Monday, 29 December 2014

3 GAMBAR Seorang Lelaki Cuba Menyelamatkan Motorsikal Dari Dihanyut Banjir

3 GAMBAR Seorang Lelaki Cuba Menyelamatkan Motorsikal Dari Dihanyut Banjir | Hanya orang yang mempunyai motorsikal je tahu perasaan lelaki ini... Berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan motorsikal dari dihanyut air deras banjir. Apa yang terjadi akhirnya amat menyedihkan...Kita doakan lelaki itu selamat la hendaknya.. Sesiapa ada info tentang nasib lelaki atau motorsikalnya sila beritahu kami ya. via segenapdimensi.






Selanjutnya

Anda Pasti TERSENTUH HATI Melihat Video Ayah Ini MENIDURKAN Anaknya Ketika BANJIR KELANTAN

Anda Pasti TERSENTUH HATI Melihat Video Ayah Ini MENIDURKAN Anaknya Ketika BANJIR KELANTAN | Jika hanya mendengar alunan suara seorang ayah mendodoi anaknya tidur, tiada apa yang pelik. Hanya alunan zikir biasa. Tapi selepas melihat buaian dan suasana di sekeliling anak ini, kami turut rasa sayu dan hiba. Kotak polisterin pun boleh jadi buai bila dalam situasi banjir begini asal saja anak tak menangis.


Inilah kasih ayah pada anaknya yang masih kecil dan tidak mengerti apa yang berlaku di sekelilingnya. Lihat video di bawah:


Salute pada ayah ini. Kredit: The Vocket.



Selanjutnya

9 GAMBAR : Rumah Mewah Milik MR. BEAN Yang MENAKJUBKAN !!!

9 GAMBAR : Rumah Mewah Milik MR. BEAN Yang MENAKJUBKAN !!! | Walaupun suka kelihatan bodoh dalam kebanyakkan film tv, tetapi Mr. Bean tidak lah bodoh dalam hidup nyatanya. Bahkan dia mempunyai isteri yang cantik. Putra putrinya juga kacak dan cantik.

Selain itu, Mr. Bean juga mempunyai harta kekayaan yang melimpah ruah dan tidak  hairanlah dia mempunyai rumah besar yang luar biasa mewah. (via Dairishare)

Sekilas Profil keluarga Mr.Bean & keluarganya:

NAMA: ROWAN SEBASTIAN ATKINSON a.k.a Mr.Bean
Tempat dan tarikh lahir: Newcastle, 9 Januari 1955
Isteri: Sunetra sastry
Anak lelaki: BENJAMIN ATKINSON
Anak perempuan: LILY ATKINSON

Dan ini sekilas prestasi dan impian Mr. Bean:

# Pernah memegang watak dubbing untuk suara Disney Zazu dalam filem The Lion King pada 1994
# Menjadi penulis dengan menulis artikel untuk CAR ( British car magazine).
# Isterinya adalah make-up artis
# Mr. Bean juga mempunyai lesen untuk untuk memandu kenderaan jenis berat (license HGV-Heavy Good Vehicle)
# Ada harta hampir 60 juta pound











Selanjutnya

Sunday, 28 December 2014

Cara SURI RUMAH Ini Mendapat Duit SIDE INCOME Sangat MENARIK Untuk Dilakukan Oleh SEMUA !!!

Cara SURI RUMAH Ini Mendapat Duit SIDE INCOME Sangat MENARIK Untuk Dilakukan Oleh SEMUA !!! | Lazimnya apabila kita fikir tentang bisnes, kita fikir modal besar dengan risiko yang besar juga. Dengan sedikit idea kreatif, kita boleh terlibat dalam bisnes, dengan modal rendah, dan boleh juga jadi percuma.


Puan Zuraida Noordin, seorang usahawan dan konsultan prinsipal di KAMI (Kemahiran Asas Matematik Integrasi), dalam facebooknya menyebut satu idea mudah menjana pendapatan. Ikuti penulisannya di bawah ini: 

Senangnya rasa di hati apabila buka sahaja almari, semua baju dan seluar sudah rapi digosok. Kadar upah menggosok di kedai-kedai dobi ialah RM1 sehelai. 

Seandainya seorang surirumah menggambil upah menggosok pakaian jiran dengan kadar yang sama, sehari ada 30 helai, sebulan? 

30 helai x RM1 x 26 hari = RM780 
Tolak kos elektrik katakanlah RM80 Jumlah bersih – RM700 
Dan apabila wang tersebut hanya untuk dibuat sebagai simpanan; 
 RM700 x 12 bulan = RM8,400 

Wah!!! Tiap-tiap tahun boleh pergi Ostolia! 

Modal : Sebuah seterika hadiah ketika majlis perkahwinan Ini baru betul ‘Iron Lady’... Mudah kan ? Sumber: TheVocket.




Selanjutnya

Kisah Seoranng Ayah Ketika BANJIR Yang Sangat MENGHARUKAN !!!

Kisah Seoranng Ayah Ketika BANJIR Yang Sangat MENGHARUKAN !!! | Malaysia kini dalam suasana bersedih. Banyak negeri yang terlibat dengan banjir. Harta benda musnah. Rumah ada yang hanyut. Ada juga yang kehilangan ahli keluarga. Tapi disebalik musibah, masih ramai yang melihat segala yang terjadi dari sudut positif. Kami ingin kongsikan nukilan Muhammad Rusydi untuk tatapan anda hari ini. Semoga ia memberi sedikit keceriaan untuk anda.


Rumah kami terkepung dengan air banjir. Menyesal pula balik bercuti di kampung hujung minggu. Sekarang, dah tak boleh keluar dari sini. Nasib baiklah rumah ni di kawasan tinggi sikit. Tapi, kawasan yang lain yang tenggelam. Jalan utama dah tutup. Jawabnya, berkampung dalam rumah sehinggalah air banjir surut. 

Adik-beradik lain ada di rumah sama. Balik sebab nak kemas-kemas bilik masing-masing. Takut barang-barang kesayangan dibawa air. Yang peliknya, abah nampak happy. Aku pun pelik. Adik-beradik lain pun pelik. Dahlah streamyx pun dah terputus, tiang dah tumbang. Internet fon bukan main siput lagi. Bosan kot duk rumah ni. Nak-nak, seminggu nak hidup dalam banjir. Nak tengok tv, tak ada cerita best. Nak layan movie di laptop, bosan ulang tayang benda sama. Nak turun dari rumah main air banjir, nanti demam pula tak pasal-pasal. 

Last-last, duduk sajalah dalam bilik. Tidur. Lepas Isyak, abah panggil semua anak-anaknya berkumpul. Abah suruh : “Semua ambil Al-Quran, tunggu di ruang tamu.” Aku pun dengan malas ambil Al-Quran dan tunggu. Adik-beradik lain pun nampak malas juga. Maklumlah sibuk dengan henpon masing-masing. Dah besar-besar belaka dah pun. Semua umur 22 ke atas. Memang dah season berpasangan belaka. Dah beberapa orang yang kahwin. 

“Semua dah ada ya. Baiklah, abah nak tanya, berapa umur abah sekarang?” Angah menjawab : “67 tahun. Kenapa abah?” Abah senyum. “Rasulullah s.a.w. umur 63 tahun wafat. Bermakna abah sekarang dah guna umur subsidi 4 tahun.” Along pula mencelah. “Kita nak baca Ya Sin ke malam ni? Siapa yang meninggal?” Abah menggelengkan kepala. “Malam ni, abah nak setiap seorang baca Al-Quran depan abah. Biar abah dengar dan check, betul atau tidak bacaan kamu.” 

Kami semua tersentak seketika. Angah bersuara, “Tapi, kami dah dewasa. Dah umur 20, 30 tahun dah. Dah boleh baca sendiri, abah.” Abah senyum. “Bila kali terakhir kamu baca Al-Quran depan abah?” Semua terdiam. Abah menyambung kata, “Seingat abah, kali terakhir setiap dari kamu baca depan abah, masa akhir sekolah rendah. Kemudian, khatam. Lepas tu, setiap dari kamu sibuk dengan study, kejar cita-cita masing, hinggalah dapat kerja dan berkeluarga. Jarang ada di rumah lagi.” Along mencelah pula, “Maksud abah? Kami tak faham.” Abah senyum manis. “Adakah abah hanya layak periksa bacaan anak-anak masa kamu semua masih kecil saja? Tak kan?” 

“Akhir-akhir ini, abah banyak berfikir. Kerja mengajar Al-Quran pada anak-anak sepatutnya kerja abah seumur hidup. Supaya setiap hari, abah dapat pastikan anak-anak baca Al-Quran. Hidup dengan Al-Quran. Tapi, abah perhati, misalnya bila kamu balik kolej, tak ada pun anak-anak abah nak datang dekat abah, baca Al-Quran seperti kamu kecil-kecil dulu. Balik kampung, tak pernah abah dengar antara kamu baca Al-Quran walaupun berseorangan. Semuanya asyik dengan hal masing-masing. Abah rasa abah gagal sebagai seorang abah. Abah dah tua begini. Baru abah sedar kesilapan abah. 

Abah dah tengok anak-anak abah berjaya di dunia. Belajar bagus, kerja pun alhamdulillah. Tapi, dari sudut akhirat, abah rasa dukacita. Abah tak menyediakan anak-anak abah dengan jiwa Al-Quran. Andai baca pun jarang, bagaimana nak beramal dengan isi dalam Al-Quran itu? Jauh sekali.” Kami semua terdiam lama. Sebak. Terasa ke lubuk kalbu. Akui memang Al-Quran dipinggirkan dalam kehidupan sehari-hari selama ini. “Abah dah tua, abah harap abah belum terlambat untuk mengajar Al-Quran pada kamu semua balik. Harap sangat.” 

Along ke depan abah. Dengan linangan air mata. Angah pun sama turut menangis. Aku pun dah menitis air mata sama. “Along nak baca dulu, abah. Bagi along baca dulu. Abah periksa bacaan along dulu.” Abah senyum, namun aku nampak air matanya jatuh saat mendengar anaknya seorang demi seorang membaca Al-Quran di hadapannya. Seolah-olah berkata dalam hatinya, Abah takkan putus asa. Selagi ada masa tersisa.” Kredit: TheVocket.



Selanjutnya

12 GAMBAR : Inilah HASIL MENGEJUTKAN Selepas Pintu Empangan Patani Dibuka !!!

12 GAMBAR : Inilah HASIL MENGEJUTKAN Selepas Pintu Empangan Patani Dibuka !!! | Setelah pintu Empangan Banglang - Bendang Setar - Jala. di buka Penduduk tempatan beramai2 datang menyaksi Air yang dilepaskan dan ada yang datang untuk menangkap ikan yang keluar dari pintu Empangan yang di buka. Inilah hasilnya. via siakapkeli.
















Selanjutnya

Pesanan Mesej ZIZAN RAZAK Kepada Ayah EMMA MAEMBONG Yang Agak MENGEJUTKAN !!!

Pesanan Mesej ZIZAN RAZAK Kepada Ayah EMMA MAEMBONG Yang Agak MENGEJUTKAN !!! | Pelawak terkenal, Zizan Razak menyatakan majlis perkahwinannya dengan kekasihnya, Emma Maembong akan diadakan secara sederhana mengikut permintaan bapa wanita itu iaitu Ismail Embong....


“Andai kata saya berkahwin dengan Emma nanti, saya akan menghormati permintaan bapanya kerana saya faham orang tua kadang-kadang lebih suka ia dilakukan secara sederhana sahaja....

“Namun saya juga milik masyarakat dan perlu berlaku adil kepada peminat dan masyarakat yang ingin meraikan bersama hari perkahwinan tersebut,” katanya......via penghulubelantara.



Selanjutnya