Monday, 24 November 2014

Kisah Pak Amir Suami Sangat Setia Yang Membuatkan Ramai Wanita Akan Terpesona

Kisah Pak Amir Suami Sangat Setia Yang Membuatkan Ramai Wanita Akan Terpesona | Pada satu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Amir tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Amir.



Pari-pari: "Kenapa dengan kau?"
Pak Amir: "Kapak aku terjatuh ke dalam tasik."
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.
Pari-pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak."
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.
Pari-pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Tidak, kapak aku buruk sahaja."
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.
Pari-pari: "Inikah kapak kamu?"
Pak Amir: "Ya, itulah kapak buruk aku."
Pari-pari Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.
Pada hari lain pulak. Pak Amir berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Amir susah hati. Maka datanglah Pari-pari Tasik kepada Pak Amir..
Pari-pari: "Kenapa kau bersedih?"
Pak Amir: "Isteriku jatuh ke dalam tasik."
Pari-pari pun menyelam dan kembali bersama Emma Maembong.
Pari-pari: "Inikah isteri kau?"
Sambil menangis Pak Amir menjawab... "Ya, itulah isteriku.."
Pari-pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak?"
Sambil menahan pilu Pak Amir menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Emma Maembong... kau akan bawakan pula Luna Maya... kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku... bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku... Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua..."



Selanjutnya

Saturday, 22 November 2014

Jangan Terkejut Lihat Apa Yang Ular Ini Makan

Jangan Terkejut Lihat Apa Yang Ular Ini Makan | Ular merupakan reptilia yang sangat ditakuti oleh ramai orang kerana semulajadinya yang menggelikan dan berita-berita ganas tentangnya yang banyak dimainkan oleh media massa. Gambar di bawah bakal mengubah persepsi anda. Jangan terkejut lihat apa yang ular ni makan.....via dairishare.







Selanjutnya

Friday, 21 November 2014

11 Gambar Kahwin Nikah Syarif Sleeq dan Malaque Mahdaly. Tahniah!

11 Gambar Kahwin Nikah Syarif Sleeq dan Malaque Mahdaly. Tahniah! 22 November 2014 | Tahniah diucapkan kepada penyanyi Kumpulan Sleeq iaitu Syarif atau nama sebenarnya Ahmad Syarifullah Ahmad Soribah, 25, kerana telah sah menjadi suami kepada pasangannya Malaque Mahdaly, 25, pada pukul 10.30 pagi Sabtu di Singapura. Pasangan pengantin itu turut secocok dengan busana pengantin bertemakan Arab yang direka khas oleh pereka fesyen terkenal singapura iaitu Lulu Alhadad. Semoga bahagia sampai ke syurga. via melvister.














Selanjutnya

Thursday, 20 November 2014

Wanita India Hina Melayu Secara Terbuka Di Facebook

Wanita India Hina Melayu Secara Terbuka Di Facebook | Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Preety Sha Raj telah memuatnaik satu kenyataan yang menggunakan kata-kata kesat menghina bangsa melayu secara terbuka di Facebook. Anda boleh baca sendiri kenyataannya yang macam bukan seorang dewasa. Kenapa dia marah sangat eh. Takkan bergoyang kalau tiada angin kan? 



Jika benar kenyataan sebegini dimuat naik oleh warganegara Malaysia, kamil berharap pihak berkuasa menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan tegas kalau disabitkan bersalah. Apa pula pendapat anda? via KatakComel.



Selanjutnya

Wednesday, 19 November 2014

Rahsia Tips Badan Sasa Zain Saidin Suami Che Ta Yang Ramai Tak Tahu

Rahsia Tips Badan Sasa Zain Saidin Suami Che Ta Yang Ramai Tak Tahu | Kami lihat sekarang ni ramai selebriti mula aktif masuk ke gimnasium demi untuk mendapatkan tuduh sasa atau dalam bahasa pasarnya, badan ‘sado‘. Salah seorang daripadanya ialah tak lain tak bukan pelakon kacak yang baru sahaja bergelar bapa kepada bayi comel, Aaisyah Dhia Rana iaitu Zain Saidin.


Ternganga juga kami apabila melihat foto terbaru yang dimuat naik oleh Zain dalam Instagramnya. Perubahan mendadak okay! Tangan dah berketul-ketul. Huhu. Nak tahu apa rahsianya? Kenalah baca sampai habis dulu.


Ha.. Siapa kata hanya wanita sahaja yang perlu pasang badan lepas dapat anak? Rasanya jejaka-jejaka di luar sana pun dah boleh jadikan Zain sebagai idola. Takdelah nak condemn si isteri sahaja sedangkan perut para suami pun makin maju kedepan. Zain juga ada berkongsi beberapa video semasa dia sedang work out di gimnasium. Rupa-rupanya, inilah rahsia sebenar Zain dapat badan ‘sado’.

 
Nah! Tengok sendirilah macam mana Zain berusaha nak dapat badan mantap macam sekarang ni. Yeah. No pain no gain lah kan? via Ohbulan.

Selanjutnya

Siapakah Pemain Bola Sepak Popular Malaysia Yang Ternak Lembu Untuk Masa Depan ni ?

Siapakah Pemain Bola Sepak Popular Malaysia Yang Ternak Lembu Untuk Masa Depan ni ? | Seorang pemain bolasepak popular melangkah ke bidang penternakan lembu sebagai projek untuk masa hadapan. Beliau yang baru baru ini di iktiraf sebagai penyerang terbaik bolasepak Malaysia di Anugerah Bolasepak Kebangsaan yang berlangsung baru-baru ini.


Tidak lain dan tidak bukan beliau adalah Nor Farhan Muhammad yang lebih dikenali dengan nama Ben 10 atau Paan di kalangan rakan dan peminat setianya. Beliau yang sebelum ini mewakali Pasukan Bolasepak Terengganu negeri kelahirannya untuk musim 2014, dan pada musim baru yang akan datang 2015. Norfarhan kembali mewakili Pasukan Kelantan selepas berjaya meraih banyak kejayaan bersama pasukan itu pada tahun 2012 dan 2013.


Walaupun terpilih sebagi Penyerang terbaik Nor Farhan tidak terpilih untuk mewakili Skuad Harimau Malaya untuk saingan Piala AFF Suzuki yang bakal berlangsung pada 22 November ini. Tidak mengapa lah Paan anda sememang nya terbaik terus kan usaha anda walaupun menternak lembu sementara menunggu musim 2015 bersama pasukan The Red Warriors 2015, selamat berjaya Ben 10. via aans1.



Selanjutnya

Wan Kuzain 17 Tahun Dari Amerika Syarikat Bakal Ke Pasukan Selangor

Wan Kuzain 17 Tahun Dari Amerika Syarikat Bakal Ke Pasukan Selangor | Tersebar desas desus mengatakan Wan Kuzain Wan Kamal yang berumur 17 tahun bakal bermain bola sepak untuk pasukan Selangor pada saingan Liga Super Tahun 2015. Bagi yang tak kenal, Wan Kuzain merupakan pemain muda Malaysia yang bermain untuk pasukan bola sepak USA Bawah 17 Tahun dan dikenali ramai di sana sebagai Messi USA. Beliau dijangka bakal menerima gaji yang sangat lumayan untuk mewakili pasukan Selangor nanti. Doakan yang terbaik untuk beliau.

BIODATA WAN KUZAIN WAN KAMAL


Nama: Wan Kuzain Wan Kamal 
Tarikh Lahir : 14 September 1998
Tempat Lahir: Amerika Syarikat
Kelab: St. Louis Scott Gallagher (SLSG)
Tempat Tinggal: Carbondale, Illinois, Amerika Syarikat
Nama Ayah:  Prof. Dr. Wan Kamal Wan Napi
Nama Ibu: Tiada Maklumat 
Pencapaian: Kuzain menerajui SLSG untuk menjadi juara kejohanan bawah 14 tahun lelaki dalam Piala Juara NPL (National Premier League) yang dianjurkan persatuan kelab bola sepak Amerika Syarikat.



Media USA mengibaratkan Wan Kuzain sebagai Lionel Messi Amerika Dalam pembikinan.
Pada tahun 2013 Wan Kuzain telah dipanggil oleh Pasukan Bola Sepak USA bawah 17 tahun untuk menyertai kem latihan untuk persediaan Piala Dunia Bawah 17 tahun di Chile, 2015.

Wan Kuzain pernah dicuba oleh pasukan Feyenord pada 28 Feb 2014 tetapi tidak berjaya.

Selanjutnya