Wednesday, 24 December 2014

Inilah Pencuri Yang SANGAT PELIK.. Apa Yang Bakal Anda Saksikan Amatlah MENGEJUTKAN !!!

Inilah Pencuri Yang SANGAT PELIK.. Apa Yang Bakal Anda Saksikan Amatlah MENGEJUTKAN !!! | Kes ini berlaku di Wilayah Shaanxi China.. Pihak polis berjaya menahan seorang pencuri yang berkerja di sebuah penginapan. Pencuri ini ditahan atas kesalahan yang terlampau...Oleh kerana dia berkerja di penginapan tersebut, dia memiliki kunci semua bilik. Menurut undang-undang di china, pencuri ini akan berhadapan dengan penjara yang serius dan sesi psikologi….jom tengok sepenuhnya…..ada lebih 2,000 item yang dia telah curi…Aiyaaa... via ohsenyum.










Selanjutnya

Tuesday, 23 December 2014

KISAH BENAR ... AWAS !!! Siti Balqis Elias Dirompak, Dibelasah Dan Hampir Dituttttt di Parking KTM Nilai !!!

KISAH BENAR ... AWAS !!! Siti Balqis Elias Dirompak, Dibelasah Dan Hampir Dituttttt di Parking KTM Nilai !!! | Assalamualaikum dan hi semua. Ketika saya menaip kisah ini, tangan masih menggigil, fikiran masih terbayang-bayang apa yang terjadi malam itu. Saya ingin berkongsi pengalaman tragik, kisah balik kerja yang selalunya gembira bertukar menjadi pengalaman ngeri yang pasti tidak dapat dilupakan sampai bila-bila.


Pada malam Jumaat 18/12/2014 sekitar jam 9.45pm, saya telah dirompak, dicederakan, dan hampir dirogol di dalam kereta sendiri di kawasan parking stesen KTM Batang Benar, Nilai. Ye ini kisah benar, di laluan seharian saya pergi balik kerja, siapa sangka ada mata yang memerhati. Siapa yang biasa naik komuter di stesen KTM Batang Benar akan tahu betapa sunyinya kawasan tersebut especially pada waktu malam, dan kalau dapat parking dekat belakang memang akan tahu betapa jauhnya kawasan parking tu macam dekat hujung dunia. Even setiap pagi datang seawal pukul 7 lebih macam tu, parking bahagian depan memang dah sentiasa penuh jadinya setiap hari memang akan dapat parking yang nun jauh ke belakang. Kalau balik malam, memang tawakkal lah masa jalan nak pergi parking.


Malam tu, balik kerja macam biasa. Sampai stesen, jalan macam biasa jugak sambil bawak beg laptop dan handbag pergi parking. Tak sangka rupanya ada yang dah aim. Dipendekkan cerita, saya masuk je kereta, start enjin, tiba-tiba sebuah kereta kancil putih WGR7586 park dekat sebelah. Keluar seorang lelaki india, berhelmet, pakai glove pecahkan cermin kereta bahagian driver dengan hammer. Kejadian berlaku sangat pantas, saya melawan tetapi dia berjaya merampas beg laptop saya dan juga handbag yang mengandungi beg duit dan dokumen pengenalan diri. Saya membunyikan hon tetapi ditumbuk kerana melawan. Bila barang dah kena amek, i thought it was over but i was wrong saya baru sedar yang kunci kereta saya ada dengan dia. Saya merayu agar dipulangkan kunci kereta tapi dia ugut suruh saya duduk ke seat sebelah kalau saya nak selamat, saya refused tetapi saya ditumbuk lagi dan dia masuk dalam kereta dan menarik tudung saya dengan kasar. Allahu allah. Di seat yang sama dia drive kereta saya ke hujung kawasan parking dengan niat ingin merogol. Saya menjerit masih cuba untuk melawan tetapi saya dicekik, ditumbuk, dan ditekup hidung agar susah untuk bernafas. Hanya Allah yang tahu apa yang saya rasa masa tu, saya sangat takut kerana saya sudah tiada kekuatan lagi untuk melawan. Ya Allah tolonglah hambamu ini, saya berdoa dan bertawakal. In within few seconds, tiba-tiba orang jahat tu melarikan diri. Alhamdulillah, Allah selamatkan diri saya dari dirogol dengan menghadirkan train yang kebetulan sampai di stesen pada waktu itu.

Alhamdulillah syukur diri ini selamat.

Dan alhamdulillah handphone saya masih berada dengan saya pada waktu itu. Saya call ayah dan juga pihak Polis. Okay guys as a reminder tolong simpan nombor polis area rumah anda. Silap saya tak simpan nombor polis dan hanya dial 999 jadinya agak lambat proses untuk mendapat bantuan tu.

Yes my bad. Mujur ayah saya sampai dahulu di tempat kejadian. Beberapa minit kemudian polis pun sampai dan saya diarah untuk pergi membuat laporan di Balai Polis Nilai. Alhamdulillah laporan pertama selesai dibuat cuma apa yang saya kesalkan apabila saya diminta untuk berjumpa dengan seorang inspektor wanita untuk laporan kedua, insp itu menyuruh saya tunggu kejap kerana dia cakap ada kerja yang dia kena buat whereby she needs to submit it before 12.00 am. Masa tu dah pukul 11 lebih. Saya faham pihak polis sangat sibuk, banyak laporan diterima setiap hari tetapi dalam hati saya terdetik tak penting ke kes saya ni. Tidak mengapa saya menunggu dan setelah kerjanya selesai saya diminta bercerita kembali mengenai kejadian yang berlaku tadi. Okay selepas itu, saya diarah untuk ke crime scene.

Di sana, macam biasa gambar kereta diambil dan alhamdulillah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga apabila ada beberapa evidence yang ditinggalkan orang jahat tu. Cuma soalan saya kenapa polis tidak memakai glove semasa mengambil evidence, kenapa tidak diletakkan di dalam plastik yela macam yang kita selalu tengok dalam tv kan. Saya hanya mendiamkan diri, mungkin mereka lebih arif akan hal ini. Setelah polis pergi, saya terjumpa lagi 2 evidence iaitu cebisan glove (bahagian jari) yang dipakai orang jahat tu dan pisau. Saya pergi semula ke balai polis tadi. Cuma agak kecewa bila polis cakap, “Laa pakai glove ke?” And I was like saya rasa saya dah beritahu semasa diambil keterangan dan walaupun dia pakai glove manalah tahu sebelum dia pakai dia ada pegang evidence tersebut kan? Dan cebisan glove yang saya jumpa tu adalah cebisan bahagian jari jadi mungkin ada possibilty boleh kesan cap jari. Ke anggapan saya ni salah? Selain itu, saya ingat stereng kereta saya akan diperiksa kesan cap jari, tetapi tidak. Hmm saya kurang arif mengenai hal ini, maafkan saya kalau teori saya ni salah dan bukan niat saya ingin mempersoalkan kerja polis, saya cuma tertanya-tanya kenapa. Mungkin mereka lebih mengetahuinya.

Dear Malaysians, walaupun laporan polis telah dibuat tetapi saya berharap agar anda dapat membantu saya mencari WGR7586, PERODUA KANCIL PUTIH. Polis mengatakan bahawa kereta tu kereta curi, walaupun kereta curi tapi sekurang-kurangnya kalau jumpa kereta itu balik at least tuan punya kereta yang sebenar dapat balik kereta dia yang hilang tu. Sekali lagi, tolong laporkan kepada mana-mana balai polis berhampiran jika ternampak kereta PERDOUA KANCIL PUTIH WGR7586. Suspek merupakan seorang lelaki india, kurus, ketinggian sederhana. Tolong bantu saya membantu pihak polis menyelesaikan kes ini.

One more thing, kepada pihak pengurusan KTM Batang Benar, sampai bila nak biarkan kawasan parking tu macam tu? Saya diberitahu kes ini bukan yang pertama. Untuk makluman, emak saya telah datang ke kaunter KTM kerana saya memberitahu di situ ada CCTV so maybe we could figure out something. Jadi emak saya menceritakan kembali apa yang terjadi malam tersebut kepada petugas kaunter. Yang menariknya bila nak suruh replay balik, mula-mula remote rosak lah, lepas tu bila dah betulkan remote still tak boleh nak replay balik. Sampai ke sudah tak boleh nak buat apa. Yes the CCTVs are functioning tapi "live" macam tu jela tak boleh nak search history. So semua CCTV yang ada tu are for display only ke? Apa guna ada CCTV kalau macam kan. Saya menaiki komuter dari Batang Benar ke KL Sentral hampir setiap hari dan ramai juga yang menggunakan kemudahan servis komuter ini. Jadi saya sangat berharap agar ada tindakan yang diambil dan kejadian seumpama ini dapat dielakkan. Ye, petugas kaunter cakap akan buat report, tetapi jangan sekadar report je please take some action tolong jangan lepas tangan. Dulu ada RELA yang jaga kejap dalam sebulan dua kalau tak silap saya, tetapi dah lari kerana katanya pihak pengurusan tak membayar gaji mereka. Jadi adakah kerana sikap pentingkan diri sesetengah pihak, keselamatan pengguna dibiarkan begitu sahaja? Macam tu? Adakah saya kena report dekat program 999, panggil Hazlin Hussain datang baru semua nak turun padang?

Mungkin pada pandangan sesetengah pihak kes saya ni kecil, tetapi saya memohon agar penjenayah tersebut dapat ditangkap segera. Dan saya juga berharap agar aspek keselamatan di kawasan KTM Batang Benar, Nilai dapat dipertingkatkan. Apa yang terjadi pada saya sangat mengerikan, saya berharap semua di luar sana terutama kaum wanita agar lebih berhati-hati. Silap saya kerana sudah biasa balik kerja malam dan tak rasa takut sebelum ni, tetapi kesilapan itulah yang mencederakan diri saya. Syukur ke hadrat illahi, saya masih diberi peluang untuk terus menjalani kehidupan di bumi Allah ini, masih bersama insan tersayang yang banyak memberikan sokongan moral. Walaupun masih trauma, tetapi saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Ingat tau, keselamatan diri dan nyawa kita sangat berharga! Sayangi diri, ingatlah orang tersayang.

Semoga kita sentiasa dibawah lindungan Allah.

Wassalam. Sumber: Facebook Siti Balqis Elias.



Selanjutnya

7 GAMBAR : Dunia McDonalds Yang MENGERIKAN Anda !!!

7 GAMBAR : Dunia McDonalds Yang MENGERIKAN Anda !!! | Dahulu ramai rakyat Malaysia yang bersatu hati memboikot McDonalds apabila mereka dengan terang-terang membantu puak Zionis membantai saudara Islam kita di Palestin. Dan selepas perang tamat... Maka ramai la dari kita tak tahan lagi dan akhirnya makan McDonalds dengan jayanya... Aiiii.. Anyway, di bawah merupakan seni dunia McDonalds yang memaparkan apa yang telah McDonalds buat selama ini... Sangat mengerikan...










Selanjutnya

Monday, 22 December 2014

Lelaki Ini Boleh Buatkan Anda Terkejut Dan Muntah !!!

Lelaki Ini Boleh Buatkan Anda Terkejut Dan Muntah !!! | Percaya atau tidak, ilmu menganalisis najis adalah salah satu cabang dalam meramal. Ilmu meramal ini dinamakan Scatomancy. Singh adalah salah seorang dari beberapa pengamal ilmu meramal yang telah lama hilang ini.


Baru-baru ini, ia tampil dalam sebuah filem dokumentari berjudul Journey to Planet Sanity. "Ini adalah seni meramal yang telah lama hilang. Anda pasti akan terkejut dengan seberapa tepat hasil dari ramalan ini," jelas Singh. Dalam dokumentari ini, seorang bernama Blake Freeman melakukan perjalanan ke seluruh Amerika Syarikat dengan rakannya, Leroy Tessina. 

Leroy adalah seseorang yang sangat paranoid tentang alien dan aktiviti paranormal. Untuk itu, Freeman pun mengajak Leroy untuk melawat Singh. Tahukah anda apa yang kemudian dilakukan Singh? Dia meminta Leroy untuk buang air besar di tandas, dengan arahan, "Setelah selesai, jangan siram." Selepas itu, Singh lantas mengumpulkan kotoran Leroy ke dalam sebuah mangkuk porselin berwarna putih. Lelaki itu lalu duduk di lantai dan mengamati kotoran itu dengan teliti. 


Di saat yang bersamaan, Leroy yang melihat kejadian itu berusaha menahan rasa mualnya dan tetap mendengar ramalan Singh. Leroy semakin terkejut melihat proses peramalan tersebut kerana Singh juga menyentuh dan bau tahi tersebut. "Anda perlu menyelami ke dalamnya. Semakin kuat aromanya maka semakin tepat ramalannya," jelas Singh. via Dairishare.



Selanjutnya

Jom Lihat 14 GAMBAR MEWAH Orang-Orang Hensem Qatar Dalam Instagram Mereka !!!

Jom Lihat 14 GAMBAR MEWAH Orang-Orang Hensem Qatar Dalam Instagram Mereka !!! | Qatar adalah negara yang paling kaya di dunia, sekian banyak daripada penduduknya mempunyai jumlah wang yang besar, dan seperti yang sering berlaku dalam kes-kes ini, orang-orang ini suka mempamerkan apa yang mereka ada melalui Instagram. Kemudian kami menunjukkan beberapa gambar Instagram rakyat Qatar kepada anda. via Dairishare.

















Selanjutnya

Sayu... Kisah Wanita Yang Di Sangka Sudah Mati Tetapi Jadi Pengemis !!!

Sayu... Kisah Wanita Yang Di Sangka Sudah Mati Tetapi Jadi Pengemis !!! | Seorang wanita yang hilang 11 tahun selepas mengantarkan anak-anaknya ke sekolah di Pensylvania, Amerika Syarikat, ditemui hidup sebagai gelandangan di Florida, Amerika Syarikat. Brenda Heist (53) yang di temui polis di Litiz, di Key Largo, Florida.

Sekadar Gambar Hiasan
Dia mengaku tinggal di khemah-khemah dan di bawah jambatan di Florida sejak 2002. Brenda mengatakan kepada polis dia bertahan hidup dengan kerja-kerja yang diberi upah, mengemis, dan memakan makanan yang dibuang dari restoran makanan segera, jelas detektif Litiz Sarjan John Schofield. Brenda menghilang tanpa jejak meninggalkan anak lelaki dan perempuannya yang ketika itu berusia lapan dan 12 tahun. 

Ketika itu, Brenda sedang dalam proses perceraian dengan suaminya, duduk di taman. Dia putus asa kerana tidak mampu menyara dirinya dan dua anaknya. Brenda menjelaskan kepada polis, dia bertemu dengan dua gelandangan yang sedang menuju ke selatan. Dua orang asing itu mengundang dia menumpang dengan mereka ke wilayah yang iklimnya lebih hangat. "Dia membuat keputusan dalam kebingungan ... 




Dia tidak tahu mengapa dia melakukan itu. Dia pergi begitu saja, "jelas Detektif Schofield. Bekas suaminya, Lee Heist III, berkata kepada wartawan, dia marah pada bekas isterinya itu kerana telah membuatkan anak-anaknya terluka. Heist yang telah berkahwin kali kedua pada 2009, secara rasmi mengisytiharkan kematian Brenda. Beliau pernah disiasat sebagai suspek atas kehilangan Brenda. Det Schofield berkata, Brenda kini sedang membina kembali kehidupannya. Dia mempunyai ibu dan abang yang membantunya. via Dairishare.



Selanjutnya

Kisah Imaginasi BANGLO DUA TIANG BESAR Seorang Ayah Menjadi Kenyataan di Johor !!!

Kisah Imaginasi BANGLO DUA TIANG BESAR Seorang Ayah Menjadi Kenyataan di Johor !!! | Masa saya kekecik dulu, saya ingat lagi abah selalu bawak saya berhenti depan rumah banglo putih tiang dua. Masa tu, pergi balik sekolah rendah abah hantar saya naik motor. Jadi, sebelum balik rumah, mesti kami akan parking motor depan rumah banglo putih tu. Untuk sekitar 5 ke 10 minit.


Abah cakap kat saya, cantik kan rumah tu. Saya senyum, angguk. Kalau dapat rumah camtu kan best. Masa tu kecik sangat, apa lah yang saya faham. Orang kata best, saya pun jawab best. hehe.

Tak lama lepas tu, saya tengok Abah ada satu lukisan lakaran rumah. Macam yang arkitek punya tu. Ada pandangan sisi, tepi, depan, belakang.

“Cantiknyaa, rumah siapa ni Abah..?” soal saya.

“Inilah rumah kita nanti..!” kata Abah bangga.

Saya gelak. Yelah Abah bukannya Menteri atau pun Dato’ yang gaji puluhan ribu nak ade rumah banglo besar cantik pulak tu. Abah cuma kerja kilang masa tu. Kilang kereta kalau tak silap.

Hari2 saya perhatikan Abah. Kertas lakaran rumah tu Abah jadikan model guna kadbod. Potong sendiri dan gam satu persatu.

Abah adjust model rumah tu cantik2 ikut citarasa dia. Sampai abis bersepah kadbod dipotong-potong oleh Abah semata-mata nak dapatkan design bumbung yang cantik.

Abah dalam dunia angan2 dia. Hehe

Tahun 2007, Abah mulakan projek rumah idaman dia. Abah tak bergantung pada orang. Abah ikat batu satu persatu. Abah naikkan tembok. Abah ratakan konkrit.

Abah kata model rumah dia buat masa saya kecik tu nak jadi realiti. Saya sengih. Boleh ke.?

Cukup 6 bulan, rumah saya naik macam banglo. Belum siap sepenuhnya tapi sudah ada rangka. Sebiji sama macam model rumah idaman Abah.

Hari2 Abah upgrade sikit2. Saya ingat lagi Raya pertama kat rumah tu, rumah kami tak sempurna. Bahagian dapur masih berpasir belum pasang tiles, sedangkan bahagian depan dah macam hotel cantik dia. (boleh refer album saya tajuk Rumah Taj Mahal)

Abah nak buktikan pada orang yang Abah mampu buat rumah idaman dia dengan kudrat dia sendiri.

Saya cukup terpegun masa tu. Abah takde background enjinia. Abah bukan kontraktor. Abah tak pernah belajar ilmu fizik.! Abah bukan orang kaya. Abah cuma orang kampung yang ada wawasan, ada matlamat nak dikejar, yang ada citarasa tinggi.

Abah bukti kehebatan dan idola kekuatan semangat saya. Semangat Abah tak pernah luntur walaupun sekelumit mulut orang lain memburuk2kan usaha Abah. Abah teruskan mengejar matlamat hingga rumah kami megah berdiri macam dalam gambar.

Itu lah rumah saya dan Abah. Orang labelkan rumah kami rumah ratusan ribu, sedangkan kos pembuatan sebenar mungkin tak cecah jumlah tu. Sebab semuanya kami buat sendiri. Bukan saya, Abah yang buat. Seingat saya, upah membuat bumbung hanya sekitar RM18 000.

Hingga kini, rumah kami megah berdiri. Saya panggil rumah ni rumah Taj Mahal, sebab ini bukti kasih sayang Abah kat kami. Bila sandar kat dinding rumah, terasa kasih sayang Abah terpancar kat kami sekeluarga.

See…!!!

Abah bukti semua manusia boleh berjaya.! Sesusah mana pun hidup kita, kita boleh ubah kehidupan kita kalau kita ada matlamat yang jelas dan semangat yang tinggi..!

Best ke best kalau boleh design rumah sendiri..? Terimakasih Abah.!



Selanjutnya