Sunday 16 November 2014

Inilah Gambar-Gambar Peristiwa Objek Aneh di Langit Pada Tahun 1992 Yang Pernah Menggemparkan Negara

// // 2 comments
Inilah Gambar-Gambar Peristiwa Objek Aneh di Langit Pada Tahun 1992 Yang Pernah Menggemparkan Negara | Pada 26 Julai 1992 telah berlaku satu fenomena yang sangat aneh, sekumpulan 200 pelajar sebuah sekolah agama di Klang, Selangor; mendakwa melihat 26 objek aneh yang secara tiba-tiba muncul di langit. Objek aneh tersebut adalah gambaran 26 imej yang kelihatan di langit. Fenomena objek di langit ini telah mengemparkan Malaysia pada tahun 1992.


Pelbagai spekulasi dan teori telah dibentangkan. Malah pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sendiri telah melakukan penyiasatan sendiri. Pada mulanya mereka telah mengesahkan bahawa kejadian ini benar-benar berlaku berdasarkan temubual dengan saksi-saksi yang terlibat. Pihak Jais mengumumkan perkara ini dalam sebuah sidang akhbar pada 10 Oktober 1992. 


Ekoran dari kejadian ini, ada sesetengah pihak yang mula mengambil kesempatan. Gambar-gambar objek di langit mula dijual. Malah ada juga kumpulan tertentu yang meramalkan bandar Klang akan tenggelam dilanda banjir. Mereka mengutip derma untuk membina 3 buah kapal besar. Ramai yeng terpengaruh dan kumpulan ini berjaya menyiapkan satu dari 3 buah kapal yang dirancang. Ekoran dari itu, pihak Bahagian Hal-Ehwal Agama Islam, Jabatan Perdana Menteri (BHEAI-JPM) pula melakukan siasatan. 

Dan akhirnya mereka mengishtiharkan bahawa kejadian Objek Di Langit ini hanyalah satu penipuan. Benar atau tidak, peristiwa ini masih lagi menjadi misteri. Sungguhpun paparan imej di angkasa memang tidak mustahil boleh dilakukan dengan peralatan laser berteknologi tinggi, namun kita juga tidak harus lupa kepada kebesaran Allah…via PenPatah.

2 comments: Leave Your Comments

  1. Artikel yang sangat bermanfaat sekali, semoga artikel ini juga bermanfaat untuk orang yang sudah membaca.
    Cara Menghilangkan Jerawat
    .

    ReplyDelete
  2. Jika diperhatikan dan di teliti betul2 objek2 nie memberi kita peringatan apa yg akan berlaku pd masa hadapan iaitu pd zaman dan tahun ini wlu pn objek tu di perlihatkn pd Thn 1992 sbgi contoh: janin=skrg ni byk berlakunya pembuangan janin dan bayi2 mcm buang sampah. 2.ular besar mata bersinar2,bkn kah negara kita dlu di gemparkan ular mkn org,x igt tahun bila.3.burung,bkn kah jika ada yg igt virus yg di bawa oleh burung.ini hanyalh pd pandangn sy saje..hanya Allah S.W.T saje yg maha mengetahui untuk memberi peringatn kpd hamba2 dgn caranya agar kita tidak lalai

    ReplyDelete