tu... janji aku selamat. 

Sampai jer... di luar pagar rumah... aku teringat pesan orang tua-tua... aku pun tak jadi masuk rumah dan pergi lepak sorang-sorang pekena teh tarik dulu kat restoran mamak sambil layan astro, dalam setengah jam baru balik rumah, baca-baca apa yang patut, basuh kaki, ludah kiri kanan dan masuk rumah.... cumanya aku tak boleh tidur dan lelapkan mata.... masih terbayang-bayang lagi pada minah tu.... adakah aku dah jatuh cinta padanya.... ha..ha..ha... minta laluan... minta...laluan... idak ler...teman... 

Saat aku taipkan cerita ini sekarang, aku masih berfikir dan merenungkan perkara malam tadi tuh... mungkin ada hikmahnya dan aku masih tercari-cari lagi jawapannya... apa pun syukur alhamdulillah... sifat takut dan panik dapat aku atasi walaupun kecut perut jugak dibuatnya. Lagipun mungkin kerana pengalaman dengan ganguan makhluk halus sebelum-sebelum ini membuatkan aku terkawal sikit, walaupun terkejut pada mulanya... padahal sebelum ini aku hanya bertemu sipi-sipi jer dan dari jarak jauh.... bukannya face to face macam ni dalam suasana yang agak lama masanya. 

Nasihat serta petua orang-orang tua yang aku gunakan pun banyak membantu... dan tak lupa juga nasihat secara lansung dan tidak lansung dari Ayahanda Mountdweller yang luas pengalamannya dalam dunia mistik pun banyak membantu juga. Jadi itulah pengalaman "Jangan Pandang Belakang" yang terjadi pada aku malam tadi yang aku dapat kongsikan dengan kalian semua, dan aku berharap perkara ni takan berulang lagi... tapi kalau korang nak cuba boleh juga, pergilah test kat tempat yang aku cakapkan tu... manalah tahu ada rezeki korang berjumpa dengan si dia tu... untung sabut timbul... boleh buat bini... 

Sebelum ini pun ada juga aku dengar cerita berkenaan Langsuir kat Bulatan Subang Airport tu, cumanya tak sangka boleh berlaku pada aku malam tadi... aku ingatkan hanya rekaan semata-mata... rupanya real.... wa cakap lu.... tapi aku rasa ini hantu baik la agaknya... sebabnya dia tak cekik aku dan dapat aku berkongsi cerita ni dengan korang semua... walau apa pun... 

Innalillah..hiwainalillah...hirrajiun.... Semuanya dalam kekuasaanNYA.


Selanjutnya

Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014 Yang Ramai Tak Tahu

Senarai Ranking Tentera Terkuat di Dunia 2014 Yang Ramai Tak Tahu | Indonesia Kalahkan Malaysia. Singapore Tumbang Ditangan Malaysia : Jikalau ditanya persoalan ranking kepada RajaGopal, apa kata beliau? Ranking tidak penting. Tetapi bukan ranking bola sepak Malaysia ingin dikupas hari ini tetapi melibatkan senarai ranking kekutaan tentara di dunia 2014 yang menjadi hangat sejak semalam.



Apakah kredibiliti yang ada pada GlobalFirePower yang diangkat faktanya melalui laporan berita The Star sehinggalah diwarwar di saluran media-media elektronik utama negara. Globalfirepower tidak boleh dijadikan indikator bagi kekuatan tentera di seluruh dunia. GlobalFirepower ini cuma portal peribadi sahaja untuk ”entertainment” semata, jangan percaya. 

Anda semua boleh baca disclaimer mereka di sini : http://www.globalfirepower.com/disclaimer.asp

Di antara negara jiran, Negara Indonesia, Thailand, Filipina berjaya mengalahkan Malaysia. Manakala Singapore “tumpas” kepada kekuatan ketenteraan Malaysia. Begitulah gambaran senarai ranking kekuatan tentera di dunia 2014 yang dikeluarkan oleh GlobalFirePower seperti di bawah ini :




Dengan bajet sejumlah RM13 bilion untuk perbelanjaan besar melibatkan sumber ketenteraan Singapore, kami boleh mengatakan teknologi ketenteraan Singapore lebih hebat berbanding negara kita Malaysia.


Tetapi apabila melibatkan aspek strategi taktikal, kekuatan skuad elit dan tentera Malaysia daripada aspek fizikal dan mental, Malaysia sebenarnya berada di kelas tersendiri.
  • Contohnya sejarah telah membuktikan, bagaimana dalam episod black Hawk Down, pengorbanan tentera Malaysia di Mogadishu, Somalia walaupun cuba dipadamkan catatan sejarah tersbeut dalam filem Black Hawk Down.
  • Walaubagaiamanapun baru-baru Pemangku Penolong Setiausaha Negara Biro Hal Ehwal Politik Tentera AS, Tom Kelly mengakui dan mengucapkan terima kasih dengan jasa dan pengorbanan tentera Malaysia yang begitu berani mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan tentera elit AS yang ketika itu terperangkap dalam serangan militan Somalia.

Kami yakin, dengan bajet Kementerian Pertahanan yang besar sepertimana yang diumumkan dalam Bajet kerajaan Malaysia, kita mampu melakukan pembelian senjata dan kelengkapan ketenteraan yang lebih berkualiti pada harga yang munasabah jika diuruskan dana dengan lebih cekap, penuh amanah & bertanggungjawab serta dijauhkan oleh kelompok yang lebih mengutamakan keuntungan poket mereka sendiri berbanding kepentingan keselamatan negara. 

Selanjutnya

Kisah Suami Setia Yang Hidup dan Tidur Dengan Mayat Isteri Selama 10 Tahun

Kisah Suami Setia Yang Hidup dan Tidur Dengan Mayat Isteri Selama 10 Tahun | Kisah Encik Le Van, 63, yang tidur dengan mayat isterinya selama bertahun-tahun, sehingga menarik minat media tempatan dan antarabangsa beberapa tahun yang lalu. Pentadbiran tempatan meminta dia untuk mengebumikan isterinya tetapi dia enggan. Lelaki ini telah hidup dan tidur dengan isteri yang telah mati selama hampir sepuluh tahun. 


Encik Le Van dari Bandar Ha Lam, Daerah Binh Thang, Wilayah Tengah Quang Nam dan isterinya, Pham Thi Suong tidak suka antara satu sama lain tetapi mereka masih berkahwin. Ibu bapa mereka adalah jiran rapat dan mereka berjanji untuk mengahwinkan anak-anak mereka apabila kanak-kanak membesar. Pasangan itu jatuh cinta selepas perkahwinan mereka dan mereka hidup dalam kebahagiaan. "Mereka tukang kayu dan sebuah keluarga kaya tetapi Van terlibat dalam loto haram jadi status ekonomi mereka terus merudum. Namun, cinta mereka masih kekal. Van tidak membenarkan isterinya bekerja keras. Mereka mempunyai tujuh anakk, "kata seorang jiran. 

Kerana hidaup kesukaran, Van terpaksa menjual rumah yang luas untuk membina sebuah rumah yang lebih kecil. Beliau juga berhenti pertukangan untuk menjadi pengeksploitasi batu manakala isterinya penjual kemenyan. Walaupun cerita Le Van ini bukanlah sesuatu yang baru tetapi ramai yang masih tertanya-tanya tentang sebab mengapa seorang lelaki menggali kubur isterinya untuk membawa pulang mayat isterinya untuk tinggal bersamanya walaupun ditentang oleh jiran dan pihak berkuasa tempatan. Mengapa seorang lelaki yang sihat mempunyai tingkah laku yang ganjil? Adakah isteri yang mati telah dikebumikan semula? 

Temuramah bersama Van menyatakan "Pada masa itu (Februari 2003), saya bekerja di Central Highlands apabila keluarga saya dipanggil untuk memberitahu saya tentang kematian isteri saya. Saya pulang ke rumah dengan segera dan cuba menghalang orang menanam isteri saya. Seseorang berkata saya gila dan jika mati itu tidak dikebumikan, jiwanya tidak akan disimpan. Jadi saya membiarkan mereka melakukan apa sahaja yang mereka mahu. Satu tahun kemudian, pada malam yang hujan, saya pergi ke tanah perkuburan untuk menggali mayat isteri saya. Saya meletakkan mayat di dalam beg. 

Takut dikesan, saya menggali lubang kecil, meletakkan beliau di dalam dan mengisinya. " Sejak itu, beliau tidak dapat tidur pada waktu malam, memikirkan bagaimana untuk membawa pulang isteri yang telah mati. Dia membeli plaster, simen, pasir dan gam dan tinggal di tanah perkuburan kemudian hari untuk membuat patung isterinya kemudian dia meletakkan mayat isterinya menjadi patung. "Selepas dua bulan, saya berjaya menyelamatkan isteri saya. Anak-anak saya begitu terkejut apabila saya membawa pulang patung. Pada mulanya mereka hanya memikirkan bahawa kerana saya terlalu merindukan isteri saya sehinggakan saya membuat patung itu. Apabila saya memberitahu mereka kebenaran, mereka panik," Ujar Van. 



Anak-anak fikir dia mungkin bergurau tetapi dia membawa mereka ke tanah perkuburan dan menunjukkan mereka keranda yang kosong, hanya selimut yang koyak di dalam. Mereka terkejut. Mereka cuba memujuk Van untuk menanam ibu mereka kembali semasa saudara Van mengkritik dia kerana melanggar adat dan etika. Bagaimanapun, beliau tidak peduli dan menegaskan bahawa isterinya masih hidup. Cerita Le Van telah mengejutkan media tempatan dan asing. Encik Tran Trong Sanh, Pengerusi bagi bandar Ha Lam, berkata pada 2005 kerajaan tempatan menerima aduan orang ramai kes Van ini. 

Penduduk tempatan menyatakan mereka bimbang pencemaran alam sekitar dan kesan sosial. "Pihak berkuasa tempatan meminta Van untuk menanam isterinya lagi dan lelaki itu bersetuju. Tetapi beberapa waktu kemudian, orang tempatan terus mengadu bahawa Van masih memegang sisa-sisa di dalam rumah. Kami telah melakukan semua cara tetapi dengan sifat konservatif dan ketaksuban Encik Van, kejadian itu belum diselesaikan lagi," kata Sanh. Van telah hidup dengan mayat isteri yang telah mati itu selama hampir 10 tahun, walaupun mendapat pandangan aneh orang lain. Beliau kadang-kadang singgah kekedai kosmetik membeli alatan kosmetik. 

Pada mulanya, ramai yang menganggap beliau membeli kosmetik untuk anak-anak perempuannya tetapi ternyata bahawa kosmetik yang dibelinya adalah untuk isteri yang telah mati. Dia membeli gincu dan bedak untuk membuat patung. Beliau juga membersihkan patung isterinya setiap hari. Katanya, beliau bertanggungjawab untuk mencantikkan beliau "isteri." "Mari kita lihat! Isteri saya adalah secantik ratu kecantikan terkenal dan model. Kecantikannya boleh dibandingkan dengan Lady Kieu Nguyen Du," katanya. (Kieu adalah seorang wanita yang cantik dalam kerja-kerja yang terkenal di dunia "The Tales of Kieu" oleh penyair besar Nguyen Du pada abad ke-18-19th.) Van juga membeli kain untuk membuat pakaian untuk patung. 

"Apabila isteri saya masih hidup, dia tidak pernah memakai pakaian yang bagus jadi sekarang saya perlu membuat banyak pakaian yang bagus untuknya. Saya menukar pakaian untuk dia dua kali sehari. Orang kata saya gila kerana saya menjaga mayat tetapi saya percaya bahawa dia selalu dengan saya. Saya pasti akan tidur dengan mayat beliau sehingga saya mati," disahkan beliau.

Selanjutnya

Rupa Sebenar Di Sebalik Hantu Juon Filem Seram Jepun

Rupa Sebenar Di Sebalik Hantu Juon Filem Seram Jepun | Pernah tonton Filem Seram Ju-On dulukan? Ejeninfooo yakin mesti korang pernah tengok cerita seram tu. Dan mesti ada yang terjerit-jerit takut semasa menonton kat panggung wayang. Pernah tau tak wajah sebenar pelakon hantu Juon tu. Apapun rupa dia yang sebenar sangat comel. Tak caya tengok di bawah ni.








Selanjutnya

Inilah Lina Medina Umur 5 Tahun - Ibu Paling Muda Dalam Sejarah Perubatan

Inilah Lina Medina Umur 5 Tahun - Ibu Paling Muda Dalam Sejarah Perubatan | Lina Medina lahir pada tarikh 27 September 1933, di Ticrapo Huancavelica, Peru merupakan ibu paling muda dalam sejarah perubatan, dia melahirkan anak pada usia lima tahun, tujuh bulan dan 21 hari. Medina dibawa ke hospital oleh kedua ibubapanya pada usia lima tahun kerana perubahan saiz perutnya.

Beliau awalnya mereka menyangka Medina mempunyai ketumbuhan, tetapi Doktor mengesahkan bahawa Medina sedang hamil 7 bulan. Dr Gerardo Lozada kemudian membawanya ke Lima, Peru, untuk mendapatkan oandangan pakar yang lain yang akhirna mengesahkan bahawa Medina sedang hamil. Satu bulan setengah kemudian, pada tanggal 14 Mei 1939, Medina melahirkan anak lelaki dengan cara pembedahan kerana Medina masih kecil dan mungkin membahayakan nyawanya jika bersalin secara normal.



Pembedahan dilakukan oleh Dr Lozada, Dr Busalleu, dan Dr Colareta. Kesnya dilaporkan secara terperinci oleh Dr Edmundo Escomel dalam jurnal perubatan La Presse Médicale. Anak Medina dilahirkan dengan berat 2.7 kg dan diberikan nama Gerardo seperti nama doktornya. Jurnal perubatan juga mencatatkan bahawa hormon Medina telah matang, dia juga telah mengalami kitaran haid sebelum dia berusia 5 tahun lagi dan ini merupakan salah satu sebab bagaimana dia boleh hamil pada usia yang sangat muda. Gerardo dibesarkan dengan mempercayai bahawa Medina adalah kakaknya, namun pada usia 10 tahun beliau baru mengetahui Medina sebenarnya ibunya. 

Gerardo membesar dengan sihat namun pada tahun 1979 beliau meninggal dunia pada usia 40 tahun kerana penyakit sumsum tulang. Medina langsung tidak mendedahkan siapakah sebenarnya ayah kepada anaknya atau bagaimana dia mengandung. Namun begitu Bapa kepada Medina pernah ditahan atas tuduhan serangan sek sual keatas Medina namun dilepaskan kerana tiada bukti yang kukuh. 




Semasa dewasa, Lina bekerja sebagai setiausaha di klinik Dr Lozada di Lima. Dr Lozado juga yang bertanggungjawab memberinya pendidikan dan membantu anaknya belajar di sekolah tinggi. Medina Kemudian berkahwin dengan Raúl Jurado pada tahun 1972. Pada tahun 2002, Medina sekeluarga tinggal di sebuah daerah di Lima yang dikenali sebagai Chicago Chico atau Little Chicago. Medina enggan ditemubual dengan sebarang wartawan berkenaan kisahnya itu.

Selanjutnya