Monday 17 November 2014

Koleksi Kes No Plat Sama - Ternyata JPJ Masih Tidur

// // 1 comment
Koleksi Kes No Plat Sama - Ternyata JPJ Masih Tidur | Entah di mana silap, siapa yang melakukan kesalahan menjadi tanda tanya. Semua persoalan itu pastinya mengundang kebingungan bukan sahaja kepada pemilik dua kenderaan, malah menjadi perhatian orang ramai yang mempersoal kan kenapa nombor pendaftaran sama boleh didaftarkan untuk dua kenderaan berbeza.



Itu yang yang berlaku kepada seorang ejen insurans yang tertanya-tanya bagaimana nombor pendaftaran AJK8033 yang didaftarkan ke kereta jenis Volkswagen Golf miliknya dikongsi bersama pemilik lain. Dalam kejadian di Jalan Speedy di sini, Sabtu lalu, dua kereta jenis Volkswagen yang mempunyai nombor pendaftaran sama mengejutkan orang ramai dan mula menjadi viral di laman sosial sejak semalam. 



Di atas adalah sebahagian gambar kenderaan yang mempunyai nombor plat yang sama, motosikal juga tidak terkecuali menghadapai KLON no plat yang amat membingung kan orang ramai.

1 comment: Leave Your Comments

  1. Tukar flat nmber sda bole bt bahan crta...
    Blnja 10-20 rggit utk bt flat nmber only.
    Hahaha

    ReplyDelete